Wednesday, September 30, 2009

Mahkamah Tangguh Keputusan Berhubung Kes Gobind Pada 13 Okt

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) telah menangguhkan kepada 13 Okt keputusannya berhubung permohonan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo untuk menarik balik arahan penggantungannya selama setahun yang dikenakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada Mac tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Ariff Md Yusof menetapkan tarikh itu selepas memaklumkan peguam Gobind, Karpal Singh dan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi bahawa beliau memerlukan masa untuk meneliri salinan hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak.

Mohd Ariff juga berkata beliau perlu meneliti beberapa penjelasan semasa prosiding hari ini oleh Karpal dan Azizah.

Pada 23 April, Gobind memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon satu pengisytiharan bahawa penggantungannya sebagai Anggota Parlimen adalah batal dan tidak sah dan dalam samannya, beliau mendakwa bahawa penggantungan selama setahun, berkuatkuasa 16 Mac, bertentangan dengan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menamakan Speaker Dewan Rakyat, Mohamed Nazri, Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan sebagai defendan.

Gobind memohon untuk mengisytihar bahawa surat bertarikh 18 Mac dan ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah, yang menggantung beliau sebagai Anggota Parlimen dan menarik semua seluan dan faedah sebagai Anggota PArlimen, adalah batal dan tidak sah kerana ia tidak boleh dikuatkuasakan di sini undang-undang.

Gobind, 36, juga mahu satu pengisytiharan bahawa beliau berhak kepada elaun dan kemudahan mengikut Artikel 64 dan bahawa prosiding dan keputusan Dewan Rakyat adalah tidak kebal untuk diadili di mahkamah.

Semasa prosiding Rabu, Karpal menjelaskan bahawa isu sama ada menteri berhak membawa usul untuk menggantung Gobind mengikut Perintah Tetap yang jelas menunjukkan bahawa ia perlu dilakukan pada hari yang sama dengan dakwaan kesalahan.

"Bagaimanapun, dalam kes Gobind, usul itu hanya dibentangkan beberapa hari selepas dakwaan kesalahan itu di mana menteri tidak mengikut peraturan di bawah Perintah-perintah Tetap," kata Karpal.

Bagaimanapun, Azizah berhujah bahawa menteri telah bertindak dengan betul kerana beliau mengikut peruntukan di bawah Akta Hak Istimewa dan Dewan Rakyat 1952.

Anggota Parlimen Puchong itu digantung tanpa mendapat sebarang elaun dan kemudahan berikutan kenyataannya di Dewan Rakyat yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

-- BERNAMA

Seorang Anggota Polis Akan Didakwa Khamis Berhubung Kematian Kugan

Seorang anggota polis, V.Navindran akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Khamis berhubung kematian seorang tahanan polis A. Kugan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya Navindran akan didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk bagi mendapatkan pengakuan dari simati," katanya dalam satu kenyataan di sini ,Rabu.

Seksyen 331 itu membawa hukuman penjara untuk satu tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 11 tahun dan boleh didenda jika didapati bersalah.

Abdul Gani berkata siasatan menunjukkan bahawa daripada 92 kenyataan para saksi, hanya empat saksi telah mengenalpasti seorang, Navindran sebagai orang yang telah menyebabkan kecederaan kepada simati dalam dua kejadian pada 16 Jan.

Katanya dalam kedua-dua kejadian, suspek dikatakan memukul simati dengan getah hos dan empat hari kemudian simati menemui ajalnya.

"Saya dapati dalam lingkungan empat hari ini, simati telah membantu polis dalam siasatan dengan membawa polis ke empat lokasi berbeza antara 16 dan 20 Januari.

"Oleh itu, tiada bukti bahawa simati mati di tempat kejadian. Sebaliknya simati mati empat hari selepas dipukul seperti didakwa. Oleh itu terdapat jurang yang luas di antaranya dan dakwaan bunuh tidak boleh dikenakan terhadap suspek," katanya.

Abdul Gani berkata hasil laporan perubatan tidak menunjukkan bahawa simati meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya tetapi ia merupakan akibat jangkitan virus kepada jantung atau "acute myocarditis".

Kugan, 22, suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah, yang direman pada 15 Jan lepas, meninggal dunia semasa dalam tahanan polis di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 20 Jan lepas.

Dia berada di dalam tahanan polis selama lima hari sebelum meninggal dunia dan kematiannya menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India yang menyebabkan kaedah polis dalam menyoal siasat dipertikai.

Abdul Gani berkata kertas siasatan berhubung kematian Kugan pada mulanya dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 3 Februari dan selepas diteliti oleh para pegawainya ia dikembalikan kepada polis pada hari yang sama untuk siasatan lanjut.

Semasa siasatan polis, peguam yang mewakili keluarga simati memohon dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalankan autopsi kedua.

Autopsi pertama dijalankan pada 21 Januari oleh Dr Abdul Karim Tajuddin dari Hospital Serdang dan autopsi kedua dibuat pada 25 Januari oleh Dr Prashant N. Sambekar dari PPUM.

Sebaik menerima autopsi kedua, keluarga Kugan mendakwa terdapat cubaan oleh pihak berkuasa untuk menutup sebab kematian Kugan semasa dalam tahanan dan membuat aduan dengan Abdul Gani.

"Berdasarkan dakwaan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Bebas (jawatankuasa pertama) terdiri daripada kedua-dua doktor tempatan dan asing bagi menjalankan kajian mendalam dan penilaian ke atas kedua-dua laporan bedah siasat dan jawatankuasa itu mengeluarkan laporan muktamad berhubung penemuan mereka pada 26 Mac," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Gani berkata keluarga simati mendesak supaya Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk menjalankan inkuiri berasingan dan MMC telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Kedua Siasatan Persediaan (jawatankuasa kedua) untuk mengkaji aduan yang dibuat keluarga simati.

