Monday, February 28, 2011

Parti IQ rendah

Macam-macam perkara berlaku di bawah pemerintahan parti IQ rendah. Dua bekas menteri pengangkutan Ling Leong Sik dan Chan Kong Choy orang kuat MCA berjaya menipu Perdana Menteri Melayu UMNO.


Pengundi Kerdau Kena Tau Najib Suka Adun Mereka Meninggal Dunia

Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan RM10 juta untuk pembangunan Kerdau diberikan hanya selepas wakil rakyatnya meninggal dunia.Kemungkinan orang-orang UMNO yang inginkan mereka dicalonkan sebagai wakil rakyat pun bersetuju dengan Najib?Dapat jadi calon dan dapat projek.



Kita melihat Najib Razak yang mempunyai isteri solehah Rosmah Mansor mengumumkan pembangunan setiap kali berlakunya pilihanraya kecil .Jelas sekali ,hal ini membuktikan Najib seolah merancang untuk membawa pembangunan hanya apabila ada pilihanraya kecil atau setelah wakil rakyat kawasan tersebut" mati".


RM 10 juta untuk melaksanakan projek mi segera tanpa tender .Nampak benar Najib cuba bodohkan penduduk Kerdau.54 tahun merdeka rupanya banyak betul yang belum dibuat oleh kerajaan UMNO.


Contohnya .bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan perumahan awam kos rendah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.


Moga-moga taubat pemuda UMNO ini diterima Allah s.w.t


Gambar kurang ajar yang dibawa oleh pemuda UMNO sewaktu penamaan calon Prk Merlimau.Mereka menghina Tok Guru dan Islam.Mereka lupa menghina Islam di Dun Tenang ,selepas itu bala tuhan turun dekat Dun Tenang. (sumber blog albanjari)

Moga-moga taubat pemuda Melayu di atas diterima Allah s.w.t.Pemuda itu menjadi begitu kerana pimpinan mereka DS Najib pun menghina Dr Yusuf ArQardhawi ,Ketua Persatuan Ulamak Dunia. Mereka mengikut bapak borek anak rintik.

Rosmah Mansor antara Isteri soleha,dipeluk dan nampak rambut!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx4ZGKKUtff2JSGBhz92W5jgshiqsIEbvFES4nBG3GLdkE4eXbUKfGj0IjDeOnmpNLXh1W6EC2wLtJvmlEG1zSvkxPx8VknkidZFH3eX6m-AHgl-3Ej9aqLs5Rnn0KRnWLV_QlPQGt_Z8/s1600/rosmah+peluk.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLxa58iZoQIpS7M4qqwLUdABOOzKD8tQcYhD_Tow-kiK_4lUlErnpyKVYGuwQ9MkbTNG2i1ohbhPMybLFPrZP043iVpozr1LIpKNGhBJkGbdYjCOUkbRtMVP67pjRFqk4TOkKIDvV5ctE/s1600/rosmah.jpg
Tapi setakat ini Rosmah belum menyesal dengan tindakan memeluk dan cium seperti gambar di atas.

rosmah mansor singingKerana isteri soleha Rosmah Mansor yang jarang-jarang turun berkempen juga mengiringi DS Najib ke kawasan Dun Kerdau yang secara tradisinya merupakan sebagai kubu kuat BN.

Rosmah juga mengakui, oleh kerana Pahang merupakan negeri perdana menteri, beliau terpaksa turun ke kawasan itu walaupun penat dan berpeluh-peluh baru pulang daripada menemai Najib menghadiri program di Labuan jam dua pagi tadi.

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'Ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah

Sunday, February 27, 2011

Isu Naik Harga dan Isu Ancak -UMNO UNTUNG!

Kita diberitahu teman-teman untuk mengambil pendekatan mesra rakyat dan pengundi sewaktu bertemu masyarakat.Mereka meminta kita bertindak berdasarkan pengalaman memerintah Perak.

Teman-teman UMNO beritahu isu kenaikan harga barang dan isu ancak tidak sesuai dimainkan oleh PAS di kawasan orang Melayu luar bandar.

Mereka memberitahu PAS perlu menunjukkan dasar dan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri -negeri mereka perintah yang menguntung penduduk Melayu.Penduduk kampung ingin mengetahui apa yang telah dibuat oleh PAS di negeri Pakatan Rakyat."Isu ancak tidak sesuai,malah makan tuan"kata seorang teman guru.

"Rakyat ingin tahu apa yang telah dibuat DS Nizar"kata teman itu."Ceramah maki hamun institusi Mufti jangan dibuat"pesan teman itu lagi.

Berbalik isu naik harga barang mereka meminta kita menerangkan kesusasahan anak-anak di rantau.Memang orang kampung memang tidak terjejas ,tetapi tekankan kesengsaraan anak rantau,cadang mereka..Orang kampung sudah untung banyak kerana harga getah dan kelapa sawit semakin meningkat.

10 saat Guru Disiplin pegang payu dara pelajar perempuan .

Sedih sekali apabila terdapat cikgu disiplin yang mencabul pelajar perempuan.Guru berusia lewat 30 -an itu jika betul telah mencabul pelajar perempuan mungkin kemaruk seks.Mungkin juga guru ini belum kahwin.Mungkin juga isteri beliau tidak melayani dengan sebaik mungkin.

Budak tingkatan tiga badan tengah naik pula.Sudah tentu godaan dan nafsu mudah "dimainkan."

Namun begitu kita mengharapkan guru disiplin ini diberi keadilan. Beliau belum didapati bersalah oleh mahkamah.


Kuala Lumpur: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan.

Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .

Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit. Harian Metro.

Laporan SB di Mekah- Zambry Kadir jangan harap jadi Menteri Besar pada PRU 13.

Menurut maklumat UMNO Perak tidak mahu pilihanraya Perak serentak dengan Sarawak.UMNO Perak tahu mereka akan kalah dan tidak akan dapat membentuk kerajaan secara pilihanraya.Mereka tahu kerajaan UMNO Perak boleh dibentuk melalui beli "adun" sahaja!.