Katanya jawatankuasa itu bermesyuarat pada 19 Mac dan pendengaran ditangguhkan pada 17 April. Pada 17 April dan 31 Julai, jawatankuasa kedua diteruskan untuk mendengar bukti daripada keluarga simati sebelum ia ditangguhkan kepada 9 Oktober untuk penyambungan.

"Sebelum itu, saya telah memutuskan untuk mendakwa anggota polis yang bertanggungjawab ke atas kecederaan yang dialami simati.

"Bagaimanapun, adalah penting bagi saya untuk menunjukkan bahawa disebabkan dua pendengaran yang belum selesai, satu di hadapan jawatankuasa kedua dan satu lagi di Mahkamah Tinggi, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pengenaan suatu tuduhan bagi dakwaan itu kerana saya berpandangan bahawa semua perkara ini perlu diselesaikan terlebih dahulu dan anggota keluarga telah diberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan adil.

"Oleh kerana jawatankuasa kedua telah menangguhkan pendengarannya kepada 9 Oktober dan sebaliknya ini akan memanjangkan perkara itu, saya memutuskan untuk tidak melengah-lengahkannya lagi," katanya.

Jika ada sebarang perbezaan dalam keputusan oleh jawatankuasa kedua, Abdul Gani berkata beliau akan mempertimbang sama ada memilih dakwaan lebih berat atau sebaliknya.

-- BERNAMA

Tuesday, September 29, 2009

Kelab Penyokong Pas Bukit Gantang Jangan Terpedaya:Makkal Sakhti untuk Hidupkan UMNO

PAS mengingatkan ahli Kelab Penyokong PAS terutamanya masyarakat India supaya jangan terpedaya dengan cubaan Barisan Nasional (BN) mengelirukan mereka dengan penampilan parti baru 'Makkal Sakthi'.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof berkata, penubuhan parti ini dibuat oleh mereka yang kecewa kerana tidak dapat jadi calon pilihan raya.

Menurutnya, BN sengaja mengatur strategi untuk memadam semangat masyarakat India yang nyata menolak parti berasaskan perkauman samada MIC, Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) ataupun Parti Progresif (PPP).

Justeru itu, BN terpaksa mencipta parti baru untuk mengembelengkan tenaga masyarakat India agar memberikan kepercayaan kepada parti baru kononnya hasil perjuangan rakyat akar umbi untuk menggantikan parti perkauman India lainnya

Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir menyambut baik penubuhan Makkal Shakti baru-baru ini.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kena tetapkan pendirian dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan dakyah BN yang memperkudakan parti tersebut untuk menarik kembali sokongan masyarakat India yang nyata terus semangat menyokong Pakatan Rakyat, " tegasnya ketika dihubungi.

Tambahnya,jika benar bekas pemimpin Hindraf yang kecewa hendak memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan untuk masyarakat India mereka seharusnya memilih Pakatan Rakyat sebagai penasihat atau penaung bukan BN yang sedang menanti rebah dalam arena politik tanahair.

Agak mengejutkan sambungnya, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, penubuhan parti baru itu begitu cepat didaftarkan semata-mata untuk menampung kehendak masyarakat India yang telah kecewa dengan parti berteraskan kaum India di Malaysia.

"Jangan ambil perhatian tentang penubuhan Parti Makkal Sakhti yang ditubuhkan oleh orang yang tiada pendirian. Bersabarlah dengan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita akan mencapai kemenangan muklak nanti, " ujar beliau lagi.

Justeru itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang berharap, semua ahli Kelab Penyokong PAS di serata negeri bersatu tanpa mengira warna kulit di samping memperbanyakan program bersama masyarakat bukan Islam.

Cara itu tambah Dr Mujahid, dapat menambah kesepaduan, kematangan dan percambahan ilmu politik di samping mendapat penjelasan isu terkini mudah-mudahan pendekatan itu memberi ketabahan dalam usaha menarik seramai mungkin mereka yang masih tercari-cari wadah perjuangan.

Katanya,anggaplah penubuhan 'Makkal Sakhti' tajaan mereka yang kecewa itu sebagai sebuah lubang yang besar menanti BN jatuh untuk ditimbus oleh mereka yang menanti kepincangan serta kemusnahan BN secara menyeluruh.

"Kalau boleh ditakrifkan penubuhan Makkal Sakthi sebagai lubang besar untuk menimbus BN yang hanya ada nyawa-nyawa ikan sahaja. Biar rakyat yang tentukan kelak, " terangnya. -HarakahDaily.Net.

Mengulas perkara yang sama,YDP Bukit Gantang mengharapkan ahli Kelab Penyokong Pas tidak terpengaruh dengan propaganda UMNO /BN.

"Makhal Sakthi,bukan ingin membela Masyarakat India,tetapi untuk mengekalkan kerajaan BN"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

Ceramah Mat Sabu bersama DS Nizar."Orang Melayu luar bandar takut dibuang kerja"

Tuan Haji Mat Sabu sedang membincangkan sesuatu dengan DS Nizar.Kelihatan YDP Pas Kawasan Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar.

DS Nizar selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Mohd Sabu.


1.Apa kata Mat Sabu.?