Lantas UMNO Perak masih bertegas PRU Perak mesti disekalikan dengan pusat.UMNO tahu mereka akan kalah,hatta kerusi Zambry Kadir dekat Pangkor juga bukan kerusi selamat.

Baru-baru ini kita diberitahu seorang Pegawai Polis yang bertugas di Cawangan Khas yang membuat umrah menyatakan kepada jemaah yang membuat umrah ,bahawa Pakatan Rakyat akan menang pilihanraya umum.

Sewaktu di Mekah Pegawai Polis itu juga menjelaskan UMNO tidak akan dapat undi Cina.Pegawai itu juga menerangkan dasar kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan DS Nizar tetap diingati rakyat.

Dalam pada itu kita diberitahu UMNO Perak akan cuba membawa masuk pengundi baru dalam tempoh suku pertama tahun ini,untuk membantu mereka mengekalkan kuasa.

UMNO juga semakin takut kerana kerusi selamat mereka juga akan diberi kepada MCA untuk menunjukkan perkongsian kuasa secara BN. MCA tahu mereka akan kalah jika bertanding di kerusi pengundi Cina melebihi 70 peratus.

Daripada Perdana Menteri hingga wakil rakyat UMNO kepala otak sama saja!

Lu undi gua,gua tolong lu ,rupanya sudah menjadi bualan orang UMNO.Sebentar tadi kita diberitahu wakil rakyat UMNO apabila bertemu penduduk kampung dalam Bukit Gantang memberitahu perkara yang sama.

"Jika hendak geran tanah,jangan undi PAS" kita diberitahu penduduk.Kemudian dalam satu majlis YB Trong Rosli Husein di Majlis Maulidurasul di Masjid Changkat Jering memberi amaran kepada mereka yang hadir,"Kita akan tolong mereka dengan bendera yang sama dengan kita".

"Jika bendera sana (ahli PAS) sakit,kita tak tolong"kata YB Trong lagi.Berulang-ulang kali dia kata ,UMNO hanya tolong orang UMNO sahaja.Berucap pula dalam Majlis Maulidurasul.

Rata-rata ahli UMNO berasa kesal dengan ucapan wakil rakyat YB Rosli(UMNO) itu.Mereka juga menyatakan politik itu politik zaman sebelum merdeka!

Saturday, February 26, 2011

Label Dr Yusof Al Qardhawi pengganas,Najib perlu bertaubat- TG Haji Hadi.


Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi,dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Anugerah kali kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya .


KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.


Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.



"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.



Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.



Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.



Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.


Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi.



Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.



"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.



Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.



"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

Jangan jadi tali barut UMNO nasihat Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris Ahmad mengingatkan pihak pentadbir universiti jangan jadi tali barut umno dan BN di negara ini. Ketua Penerangan PAS itu juga mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional. Di luar kampus, demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan umno. Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti Jawatankuasa Kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika memberi subsidi beruk dan baja.

Pembatalan keputusan 11 kerusi majlis perwakilan pelajar Universiti Putera Malaysia Pro Mahasiswa merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau. Ustaz Idris Ahmad menegaskan kepada pihak universiti, mahasiswa bukan manusia yang boleh dicucuk hidung. Mahasiswa ialah insan yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat di negara ini.


Ustaz Idris Ahmad menyampaikan pesanan kepada pihak pentadbir tumpulah kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu di menara gading. Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama dan negara. Jika universiti tidak fokus kepada tugas hakiki maka jadilah seperti polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan membenteras jenayah sebaliknya telah menumpu kepada aktiviti pembangkang. Kesannya jenayah meningkat dan keselamatan sosial tidak selesa.


Tindakan berani mahasiswa yang bertindak membantah ketidak adilan Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong. Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan UMNO di universiti

Friday, February 25, 2011

Terkini:Panduan untuk perarakan penamaan calon N28 Kerdau

PRK N.28 KERDAU: TATA CARA PERARAKAN PENAMAAN CALON

PAKATAN RAKYAT

26 FEBRUARI 2011

05.00 pagi

- Munajat Perdana di Tapak Parkir Belakang Plaza Temerloh.
- Solat Subuh.


07.30 pagi

- Peserta perarakan mula berhimpun di tapak parkir belakang Plaza
Temerloh / belakang Balai Bomba Temerloh.


08.00 pagi

- Perarakan mula bergerak dari tapak berhimpun melalui bandar lama
Temerloh ke Jalan Semantan, melalui hadapan Arked Mara dan berakhir

di kawasan parking di belakang CIMB Bank.


09.00 pagi

Proses penamaan calon bermula di Dewan Tun Razak, Temerloh

12.00 tengahari


Bersurai.


Semua pimpinan dan peserta perarakan penamaan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Jalan utama bandar Temerloh iaitu Jalan Ahmad Shah akan ditutup seawal jam 6.00 pagi bermula di hadapan Maybank dan selekoh bersebelahan The Store Temerloh.

Peserta yang menyertai munajat perdana disarankan membawa tikar dan sejadah serta siap berwuduk. Pastikan anda tidak membawa alat bunyian dan peralatan yang boleh diklasifikasikan sebagai senjata berbahaya.(sumber)

Cikgu dapat US40 000 Makan Duit Google Adsense

Kita kutip berita ini daripada blog ek-ele rakan kembor blog lanncom .

Cikgu yang ditulis tu rakan sekolah kita.Ek-ele satu sekolah dengan kita.Kita pun cemburu ek-ele dapat duit banyak melalui Nuffnang. Churp-Churp pun dia dah banyak dapat,kita baru nak merangkak.Ek-ele orang Kelantan,memang pandai cari duit.


Ek-ele banyak bagi idea untuk cari duit melalui siar iklan dalam blog.Tetapi kita lambat faham jadi lambat benor iklan keluar dalam blog.Kita baca tulisan Ek-ele di bawah,yang pandai buat harta.


Teruja!! kerana perkataan ini selalu digunakan kini, saya terasa ingin gunakan juga. Pembuktian telah berlaku di hadapan mata saya.


Pada tengahari tadi sebenarnya saya teruja melihat akaun google adsense milik seorang guru di sekolah saya. Dia mampu mendapatkan duit adsense yang boleh mencergaskan minda untuk terus berusaha.


Seorang guru, dah nak pencen pun, ada PHD, pakar program Visual Basic dan mempuyai laman web yang berkedudukan di page pertama dan kedudukan kedua di enjin carian Google. Sebenarnya saya tidak boleh menyebut secara detail namanya dan blognya kerana ini permintaannya.


Saya teruja kerana pendapatan adsensenya US1000-US1500 sebulan. Terima kasih Dr!! kerana menunjukkan secara terperinci kepada saya . Semasa saya melihat akaunnya, duit adsense untuk hari ini sehingga tengahari tadi ada US34.++. Seronok kerana pada hari ini dia membuka rahsianya. Juga ditunjukkan kepada saya, semenjak dia berkecimpung dengan dunia adsense 2007, US40 000++ mampu diperolehi secara diam-diam. Dia hanya menyebut tak banyak pun tetapi dalam hati saya “Wow!!”


Akaun google adsense saya dah hampir setahun dan masih berada di tahap beku, lambat lagi untuk boleh dicairkan. Harap-harapnya ia tidak terus membeku!!

MB tampal poster dengan KM nikah kahwin !

Dua pilihanraya kecil. Dua-dua penting untuk MB DS Adnan dan KM Ali Rustam. Mereka perlu bertungkus lumus untuk memastikan BN menang besar.
Gagal mereka peluang untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO mungkin tiada. MB Johor Ghani sudah membuktikan kejaguhan. Noh Omar sudah tunjuk kehebatan di Hulu Selangor.Sementara Datuk Mustafa Mohd di Galas. Musa Aman di Batu Sapi.
Adnan Yaakub dan Ali Rustam kena membersih imej. Kita diberitahu oleh orang Kerdau ,Adnan MB tampal poster. Sebab dia sanggup tampal poster"ISYARAT LUCAH' semasa PRK ini.Dalam pada itu orang Merlimau yang baru nikah didakwa, memberi imej atau gelaran KM nikah kahwin.Kerja Ali Rustam pusing Melaka pergi lihat penduduk kampung atau taman nikah kahwin .

Thursday, February 24, 2011

Tahniah SRJK (C) Semambu tolak Utusan Malaysia sebagai alat perpaduan.


utusan article on free paper give to chinese school 200211 02Tahniah kepada Lembaga Pengelola SRJK(c) yang menolak akhbar Utusan Malaysia sebagai alat bantuan mengajar uktuk meningkat prestasi Bahasa Melayu di sekolah mereka.Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Syabas sekali lagi kepada ahli lembaga pengelola yang bermesyuarat untuk membuat keputusan menolak Utusan Malaysia sebagai alat P&P.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” kata Goh Kim Fah.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Tapi kalau sekolah yang berguru besar UMNO tetap menerima,,Hal ini kerana arahan orang atasan.Bantah nanti,takut jawatan guru besar hilang melayang.

Siapa perkasa Ibrahim Ali atau Dr Mahathir.?

Maaf .sila ambil perhatian DS Nizar tidak bersekongkol dengan NGO yang perkauman.

Jika ADUN PAS lompat pun perlu dihukum.

Kita masih melihat wakil rakyat yang melompat parti masih diberi ruang oleh media. Mereka terus hentam kerajaan dan dasar PR.

Dalam PRU 13 nanti, kerusi yang dikhianat perlu diletak calon dari parti lain. Parti itu perlu dihukum,kerana menjatuhkan kerajaan. Kerusi yang mempunyai ADUN lompat perlu ditukar dengan calon parti lain. Pengkhianatan itu mendorong pengundi tidak mahu menyokong PR lagi.

Justeru itu jika ADUN PAS yang lompat ,PAS juga perlu dihukum. Kerusi yang ADUN PAS lompat perlu juga ditukar kepada parti lain.Barulah kita melihat kesungguhan PR mencegah pengkhianatan wakil rakyat mereka.

Isu yang dikemukakan ini boleh dibahas secara ilmiah dan kita perlu matang dalam berbahas.

Wednesday, February 23, 2011

Datuk Solah orang harapan kerajaan cari duit cara mudah?


Solah puas dapat menjalankan tugas.Orang harapan kerajaan cari duit melalui saman ekor?


Dekat 16.2 juta orang masih tidak mahu membayar saman.Saman pula saman ekor. Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.


Sementara itu Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan menyatakan semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.


Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.


Cara mudah kerajaan cari duit dalam keadaan pendapatan rakyat tidak meningkat, desak rakyat bayar saman .


Kita pun hairan ,makin banyak saman ekor dikeluarkan kemalangan jalanraya terus meningkat.Hendak didik rakyat supaya berwaspada dan berhati-hati di jalanraya bukan melalui denda dan undang-undang.Pihak berkuasa perlu melihat dasar itu sendiri,kenapa kematian dijalanraya semakin bertambah bukannya menghukum dengan cari duit"saman ekor".


Betulkah Calon BN Kerdau tak tamat pengajian Al-Azhar

Jika tiada angin masakan pokok bergoyang! Calon BN Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad didakwa tidak berjaya menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

MB Pahang DS Adnan telah memberi jaminan yang dia telah tengok ijazah Syed Ibrahim.MB Pahang itu ,menerangkan lagi pihak polis boleh mengesahkan Syed Ibrahim mempunyai ijazah.