BN mengunakan Dr Mahathir,Mahathir dikitar semula untuk menyakinkan rakyat.Hj Mat Sabu berhujah di peringkat antarabangsapun Najib tidak berani.Contohnya persidangan PBB baru-baru ini.Najib tidak berani untuk berucap,kerana takutkan hantu Altantuya.Tidak seperti Presiden Iran Mahmud Ahmednejad dan Peresiden Libya, Gadhafi berani berucap ,Najib takut masyarakat antarabangsa bertanya tentang Altantuya.

Abang Mat juga berkata,hanya orang Melayu luar bandar sahaja masih mahu mengundi BN/UMNO,masyarakat bandar sudah tidak percaya sama UMNO yang rasuah.Itupun mereka takut dibuang kerja?Kerja apa sebagai penoreh getah!Indeks rasuah Malaysia kini ke 47 dunia.

Menyentuh isu Polis,Abang Mat menerangkan kepercayaan rakyat keatas polis semakin jatuh.Contohnya kes kepala lembu di Syeksen 23 Shah Alam.Polis tidak tahu dan membiarkan sahaja,tetapi setelah Najib bersuara ,barulah diambil tindakan.Inipun kerana pilihanraya Bagan Pinang.

Berkaitan SPRM beliau merujuk kes Teoh Beng Hock,pagi siasat hidup,esoknya mati terbunuh.Teoh Beng Hock hanya seorang saksi.Tidak seperti Ong Tee Keat,datang senyum balik senyum.Begitu juga Khir Toyo,kes rumah mewah,datang senyum balik sengih.

DS NIZAR:Tiada rasuah ,hasil negeri meningkat!

Dalam ceramah penerangan Pas Kawasan Bukit Gantang malam tadi, YB DS Nizar.Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh beliau sepanjang 10 bulan lebih memerintah Perak telah berjaya memungut hasil negeri Perak sebanyak lebih RM700 juta. Kejayaan ini berikutan tiada berlakunya amalan rasuah didalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu.

Menurut beliau lagi, BN yang memerintah sebelum ini pun paling tinggi hanya berjaya memungut RM632 juta setahun.

Bagi kutipan zakat di Negeri Perak pula sepanjang 10 bulan lebih Pakatan Rakyat memerintah, sebanyak lebih kurang RM58 juta pula berjaya dipungut manakala sepanjang BN memerintah sebelum ini pula kutipan paling tinggi hanyalah RM43 juta setahun.

RM58 juta wang zakat yang berjaya dipungut oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak didapati hasil daripada arahan beliau sebagai Menteri Besar ketika itu yang mengarahkan agar anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengeluarkan zakat.

DS Nizar kemudiannya menceritakan bagaimana arahannya kepada Lembaga Air Perak agar mengeluarkan zakat kerana sebelum ini pihak mereka tidak pernah berbuat demikian diatas alasan tidak pernah mendapat arahan.

Yang paling menarik menurut DS Nizar lagi, pihak DAP dan PKR yang tidak beragama Islam yang duduk dalam GLC kerajaan tidak pernah membantah dengan tindakan beliau yang mengeluarkan arahan-arahan tersebut.

Ceramah penerangan DS Nizar bersama Tuan Hj Mohd Sabu, YB Chan Ming Kai dihadiri rakyat termasuk lebih kurang 1o orang SB.

Bagan Pinang,Calon Rakyat Zulkifli Mohamad lwn Calon Rasuah!


Presiden Pas TG Hj Abdul Hadi sebentar tadi mengumumkan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Sdr. Zulkifli Mohamad telah dipilih menjadi calon Pas untuk DUN Bagan Pinang.

dsc00818

dsc00815

Kami bersedia untuk bertanding!Calon kita,calon rakyat!

dsc00810

Tuan Guru Hj. Hadi sedang berucap menyatakan Zulkifli merupakan calon terbaik Pakatan Rakyat.

dsc008031

Turut hadir pada malam ini ialah kepimpinan PKR dan DAP. Sdr Lim Kit Siang,Sdr Syed Husein dan YB Azmin Ali.

sumber perakexpress

Malam ini Perak Lawan Kuala Lumpur:Saksikan !

Malam ini Pasukan Perak akan ditentang Pasukan Kuala Lumpur dalam Kumpulan C untuk merebut tempat ke Piala Malaysia.

Team Perak telah menang menentang UPB/My Team baru-baru ini.

DS Nizar selaku Presiden Pafa akan menonton perlawanan malam ini.DS Nizar ingin memberi sokongan moral ke atas pasukan beliau.

DS Nizar,dijangka sampai ke Jebong,Matang dalam Parlimen Bukit Gantang untuk berceramah bersama Tuan Haji Mohd Sabu pada pukul 10.00 malam.

Jumpa DS Nizar di dua tempat!

Beginilah kisahnya bicara V.Sivakumar Speaker Sah Perak tangguh lagi!

KUALA LUMPUR -- Mahkamah Tinggi di sini akan membuat keputusan pada 22 Okt sama ada akan memberikan kebenaran atau tidak kepada bekas Speaker Perak V.Sivakumar dan enam lain untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu di dalam kamar Selasa selepas mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak-pihak yang berkenaan mengenai kuasa speaker, mengenai sama ada speaker mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan jawatan atau beliau hanya bertindak sebagai "posmen" untuk menyerahkan surat peletakan jawatan wakil rakyat kepada SPR untuk diputuskan.

Sivakumar diwakili peguam Edmund Bon dan Razlan Hadri Zulkifli manakala SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said, Suzana Atan dan Andi Razalijaya.

Sivakumar, tiga wakil rakyat pembangkang Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A. Sivanesan dan tiga pengundi -- Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang)-- memohon kebenaran untuk semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan SPR yang tidak mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi itu kosong peletakan jawatan wakil rakyat masing-masing, yang mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka mengemukakan saman terhadap SPR dan tiga wakil rakyat berkenaan -- Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Jamaluddin dan Osman menang di kerusi masing-masing atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala Hee, atas tiket DAP pada pilihan raya umum tahun lepas.

Mereka keluar dari parti masing-masing dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional, membawa kepada kejatuhan kerajaan pakatan PAS-PKR-DAP di Perak, yang ketika itu diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada 3 Feb, Sivakumar memaklumkan SPR bahawa tiga kerusi itu kosong selepas menerima surat yang kononnya surat peletakan jawatan tiga wakil rakyat itu.

SPR bagaimanapun meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.

Sivakumar dan keenam-enam mereka memohon diisytiharkan bahawa kerusi DUN Behrang, DUN Changkat Jering dan DUN Jelapang menjadi kosong berikutan peletakan jawatan Jamaluddin, Osman dan Hee, dan injunksi untuk menghalang mereka daripada bertindak dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Mereka juga memohon writ "quo warranto" untuk memerintahkan ketiga-tiga wakil rakyat itu untuk memberikan alasan kenapa mereka masih menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing dan menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai wakil rakyat.

-- BERNAMA

Monday, September 28, 2009

Rakyat dan Keluarga Sama Penting Bagi DS Nizar.


Keluarga Jamaluddin

Bersama Emak Mertua, suami, anak-anak, menantu dan cucu

DS Nizar mementingkan kesejahteraan rakyat .Disamping itu tidak melupakan keluarga.Baru-baru ini dalam program Pas Kawasan Bukit Gantang memberi sumbangan kepada masyarakat miskin,ibu tunggal,anak yatim dan oku,anak bongsu DS Nizar sakit dan ditahan di wad hospital Ipoh.Namun beliau masih mahu menghadiri program tersebut.Rakyat dan keluarga sama penting bagi DS Nizar.

DS Nizar memandu sendiri kereta dari Ipoh ke Sungai Tinggi ,dalam DUN Trong untuk bersama PAS Kawasan Bukit Gantang meraikan rakyat.

Kita lihat pula apa kata DS Fatimah Taat tentang DS Nizar melalui tulisannya di blog beliau.


Hari Raya kedua baru-baru ini keluarga Jamaluddin (semua adik beradik sebelah suami) telah berkumpul di Kampung Ayer Itam Labu untuk meraikan aidilfitri bersama. Alhamdulillah tahun ini lengkap 12 adik beradik dapat berkumpul. Majlis dimulakan dengan ucapan abang sulung seterusnya semua adik beradik bersalaman dan bermaafan. Jamuan makan tengahari diadakan sejurus selepas itu dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Sepanjang minggu ini saya dan suami banyak menerima tetamu yang datang beraya dirumah. Kebanyakkannya sanak saudara dan kenalan rapat.

Raya tahun ini semua anak-anak saya dapat pulang dan berkumpul untuk sama-sama meraikan aidilfitri setelah hampir 6 tahun 3 orang anak saya masing-masing beraya diperantauan.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua terutama kepada pengunjung setia blog ini di atas segala salah silap dan apa jua yang menguris hati secara sengaja ataupun tidak.

Dikemeriahan kita merayakan Aidilfitri janganlah lupa untuk berpuasa Sunat 6 Syawal dimana telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar.

Salam Aidilfitri.

Rumah Terbuka PAS:Citrawarna 3 Budaya





Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua rakyat Malaysia ke majlis citrawarna 3 budaya Rumah Terbuka PAS pada 3 oktober 2009 ,hari Sabtu ,jam
1.30pm - 4.00 pm

Satu cetusan berani Dewan Pemuda Pas Malaysia.

SELCAT:Apa kata YB Khalid Samad pula

1. Mengapa Mengambil Posisi Menegur SELCAT Secara Berasingan?
Saya menyatakan kepada mesyuarat bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh PJ telah dan sedang dibincang oleh ADUN-ADUN dan anggota SELCAT itu sendiri. Ramai telahpun bersetuju untuk memperbaiki perjalanan sesi soal-jawab SELCAT berpandukan feedback yang negatif berhubung kaedah soal-siasat dan sebagainya. Yang menjadi masalah ialah apabila PJ membuat kenyataan mengkritik SELCAT secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini. Ianya telah pun memberikan gambaran bahawa hanya PAS mengambil berat kedudukan pegawai kerajaan dan menjuarai mereka dan parti lain tidak. Sedangkan hakikatnya, pihak lain juga telah bersetuju dengan teguran-teguran yang telah disampaikan secara dalaman.

Saya menyatakan, “tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal-siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?

Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang.

2. Mengapa Tidak Merujuk Kepada Wakil PAS yang Menganggotai SELCAT?
Isu kedua yang saya bangkitkan adalah berhubung satu-satunya wakil PAS di dalam SELCAT, iaitu YB Shaari Sungib. Saya bertanya mengapa mesyuarat tidak menjemput beliau memandangkan mesyuarat khas ini adalah berhubung SELCAT dan beliau adalah anggota SELCAT?

Saya bertanya lagi, “tidakkah lebih wajar kita mendengar pandangan dari ahli parti kita sendiri yang menganggotai SELCAT berhubung perjalanannya daripada mendengar aduan sebelah pihak pegawai kerajaan semata-mata?

3. Mengapa Membela Pegawai-Pegawai Kerajaan Sekiranya Mereka Bersalah?
Saya terus menjelaskan bahawa peranan SELCAT adalah untuk menjamin kecekapan, pertanggung-jawaban dan ketelusan. Pegawai-pegawai dipanggil untuk menjelaskan bagaimana mereka telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka, bukan persoalan peribadi mereka.