Soalnya jikalau ada ijazah tunjukkan. Kalau tulen,tahniah dan syabas.Jikalau benar mempunyai ijazah ,biarlah pihak Al-Azhar yang menentukan sohehnya ijazah Syed Ibrahim itu,bukan DS Adnan.

Mengapa DS Adnan boleh melatah,tunjukkan dalam tv dan dalam suratkhabar gambar ijazah dari Al Azhar itu.Biar rakyat tahu calon BN Kerdau memang mempunyai ijazah dari Mesir itu.

Buka Minda: Mudahnya dapat penceramah musim ini?

Kita diberitahu teman-teman sejawat ,bulan ini atau musim ini,penceramah mudah didapati.Tahun pemilihan ,panggil sesiapa sahaja mudah sahaja berurusan.?

Bagi kita mengelu-elukan kehadiran mereka ke kawasan kita. Kita laksana tugas menyusun siri penerangan dan dakwah.

Kita tidak memilih penceramah .Bagi kita kekuatan dan aura DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang sudah mencukupi.

Menyusun jadual DS Nizar pun sudah menyeronokkan .! Kehadiran pimpinan ke tempat kita ,kita tunggu.Kita menyusun agar dengan kedatangan ke kawasan Bukit Gantang UMNO semakin nazak dan lesu.Kita juga bukan perwakilan yang boleh mengundi dalam muktamar akan datang?

Tuesday, February 22, 2011

Tahniah MPKB shisha bukan budaya kita!

http://cache3.asset-cache.net/xc/73583310.jpg?v=1&c=IWSAsset&k=2&d=77BFBA49EF8789215ABF3343C02EA5489AD30DB7DFA1A67C53CCBA20037E4C574246CCF2980D1ED9
foto hiasan.

Sementara itu ,laporan Agensi Antitembakau Perancis (OFT) yang menjelaskan penyelidikan sebuah makmal Kebangsaannya baru-baru ini menyebut shisha melepaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok.


Menurut satu kajian menghisap shisha dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap 102 batang rokok dan asap yang terhasil dari shisha merupakan sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.(baca di sini_shisha)

Kopiah bukan milik Pas lagi!

Kopiah kini menjadi milik bakal calon BN yang berumur 44 tahun, Syed Ibrahim .Beliau juga merupakan Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.


Berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai oleh DS Adnan Yaakob mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.


Betullah songkok atau kopiah bukan milik parti politik.Namun begitu dengan Kerdau satu kerusi yang orang Melayu banyak. Kawasan pula kawasan penduduk yang mencintai Tok Guru,jadi wajarlah kopiah perlu dipakai .Buat permulaan bakal calon BN sudah mendahului PAS .


PAS masih belum mengemukakan calon berkopiah putih lagi.Mungkin juga Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bakal calon PAS.?


PAS kini masih belum terlambat untuk mengejar Pak Syed ,bakal calon UMNO boleh baca talkin,jadi imam ,jadi khalifah baca surah yassin dan yang lebih penting bagi rakyat" mi segera"

Senyum puas Imam Ramli dapat jamu DS Nizar durian .

Tuan Imam Ramli tersenyum puas dapat menjamu DS Nizar DS Fatimah durian Batu Hampar,Parlimen Bukit Gantang. Bukan rezki kita untuk makan durian pada kali ini,kerana kita bertugas .

DS Fatimah senyum girang makan durian yang disediakan isteri Imam Ramli.
Lazat dan sedap durian Batu Hampar,Jln Beruas..

Najib dan Mee Segera tidak dapat dipisahkan.- 14 kali Najib lebih suka mee segera.


oleh Subki Latif

PENGUMUMAN projek baru dan pemberian berbagai perkara oleh kerajaan Barisan Nasional berlaku dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak selepas merdeka.


Hadiah rasuah politik itu kini dikenali sebagai projek mee segera. Tetapi ia tidak pernah dikenali sebagai projek mee segera hinggalah berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dimenangi calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut tidak lama selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.


Dalam kempen di Kuala Terengganu itu, Datuk Seri Najib, masih lagi Timbalan Perdana Menteri masa itu mengisytiharkan, tiada lagi projek mee segera dibuat melalui kempen pilihan raya.

Pengumuman tentang mee segera oleh Datuk Najib itu, secara berani mengakui adanya amalan pemberian mee segera dalam setiap pilihan raya sebelum itu.


Tanpa menyatakan ia adalah satu perbuatan tidak bermaruah dalam pilihan raya, ia adalah untuk menyatakan bahawa perbuatan itu adalah tidak bermaruah, melanggar susila budaya pilihan raya dan ia adalah bersemangat rasuah.

(Gambar fail: Projek mee segera di Tenang)


Jika selama ini dibiar jalan di kampung berlubang dan berlopak, tetapi sebaik mati wakil rakyat jalan pun bertar – baru dan licin jalannya. Selama ini dibiarkan kantin sekolah dengan keadaan yang uzur, maka pada kempen PRK dikeluarkan bantuan segera membaharui bangunan kempen.

Dalam tahun 60an dulu ada kampung yang tidak ada bekalan air dan api dihantar alat-alat bagi membina projek itu menjelang pilihan raya atau sebaik bermula kempen pilihan raya. Orang dapat melihat berlonggok-longgok peralatan itu di tepi jalan.


Ada tempatnya bahan itu terus berlonggok di situ sehingga lama selepas pilihan raya, projek itu tidak pernah tiba. Dan ada pula di kawasan yang calon parti kerajaan kalah, bahan yang dilonggokkan itu dipunggah dibawa balik ke tempat asalnya. Projek mee segera itu tidak jadi dilaksanakan kerana pengundi kononnya tak mahu projek itu. Itulah sebabnya mereka tidak mengundi calon parti kerajaan.

Sehinggalah dalam kempen PRK di Kuala Terangganu yang Datuk Najib berkempen di kawasan yang ibu saudaranya – adik Tun Razak – sebok JKR menurap jalan dan sebagainya bagi menarik sokongan pengundi. Ia tidak dibuat sebelum kempen itu tetapi diadakan secara tiba-tiba bila tiba-tiba ada pilihan raya.