Sekiranya mereka menjalankan tugas mereka dengan betul tiada sebab yang perlu mereka rasa malu. Sekiranya mereka dipaksa menjalankan tugas mereka dengan cara yang kurang betul, maka perlu mereka nyatakan mereka dipaksa atau pun diarah berbuat begitu. Tetapi, sekiranya mereka ingin melindungi penyelewengan BN dulu, maka adakah perlu kita membela mereka?

Dalam pada itu, saya nyatakan, sesi SELCAT yang pertama dahulu yang melibatkan isu BALQIS telah berjalan dengan baik. Datin Khairiyyah telah menjawab semua soalan dengan telus dan mendedahkan bagaimana wang sebanyak RM 900,000 lebih telah diselewengkan dan dibazirkan oleh pentadbiran Khir Toyo. Dalam sesi soal jawab itu, tiada pula yang mengemukakan persoalan bagaimana sesi terbuka yang disiarkan secara terus menghina dan memalukan Datin Khairiyyah.

Kalau nak timbulkan soalan memalukan dan menghina, kenapa tidak kita membantah hukuman sebat terhadap Kartika juga? Adakah kita menganggap persoalan penyelewengan duit rakyat tidak sepenting soal meminum arak? Adakah kita menganggap bahawa Islam redha dengan persoalan yang pertama dan hanya menolak yang kedua? Sepertimana kita menerima hukuman sebat terhadap Kartika, hukuman ‘soal siasat’ terbuka tidak sepatutnya kita tolak.

Akhirnya saya menegaskan mengapa sesi itu perlu diadakan secara terbuka. Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat. Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’.

4. Mengapa Saya Respon Kepada Kenyataan PJ
Dalam pada itu saya menjelaskan mengapa saya respon kepada kenyataan PJ. Saya nyatakan bahawa tindakan PJ menyerang SELCAT secara terbuka telah memberikan gambaran seolah-olah PAS tidak setuju dengan SELCAT dan dengan itu bercanggah dengan matlamat pentadbiran PR.

Saya menolak kenyataan PJ juga secara terbuka kerana ingin menegaskan bahawa PAS tetap bersama PR dan perpaduan sememangnya wujud di kalangan kami. Perpaduan PR adalah penting untuk dizahirkan kerana ianya akan meyakinkan rakyat untuk terus memilih kita. Bukan sahaja di Selangor tetapi juga untuk mendapat kembali Perak, memenangi Pahang dan negeri-negeri lain. Demi menyatakan perpaduan kukuh wujud dalam PR sepertimana kehendak muktamar, maka saya menyanggah PJ walaupun ianya akan menzahirkan perbalahan dalam PAS Selangor.

Kedua, sebagai Ahli Exco, saya beranggapan bahawa beliau sepatutnya mengambil posisi bersama kerajaan PR dan bukan menyerang usaha kerajaan untuk mengasaskan kecekapan, pertanggung-jawaban dan ketelusan dalam perkhidmatan kerajaan melalui Dewan Negeri Selangor. Saya menegaskan bahawa sekiranya PJ tidak mampu berkerjasama dengan ahli Exco yang lain, maka beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Exco dan menjadi seorang back-bencher. Saya tidak pernah menyuruh beliau keluar PAS mahupun PR!

Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan. Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi diluar bantai balik dewan harian. Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuaan pelucutan jawatan saya sebagai TPJ) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian.

5. Bagaimana Dengan Janji Kita di Tropicana PJ?
Point saya yang terakhir ialah berkenaan perjanjian kita bersama hasil Konvensyen PR di Tropicana PJ yang telah diadakan selepas peristiwa arak dan Ronnie Liu. Hasil Konvensyen itu telah dipersetujui bahawa kita tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan saling menyerang satu sama lain. Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri.

Saya bertanya, “tidakkah janji kita ini perlu kita hayati?”

Hujjah-hujjah di atas dikemukakan untuk tatapan umum supaya masyarakat dan khususnya ahli PAS kawasan Shah Alam memahami pendirian, tindakan dan usaha saya sebagai YDP mereka mempertahankan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar ke 55 yang dibawa oleh Shah Alam yang berbunyi:

“Maka Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada hari ini 11-13 Jamadilakhir 1430 bersamaan 5-7 Jun 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam mengusulkan dan membuat ketetapan supaya PAS Pusat:-


i) Konsisten dengan pendirian untuk terus kekal berkerjasama dengan parti-parti politik dengan berusaha dan menyusun kaedah yang lebih berkesan bagi memperbaiki hubungan dan kesatuan antara parti dan ahli akan terbina, seterusnya mengekalkan dan melebarkan kemenangan PR demi menegakkan syiar Islam
ii) Berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan Negara.

Bagi saya, apa-apa usaha yang bercanggah dengan matlamat usul yang telah diluluskan di Muktamar seperti di atas, maka wajib saya sanggah. Tidakkah sepatutnya begitu?

Team DS Nizar Ketuai Pasukan Perak Di Bagan Pinang.

Pick-up Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,akan menabur tenaga di Bagan Pinang.

Jabatan Pilihanraya Pas Perak memberi kepercayaan kepada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Bukit Gantang Sdr Basher Ahmad untuk mengetuai kontigen Perak di Unit Peti Undi Siliau.

Sdr Basher Ahmad merupakan salah seorang anggota Jentera Pilihanraya PRK Bukit Gantang,baru-baru ini.

Kepakaran dan pengalaman Basher Ahmad yang juga Pegawai Khas DS Nizar dijangka dapat membantu jentera operasi Pilihanraya Pas Bagan Pinang.

Sdr Basher Ahmad ,Pegawai Khas DS Nizar yang mampu berbahasa Tamil.


UPU Siliau mempunyai undi biasa 708 undi dan 1 undi pos.Dengan kedudukan kaum India 541,Cina 102 dan Melayu 66 orang,jumlah keseluruhan 709 pengundi.

Pemilihan Basher Ahmad amat bersesuai dengan lokaliti daerah mengundi kawasan ladang yang majoriti pengundinya orang India.

Sementara itu PAS Kawasan Bukit Gantang akan menghantar pasukan Jentera Pilihanraya bermula 9 Oktober-11 Oktober."Kita kali ini menghantar Ahli Kelab Penyokong Pas,diketuai Sdr Raja"kata YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin."Pasukan Kelab Penyokong berpengalaman untuk menangkis dakyah palsu MIC atau BN"tegas Ustaz Nordin Lagi.

Pusat mengundi di SJK Tamil ,Ladang Siliau.

Bicara Rasuah Osman dan Jamaluddin ,projek bernilai RM180 juta.

Mahkamah Sesyen di sini diberitahu projek pembangunan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta ada dicadangkan dalam mesyuarat penuh Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) tetapi ia tidak dibincangkan secara terperinci.

Pembantu Tadbir MDPT Wan Nora Hasida Ngah, 26, berkata beliau terlibat menyediakan dan mencatat minit mesyuarat penuh anggota majlis berkenaan sejak 2007 hingga September 2008 selain menjalankan tanggungjawab hakikinya yang lain.

"Cadangan untuk memajukan tanah seluas 36 hektar (90 ekar) bagi pembangunan bandar baru di Seri Iskandar ada dicadangkan, tetapi ia tidak dibincangkan secara terperinci," katanya semasa diperiksa balas oleh peguam Mohd Roni Abdul Rahman dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar membabitkan dua bekas Exco kerajaan negeri dan tiga yang lain.

Saksi itu turut membacakan kepada mahkamah minit mesyuarat anggota majlis MDPT yang dicatat olehnya pada 18 Mei 2007 bahawa mesyuarat itu sebulat suara bersetuju untuk meneruskan projek pembangunan itu secara usahasama dengan sebuah syarikat mengikut terma dan syarat tertentu tetapi ia tertakluk kepada majlis mesyuarat kerajaan (MMK) Perak (mesyuarat Exco).

Beliau juga membacakan minit mesyuarat MDPT pada 26 Dis 2007 iaitu pentadbiran tanah sedang menunggu ulasan dan pandangan Jabatan Teknikal daerah sebelum kertas cadangan projek itu disediakan untuk dibawa ke majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Seorang lagi saksi, juruteknik MDPT Mohd Sahar Arif, 48, pula memberitahu mahkamah projek yang dicadangkan itu belum dilaksanakan dan tanah berkenaan masih menjadi milik kerajaan negeri.

"Saya hadir dalam mesyuarat penuh tetapi tidak mengetahui mengenai cadangan projek itu," katanya.

Pada 25 Ogos lepas, dua Exco kerajaan negeri ketika itu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, 58; Jamaluddin Md Radzi, 53; dan dua lagi iaitu bekas Adun Bota daripada PKR Usaili Alias, 57; dan bekas anggota MDPT Zul Hassan, 46; didakwa melakukan kesalahan rasuah berhubung projek pembangunan tanah 36 hektar bernilai RM180 juta di Bandar Baru Seri Iskandar di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini; dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lepas.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos 2008 di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Seorang ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos 2008 lepas.

Terdahulu Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi untuk menggugurkan kesemua lapan pertuduhan terhadap tertuduh kelima, seorang juruteknik PKNP Ruslan Sahat kerana tertuduh telah meninggal dunia pada 3 Ogos lepas.

Pendakwaan dijalankan oleh Mohamad Jazamuddin dan Nafhatun Mohd Pozi manakala kesemua tertuduh diwakili Mohd Roni, Surjan Singh, S. Muthu, Yunos Ali, Mohd. Asri Osman dan Ranjit Singh.

Perbicaraan disambung hari ini 29 September.
-- BERNAMA

Hari ini 29 September Keputusan Speaker Sivakumar



Hari ini ,jam 10 pagi bertempat di Mahkamah Tinggi Ipoh akan diputuskan keputusan dari kes yang difailkan oleh YB Sivakumar mengenai status 3 orang adun yang meninggalkan PR.Ketiga-tiga mereka ialah Jamaluddin,Osman dan Hee Yit Foong.

Moga-moga keputusan memihak kepada YB Sivakumar.Sementara itu Osman dan Jamaluddin sedang dibicarakan berkaitan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Perak Tengah.

Kita berharap hakim berpegang kepada maksud hadis nabi s.a.w daripada tiga hakim,dua daripadanya masuk neraka.Renung-renungkanlah maksud hadis nabi itu.

Pandang Sisi Bukit Gantang:Bagaimana"SB" kira jumlah kehadiran?

1.Kelmarin Rumah Terbuka Eidulfitri Pas Kawasan Bukit Gantang dan DS Nizar bertemu rakan SB baik tetapi tidak mesra.Beliau bertanya berapa ribu cucuk sate,berapa ekor lembu,berapa ekor ayam,berapa batang lemang,berapa balang cendol,berapa kilo laksa,bihun,kuey teow dan berapa kawah nasi?Penulis menjawab ,sambil bergurau!