Itulah yang dikatakan projek mee segera. Mee segera itu ialah mee yang boleh diperolehi dan dimakan masa itu juga. Ia bukan mee yang sudah dimasak. Tetapi ramuan mee yang disediakan dalam kotak khas, dibeli dan dituang air panas dan boleh dimakan ketika itu juga.

Kata Najib, projek mee segera itu tidak akan ada lagi.

Orang pun tahu semua pengumuman mengenai projek secara tiba-tiba itu dipanggil projek mee segera. Dan calon BN Kuala Tereangganu itu kalah. Sebelumnya wakil rakyat BN yang mati itu dua kali menang di situ.


Orang pun menyangka seperti hendak bermulalah kempen pilihan raya yang sihat dan akan wujudkan kerajaan yang sihat. Kalau Najib nanti jadi Perdana Menteri, tiada lagilah barang-barang seperti mee segera itu.


Tetapi bila Najib menggantikan Abdullah Badawi, penyakit mee segera menjadi-jadi lebih teruk dari sebelumnya.


Dalam pilihan raya kecil di Manek Urai hampir dua tahun lalu, tidak pernah terfikir penduduk di situ untuk membina jambatan menyambung dua bahagian pekan. Tiba-tiba di tengah kempen itu menteri mengumumkan akan membina jamabatan di situ. Itulah janji projek mee segera.


Rancangan itu tidak ada. Ia diada-adakan saja. Sehingga ini belum ada apa-apa. Ia baru dikira sebagai satu wawasan. Entah bila hendak diadakan.


Dalam PRK di DUN Tenang baru-baru ini banyaklah kotak mee segera dibawa ke situ dan banyak pengumuman dan pemberian yang tidak pernah dibuat dan diberi kepada penduduk di situ disampaikan.

Makmur sekejap dan makmur segera penduduk kawasan itu oleh limpahan pemberian dan janji projek mee segera.


Sebaik selesai PRK Tenang orang beralih ke DUN Merlimau. Sebelum penamaan calon, mengikut Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh, jalan-jalan di DUN itu mula diturap belaka. Pengumuman projek baru pun menjadi-jadi, ikut sedap mulut menteri dan Ketua Menteri.

Santa Klaus BN itu bersepah-sepah di Merlimau dan setengahnya berkampung pula di Dun Kerdau, Pahang membawa kotak mee segera dan projek tiba-tiba.


Kata Syed Ibrahim, ia melanggar peraturan pilihan raya. Janji Najib tiada lagi projek mee segera sudah tidak dipedulikannya sendiri. Betullah dia seorang pawang memecah timba. Mee segera ada bila-bila selagi ada Umno dan BN

Anak Ayah Pin dapat 4 A STPM

Pelajar terbaik STPM dari Sekolah SMK Bukit Payong, Hulu Besut, Terengganu, Mohd Khairul Adhar Ariffin, menunjukkan slip keputusan peperiksaan yang diterima semalam. — Foto Bernama

Anak Arifin Mohamad atau “Ayah Pin” adalah antara 12 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Terengganu.

Anak Ayah Pin yang pihak berkuasa tidak dapat mengesannya , adik Mohd Khairul Adhar Arifin, 20, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, memperolehi 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Seni Visual, Bahasa Melayu dan Sastera.


Bagi beliau kontroversi yang berkisar mengenai ayahnya(Ayah Pin) bukan sebagai halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.


“Apa yang berlaku ke atas ayah saya, saya tidak ambil kisah dan ia tidak mengganggu pelajaran saya. Sudah enam tahun saya tidak jumpa ayah dan ibu yang banyak memberikan saya semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan supaya dapat mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di sekolahnya hari ini.


Kita yakin Mohd Khairul tidak mengamalkan ajaran ayah beliau.Justeru itu hasrat beliau untuk menjadi seorang guru dengan memohon untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) harus dipuji


Kerajaan Terengganu boleh memberi beliau biasiswa,sekurang-kurang dapat mengubat rindu Mohd Khairul yang tidak berjumpa ibu ayah selama enam tahun .

Mangkuk hayun punya SB tanya berapa cawangan sudah mesyuarat- macam tiada kerja lain.

Polis sudah tiada kerja lain .Melalui unit SB mereka ingin tahu cawangan PAS Bukit Gantang yang sudah bermesyuarat.

Kita diberitahu oleh teman-teman PAS kawasan Bukit Gantang terdapat SB yang menghantar SMS ingin mengetahui mesyuarat agung Pas Cawangan yang telah selesai mesyuarat.

Mereka ingat kita tak tahu,mereka guna macam-macam nombor telefon hanya hendak tahu berapa banyak cawangan PAS yang sudah mesyuarat.Bahasa SMS mereka sama.

Patutnya SB atau anggota polis lebih menjaga keselamatan penduduk atau paling kurang pantau kes susu getah kena curi atau kabel telefon kena kebas.Ini sibuk dengan PAS parti yang berdaftar .

Kita juga diberitahu sambutan dan jamuan Gong Xi Fa Cai yang dihadiri DS Nizar juga disertai paling kurang 6 orang SB.Contohnya di Temerlok Trong, 8 orang SB pelbagai kaum hadir.

Sunday, February 20, 2011

15 Juta saman ekor lupus

Tahniah PR saman ekor lupus jika perintah Malaysia.

Bob Lokman dan PAS kini tidak dapat dipisahkan.

Bob Lokman ,Ustaz Nasarudin Tantawi dan Ustaz Azman Shafawi di Himpunan Pemuda PAS.

Pemuda Pas dengar amanat.
Luar Dewan pemuda sanggup bersedia untuk menggempur UMNO.
Bob Lokman dan Ustaz Abu Bakar Chik tersenyum bangga setelah menjadi ahli PAS.