Kehadiran rumah terbuka DS Nizar 10,000 orang.

2.Semasa PRK Bukit Gantang,rakan SB bertanya berapa jumlah kutipan derma semasa pengisytiharan calon?Penulis menjawab lebih 6 ribu ringgit,itupun kutip tak habis!

Kehadiran semasa pengisytiharan calon 30 ,000. 1 ringgit bersamaan 5 orang.

3.Penamaan calon 29 Mac 2009.Teman SB semasa di Dewan MPT ,memberitahu,jikalau PR duduk bersebelahan Taman Tasik Taiping ,jumlah agak besar dan sesak.

Kehadiran sebesar Taman Tasik Taiping sebanyak 50,000.

4.Kehadiran ceramah,jumlah motosikal diambil kira dan kereta jumlah jarak kilometer letak kereta dikira.

Kehadiran 100 orang jika terdapat 50 motosikal.Jika kereta dipakir sejauh tiga kilometer,jumlah orang 10,000 orang.

Salahuddin Ayub:Bagan Pinang,Hapuskan 'fear factor', hormati pengundi pos

PUTRAJAYA, 28 Sept:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta untuk menghapuskan 'fear factor' anggota keselamatan dan menghormati pengundi pos untuk membuat pilihan mereka dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kelak.

"Cadangan terbaik hapuskan sistem borang 2 dan sampul 1 dan 2 dengan cara demikian anggota keselamatan tidak akan bimbang untuk buang undi memandangkan borang 2 dan sampul ada butir peribadi mereka,"jelas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di pekarangan Ibu Pejabat SPR dalam perbincangan delegasi PAS dan SPR di Putrajaya sebentar tadi.

Beliau semasa ditemui wartawan berkata, selain itu PAS dan Pakatan Rakyat juga mencadangkan agar undi-undi pos tidak disimpan di balai polis tetapi disimpan di bawah pengawasan SPR.

"Mungkin boleh letak di sekolah, Pejabat Daerah dan sekaligus mengizinkan agen-agen parti yang terbabit memantau karung undi berkenaan.

"PAS tidak kisah undi disimpan 24 atau 48 jam dengan syarat agen-agen parti memantau,"tambahnya apabila disoal wartawan mengenai isu-isu yang dibangkitkan semasa berbincang dengan SPR sebelum ini.

Selain itu, PAS juga katanya, meminta SPR agar membenarkan anggota keselamatan membuang undi pada hari pengundian dan bukannya seperti yang dibuat sebelum ini.

Dalam pada itu, katanya, SPR pada dasarnya bersetuju dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Salahuddin juga berkata, SPR mengakui boleh mengubah syarat-syarat undi pos tanpa meminda mana-mana akta tetapi memerlukan masa memandangkan terlalu banyak pilihan raya kecil dan dalam masa sama SPR menegaskan belum tentu apa yang dituntut akan dapat ditunaikan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kempen di kem-kem tentera, Salahuddin berkata, PAS bersetuju sekiranya syarat tersebut dikenakan juga kepada parti pemerintah (Umno).

"Jika PAS tidak boleh berkempen maka begitu juga Umno...Umno juga tidak berkempen...PAS akan bawa calon jika kerajaan benarkan,"tambahnya.

Beliau juga menyelar tindakan Datuk Dr Zahid Hamidi dan Datuk Seri Sharizat Jalil yang bercadang untuk meraih undi dalam kem tentera.

Perbincangan antara PAS dan SPR diadakan sejak jam 11 pagi tadi. Seramai 15 orang pegawai SPR termasuk pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof masih berbincang dengan delegasi PAS yang juga seramai 15 orang dan antara yang kelihatan adalah,Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh;Ahli Parlimen Jerai merangkap Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS, Firdaus Jaafar;Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohammad.

Dijangkakan delegasi BN pula akan tiba jam 3 petang nanti untuk berbincang dengan SPR.

Salahuddin yang baru sebentar tadi keluar daripada bangunan SPR menjelaskan bahawa, SPR nampaknya tidak akan melaksanakan segala tuntutan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana mendakwa kesuntukan masa._

HarakahDaily.Net

PAS PERAK: Ganesan, Speaker tidak sah.


IPOH, 28 Sept: PAS Perak tetap berpendirian, tindakan Adun Pakatan Rakyat untuk tidak menghadiri sidang DUN yang dipanggil Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN) Ganesan adalah langkah yang tepat.

Ini kerana, bagi mereka V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya.

Beliau menegaskan bahawa �Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa.

"Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.�

Abu Bakar mengulas tindakan 28 Adun Pakatan yang tidak akan menyertai sidang Dun Perak akan datang yang dipanggil oleh Speaker Ganesan.

"Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar," katanya.

Image(Gambar:Speaker DUN Perak, V Sivakumar diseret dari DUN)

Tambah beliau lagi, seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei.

Ia adalah cubaan rampasan kuasa Umno-BN, katanya.

"Sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas umno/bn yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mengesahkan semua Adun Pakatan Rakyat tidak akan hadir dalam sidang yang dipanggil oleh Ganesan.

Alasan beliau adalah:-

Ganesan adalah Speaker yang dilantik secara tidak sah mengikut undang-undang , malah perlantikannya dalam keadaan yang saya anggap menghina Pemangku Raja Perak dan DUN Perak pada 7 Mei yang lepas.

Ganesan, kata Khalil, dilantik dalam keadaan Dewan belum di rasmikan lagi oleh Pemangku Raja Perak, dengan kata lain dalam keadaan sidang belum bermula dan semasa Speaker Dewan Perak, V.Sivakumar menduduki kerusi Speaker dalam keadaan menjalankan tugasan awal mengatur kedudukan dewan sebelum mendapat dan memohon perkenan Raja Nazrin masuk ke dewan bagi memulai majlis perasmian.