Saturday, February 19, 2011

Ketua Cawangan PAS ditawar lot tanah:Janji jangan aktif PAS

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/05/imej-umno.jpg

Malam kelmarin kita mewakili PAS Bukit Gantang merasmikan mesyuarat agung cawangan.Seperti biasa kita minta ahli terus istiqomah dengan PAS.Dalam keadaan semua orang kini bersama PR atau PAS ,kenapa kita tidak mahu terus istiqomah dengan PAS.


Apa yang menarik selepas selesai mesyuarat .Dua orang ketua cawangan bertemu kita dan memberi maklumat.Mereka ditawarkan dua lot tanah asalkan tidak aktif dengan PAS.Mereka tidak perlu keluar PAS asalkan PAS cawangan yang mereka menjadi ketua "mati dan lesu".


Ketua cawangan PAS itu ,memberitahu jurucakap UMNO ,bahawa mereka tidak mahu jual prinsip.PAS tetap bersama mereka.Hidup dan mati mereka tetap dengan PAS.


Biar mereka disekat hak sebagai rakyat ,namun untuk memusnahkan perjuangan PAS di kampung mereka ,mereka tidak mahu.


Dakwa mereka yang menawarkan lot tanah,bukan Pejabat Tanah,tetapi orang kuat YB Trong yang akan menyokong kuat permohonan mereka.

Saman ekor BN kejam.

oleh Wak Jono


Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:


i. Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.


Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah “sambung bayar” kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu “kaedah”nya memang berkesan.


ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus

Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.


iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju

Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan “kaki racing”, mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai “kaki racing” yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.


iv. ‘Blacklist’ hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara “tembak, tahan dan tulis saman” (3T). Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.


Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.sumber harakahdaily.net

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.sumber harakahdaily.net

Friday, February 18, 2011

Ribuan banjiri Himpunan Pemuda PAS.



Dewan Pemuda Pas Bukit Gantang telah menghantar lebih 50 orang wakil pemuda untuk menghadiri Himpunan 30k Pemuda Pas Seluruh Malaysia pada 19-2-2011. Pergerakan DPPK Bukit Gantang bermula seawal 1.30 pagi hari tersebut dan berhenti di Masjid berhampiran Kompleks Pas Kedah,Kota Sarang Semut, Kedah.

Belasan ribu pemuda telah hadir dalam himpunan ini dimana DPPK Baling paling ramai menghantar wakil iaitu lebih kurang 1000 orang. Program ini sangat berfaedah untuk menyuntik semangat pemuda di dalam menghadapi PRU ke 13 nanti yang dijangka berlaku seawal bulan 6 tahun ini.

Perhimpunan ini telah di rasmikan oleh Dato' Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah selaku Pesuruhjaya Pas Kedah yang turut menyumbangkan 15 ekor lembu untuk makan tengahari semua peserta. sumber blog DPP.

Luar biasa prestasi guru naik 600 peratus cikgu tak dapat apa!

Kita terperanjat prestasi guru naik 600 peratus. Kita jadi pening kerana kita juga tidak dicalonkan untuk dapat APC (anugerah perkhidmatan cemerlang) sebab Muhyiddin Yassin cakap prestasi guru meningkat mendadak.

Prestasi naik 600 peratus ,gaji tetap yang lama. Quepecs minta naik gaji bagi macam-macam alasan yang Najib bagi.

Tapi yang jelas penilaian prestasi guru selalunya tidak adil dan telus,kaki ampu selalu dapat walhal mereka guru yang kuat perkauman. Pengetua dan guru besar selalunya memilih bulu.Kita semasa pengetua berparti UMNO dan MIC ,apa pun tak dapat. Prestasi selalunya mendatar titik.

Namun apabila Pengetua yang tidak berparti,kita dapat APC(anugerah perkhidmatan cemerlang 2004).

Thursday, February 17, 2011

Dr Seah Lay Hong, bulu kemaluan dan seluar dalam.

http://cdn.cloudfiles.mosso.com/c71692/media/image/200908/phpGKw6EN_thumb_abdullah-004.jpgBulu kemaluan, dua helai seluar dalam, sebidang permaidani dan cadar tilam antara 19 barang kes yang dikenal pasti oleh seorang ahli kimia pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua UMUM PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Barang-barang kes yang disahkan satu persatu oleh Dr. Seah Lay Hong telah dihantar kepadanya oleh pihak polis untuk pemeriksaan termasuk yang dikemukakan semasa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan di mahkamah setahun lalu.


Menurut Lay Hong, 52, yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, beliau menerima barang-barang itu daripada Deputi Supritendan Jude Blacious Pereira (kini Supritendan) sebanyak dua kali iaitu pada 30 Jun dan 1 Julai 2008.(sumber)

Hebatnya bank di Malaysia boleh ditipu RM19 juta.

Sebuah bank tempatan rugi RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang kononnya mahu membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Sumber berkata, dua syarikat terbabit sebelum ini mengemukakan permohonan pinjaman korporat kepada bank itu dan pihak bank tiada masalah meluluskan pinjaman setelah yakin dengan maklumat dan dokumen yang ditunjukkan oleh syarikat berkenaan.


Katanya, setelah melalui beberapa proses, wang pinjaman berjumlah RM19 juta diserahkan kepada syarikat tersebut.


Pihak bank menyedari ditipu apabila pemeriksaan di premis yang didakwa pejabat syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud. Malah mereka juga gagal mengesan atau menghubungi individu yang berurusan membuat pinjaman.sumber utusan

Mesir dan Malaysia ada persamaan kayakan kroni-DS Anwar Ibrahim

Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.


Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.


"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.


"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir


yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.


Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.


Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia.


Menurut Anwar, di Mesir sekarang, ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.


Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.


"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.


Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.


"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.sumber harakahdaily.net

Koperal Jenain Subi berkopiah putih satu tanda baik!

Koperal Jenain Subi ketika hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah tahun lalu.
Nampak warak!.Koperal Jenain Subi memakai kopiah putih ketika hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah tahun lalu.Jarang kita melihat pegawai polis yang masih belum didapati bersalah oleh mahkamah memakai kopiah putih seperti Koperal Jenain Subi.


Sementara itu Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan 28 Februari ini untuk memutuskan Koperal Jenain dibebaskan atau dipanggil untuk membela diri.


Kita mengharapkan kertas siasatan lengkap tiada cacat cela. Kita tidak mahu kerana sedikit kesilapan teknikal pihak yang sememangnya bersalah dibebaskan.


Bagi kita keadilan untuk Aminulrashid keadilan juga untuk Koperal Jenain Subi.

Tahniah UMNO pegangan ekuiti Bumiputera kini 22 peratus.

Tahniah BN ,tahniah UMNO satu lagi kegagalan kerana pegangan ekuiti Bumiputera dalam pasaran modal kini mencecah 22 peratus berbanding sasaran kerajaan 30 peratus,.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peningkatan pegangan itu dicapai antaranya berikutan sumbangan melalui pengagihan unit saham khas Bumiputera melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang dilaksanakan oleh kementerian itu.


Kita pun tak tahu rupanya syarikat kroni UMNO,kena kerajaan tolong baru boleh dapat ekuiti.Usaha sendiri jawabnya bungkus!

Bagi tahun lepas sahaja, beliau berkata, daripada 18 IPO atau 1.6 bilion unit saham khas Bumiputera, sebanyak 1.5 bilion unit atau 91.6 peratus telah berjaya diperuntukkan kepada para pelabur Bumiputera.


Tetapi orang kampung betulkah dapat? Jikalau setakat 20 juta pun adik Najib,Nazim Razak dapat ,seperti projek Masjid Kampung Baru,Kuala Lumpur.


Namun akhirnya Mustapa Mohamed menyatakan kementerian beliau akan mengkaji semula keberkesanan instrumen ini kerana walau pun sudah lama dilaksanakan, pegangan baru mencecah 22 peratus..Ini lagi seorang menteri berprestasi rendah.

Dah pencen macam-macam Mahathir boleh cakap.

Dr Mahathir Mohamad hanya berani bercakap apabila sudah pencen. Justeru itu beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.

Mahathir dengan bangga menyatakan tempoh pegang jawatan Perdana Menteri boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.

Semasa pegang jawatan ,tak cakap pun dua penggal pun.Begitu juga semasa menjadi Perdana Menteri tak gaduh pula hendak mansuh ISA. Hanif Omar pun satu, sudah pencen pun masih hendak bercakap banyak.Bercakap tanpa bukti.Tetapi Mahathir kena ingat hansad parlimen tidak boleh ditipu,apa yang beliau cakap semuanya sudah disimpan.

Apa yang jelas Dr Mahathir takut DS Anwar menjadi Perdana Menteri.? 22 tahun perintah ,saham atau ekuiti Bumiputra hanya sekitar 22 peratus.Banyak sangat cakap semakin kalut fikiran Dr Mahathir.Bertambah pula ,insyaAllah PRU 13 kerajaan baru Putrajaya,semasa itu baru Mahathir tahu tinggi rendah langit.

Wednesday, February 16, 2011

Cikgu saya hendak ambil Bahasa Mandarin untuk dapat RM20,000.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPLdNrKJKwz1WFMczETpVs4dIVZ1OFD-DdX2qAiqlslj70g_39H0vqT8SFpi84SwIw-9glOOCQzH4jGkZNiDyK8U5soNCv7uEf5lI0qF3RwOkdm4lfAK9o8MWaCcyL0iFvSNLB0NFyLpae/s1600/wee+soo+yen+maal+hijrah.jpg

Apabila Wee Soo Yen pelajar Tingkatan Empat mendapat RM20,000 kerana penjadi penerima anugerah Maulidurrasul baru-baru ini,kebanyakan pelajar Melayu mahu mengambil Bahasa Mandarin. Cukup sekadar ambil peperiksaan tanpa melihat sumbangan kepada agama,negara dan bangsa sudah mampu meraih RM20,000.

Mereka memberi alasan Wee Soo Yen yang dapat A Bahasa Arab Komunikasi dalam PMR 2010,mampu meraih RM20,000.

Jadi mereka menyatakan kenapa Jakim tidak mahu memilih mereka jika nanti mendapat A Bahasa Mandarin.Jika tidak cukup mereka ingin ambil Bahasa Jepun,Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi.Mereka mengharapkan Jakim dan Jamil Khir Baharum tidak pilih kasih.

Hadiah galakan RM20,000 . cukup untuk menampung pelajaran mereka tanpa perlu meminjam PTPTN kelak.


Azmin Ali guna saluran bukan media untuk hentam PAS.

PAS melalui Setiausaha Agung ,Datuk Mustafa Ali mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.

Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.


Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.


“Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” kata Mustafa Ali lagi.


Menurut Mustafa Ali , sepatutnya perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Allahu Akhbar ,Firaun sudah mati.

Rakyat Beirut, Lubnan, turut menyambut gembira atas tumbangnya Presiden Mesir Hosni Mubarak dari kekuasaannya selama 30 tahun, Jumaat 11 Februari lalu.

Kegembiraan itu ditunjukkan dengan menyalakan bunga api di pusat bandar Beirut, setelah terdengar khabar tersungkurnya Hosni Mubarak.

Cahaya bunga api itu telah menerangi langit Beirut, di samping langit di daerah-daerah yang didiami warga penganut Syiah, terutama di bahagian Beirut selatan berkerlipan cahaya bunga api yang berwana-warni tanda kegembiraan.

Sementara itu, dalam tayangan televisyen al-Manar milik Hisbullah puak Syiah, terlihat pengacara Amr Nassef secara spontan menjerit emosional sambil berteriak, "Allahu Akbar, Firaun sudah mati! "Adakah saya mimpi? Saya bimbang ini mimpi."kata Amr Nasssef lagi.(sumber)

Tahniah 3 daripada 20 orang terkaya orang Melayu.

Hampir 54 tahun Malaysia merdeka. Zaman UMNO jadi ketua kerajaan ,UMNO berjaya menkayakan tiga orang. Dalam kiraan matematik , 3 orang Melayu terkaya di Malaysia.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.


Kedudukan kedua di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion .Sementara itu anak Dr Mahathir berjaya mencipta nama tempat ketiga terkaya orang Melayu, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.


Mungkin selepas ini Nazim Razak boleh mencipta rekod lelaki keempat terkaya di Malaysia.Bertambah pula syarikat Nazim Razak baru dapat projek pembangunan Masjid Kg Baru.

Pak Lah ,anaknya semakin ketinggalan.Tetapi tetap kaya. Khairy Jamaludin menantu Pak Lah merangkap Ketua Pemuda dikatakan berjiwa rakyat,jadi dia tidak minat untuk jadi kaya.Khairy cukup jadi Ketua Pemuda yang tiada jawatan kabinet.

Tuesday, February 15, 2011

Apa kaitan Nazim Razak dengan Masjid Kampung Baru.

Masjid Jamek is one of the historic landmarks in Kampung Baru.
Masjid Jamek is one of the historic landmarks in Kampung Baru.


Baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur. Najib berkata peruntukan tersebut akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad. Turut hadir di dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Kg Bharu, Mohamed Nazim Abd Razak, yang juga adik Najib.


Menurut maklumat yang diperolehi, cadangan pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru itu telah diberikan kepada NRY Architect Sdn Bhd, yang mana pemiliknya adalah Nazim sendiri.


Memandangkan Nazim ialah Timbalan Pengerusi Masjid, SPRM diminta menjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd, beliau tentu sedar bahawa perlantikannya mungkin atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri."sumber Ahmad Lutfi Othman"

YB Khalil Idham Lim jumpa JK Hak Dun Perak 25 Februari ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIEHr0Lu-yN5uGef-xFmdjH2WN7FbmONii1_9A1ulxS0GtJ8gwLC8Mtia73cysvAHe9QD0zaQVTz40rlZX__245VHiD2h-q5ej3Sols2uXFlpC_9LrcYqK61O-XbLwP5abXtIGajZfBQ8/s1600/c3.jpg

Dalam twitternya YB Drs Khalil Idham Lim menulis beliau diminta hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan dewan pada 25 Februari pada jam 10 .oo pagi di Bangunan SUK Ipoh.

Khalil Idham telah menerima surat dari Setiausaha Dewan Negeri Perak memaklumkan supaya hadir dalam sesi soal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan .

YB Khalil Idham Lim dipanggil oleh Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana sewaktu berbahas di DUN Perak telah membuat pendedahan bahawa terdapat pihak yang telah membawa masuk bomoh sewaktu persidangan DUN Perak.

Sementara itu menurut twitter YB Khalil Idham Lim beliau akan mengadakan sidang media sebelum beliau memberi reaksi surat dari Setiausaha Dewan DUN Perak .


Apakah itu saman ekor?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp5mm6YR_kDDObjOtNfQvQdLC8km8fmkw27hX9yDWnmJJ63G9yri826w8DwXG-1X9djq8PPaVM95m0HdLoLcWWAQg5FT728I7gnHgDf20v-LqJknL-KZNYkyw_Aha4H4ncUHFuG8AuIeUC/s1600/SAMAN-EKOR.jpg

1. Apakah Itu Saman Ekor?

Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihan-tar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi saman ekor ialah Notis Pol.170A.

2. Perbezaan Saman Ekor dengan saman-saman lain dan siapa yang mengeluarkan Saman Ekor ini serta untuk kesalahan apa?

Saman ekor dihantar secara pos berdaftar kepa-da pemilik kenderaan. Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan (kendiri). Saman ekor dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

3. Apakah pindaan yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang MENINDAS rakyat dan MENGUNTUNGKAN syarikat swasta?

a) Memasukkan takrif imej yg dirakam ke dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang bermaksud semua gambar yang diambil oleh PDRM/JPJ semasa operasi hadlaju sebelum pindaan ini tidak boleh digunakan di Mahkamah sebagai bukti.

b) Memperkenalkan AES iaitu penguatkuasaan au-tomatik yang akan menguntungkan dua (2) syarikat swasta.

c) Selepas 28/2/2011 senarai hitam akan kembali dikuatkuasakan sedangkan saman ekor yang lama tidak boleh dikuatkuasakan kerana tiada bukti kesala-han dan tiada saman ke Mahkamah.

d) Memberi kuasa kepada JPJ/PDRM memasuki mana-mana jalan termasuk jalan persendirian untuk men-guatkuasakan Akta ini


ANDA PERLU TAHU HAK ANDA

Saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada kita sejurus selepas kesalahan dilakukan.

Mengapa?

Ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunakan no pendaftaran palsu yang menyamai nombor pendaftaran kereta kita.

Kita sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku melakukan kesalahan.

Mengapa?

Ini adalah kerana Saman Ekor hanyalah notis meminta maklumat.
Anda tidak perlu membuat carian online di PDRM atau JPJ jika tidak menerima Saman Ekor.

Mengapa?

Pihak berkuasa perlu menyerahkan sendiri apa-apa notis kepada anda.
JPJ tidak berhak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun Saman Ekor .

Mengapa?

Polis/JPJ perlu mengeluarkan saman supaya anda hadir ke mahkamah untuk menjawab tuduhan melakukan kesalahan tersebut. Selagi belum disabitkan kesalahan JPJ tidak berhak melakukan hal di atas. sumber risalah KASE(Kempen anti-saman ekor)