Bagi beliau, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed.

Azhar memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar kerana ianya melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah walaupun tidak melihat apakah yang berlaku di dalam DUN.

Beliau memetik Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.

Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Sivakumar, katanya, cuma gagal untuk mendapat perintah mahkamah bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker.

"Saya ingin tegaskan bahawa dia tidak mendapat penghakiman mahkamah bahawa dia adalah Speaker yang sah, dan tidak ada juga penghakiman V. Sivakumar adalah Speaker yang tidak sah," kata Khalil dalam kenyataannya.

Oleh itu, Sivakumarlah Speaker yang sah kerana kedudukannya sebagai speaker yang dilantik lebih awal dan mematuhi undang-unadang yang ada dan tidak pernah terlucut jawatannya secara betul mengikut prosuder yang ada.

"Saya tegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh BN bagi melucutkan jawatan V. Sivakumar adalah tidak sah kerana Sivakumar pada 6 Mei sehari sebelum sidang telah menolak usul tersebut sesuai dengan peruntukan yang diberikan kepadanya. Oleh itu semua yang berlaku rentetan dari itu semuanya tidak sah dan sia-sia belaka," katanya._

Mohd Hafez Sabri.HarakahDaily.Net

Apa kata orang lain: Rumah Terbuka Dato Seri Nizar Jamaluddin

27/9/2009 : Bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen B.Gantang di Dun Kuala Sepetang telah diadakan satu Majlis Rumah Terbuka sempena dengan kedatangan Syawal yag mulia ini.Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan kehadiran tetamu dikalangan Rakyat turut menambah meriah Majlis ini.Dato Seri Nizar yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang tiba bersama-sama dengan Isteri Beliau iaitu Datin Seri Fatimah Taat kira -kira jam 9.20 pagi dan sememangnya kehadiran mereka itu dinantikan oleh seluruh tetamu yang hadir.Turut hadir sama ialah beberapa Pimpinan PR ynag lain antaranya ialah Yb Zainuddin,Yb Hussin Din,Yb Nga Ko Meng,Yb Tai,En Ismail yusof dan beberapa lagi lain.Pengerusi Gerakan Pokok Assam taiping iaitu Mr Teoh turut hadir bersama isteri di majlis ini.

Rumah terbuka kali ini menghidangkan juadah makanan yang banyak dan menyelerakan bagi menjamu selera Rakyat di Bukit Gantang.Dari cendol sehingga Nasi Tomato semuanya mendapat sambutan dari yang hadir dan apa yang menambah baik Majlis semalam ialah kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa dan latar belakang yang menunjukan kesepaduan yang baik.Layanan tiada istilah VIP dan kegembiraan Rakyat dapat mendampingi Pemimpin kesukaan mereka dilihatkan sebagai satu lagi usaha dalam menyemarakkan istilah PEMIMPIN RAKYAT yang mana tiada jurang antara RAKYAT dan Pemimpin mereka.Sesi bergambar bersama pimpinan yang hadir juga meniggalkan satu IMPAK yang besar kepada Rakyat yang hadir dan usaha ini seharusnya diteruskan.

Menghiasi Majlis lagi ialah penyampaian duit Raya oleh Datin Seri Fatimah Taat yang disumbangka Oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin sendiri untuk diberikan kepada 300 kanak-kanak yang hadir pada majlis semalam.Dianggarkan melebihi 10,000 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Sepanjang Majlis berlangsung Dato Seri dan Datin Seri meluangkan masa mereka bersama-sama dengan Rakyat dan mendengar keluhan juga berkongsi cerita bersama mereka.Dato Seri yang tidak melepaskan peluang untuk melayan Rakyat dengan menghidangkan Cendol Special dan Kuewtiaw goreng yang mana ia dihidangkan oleh Beliau sendiri.

Kira-Kira jam 1 petang Dato Seri dan Isteri berangkat pulang bagi menghadiri 2 Majlis yang lain.Majlis seterusnya ialah di Simpang iaitu Majlis Perkahwinan Imam dikawasan tersebut.Dato Seri dan Datin seri sempat juga singgah di sebuah rumah seorang penduduk cina berhampiran yang baru kematian ibunya beberapa hari yang lalu.Beliau meluangkan sedikit masa bersama keluarga itu bagi bertanya khabar.Selepas itu kami bertolak pula ke Gunung Semanggol untuk ke Majlis rumah Terbuka dan Perkahwinan anak kepada Yb Ramli Tusin Adun Gunung Semanggol.Selesai menjamu selera Dato dan Datin Seri berangkat pulang ke Ipoh.

Sya reformis, Team_PerakExpress

Sunday, September 27, 2009

DS Nizar: mari kita mengingati mati!




Sebagai orang Islam DS Nizar sering mengingati mati.Bersama DS Nizar juga kita sering mengingati terdapatnya hari pembalasan.Bersama DS Nizar kita mengetahui masalah rakyat.

Zamri hanya menyuruh rakyat bersukaria dan berseronok.Tetapi DS Nizar mengajak kita mendekati ALLAH s.w.t

Rasuah: Malaysia merudum lagi, lebih buruk dari Botswana dan Bhutan

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke 47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 billion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 15000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep "check and balance" (semak dan imbang)

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati.

Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil dari usaha memerangi rasuah itu.

HarakahDaily.Net/-

DS Nizar yang kita faham"Harapan Baru Rakyat Perak"

Datin Seri Fatimah Taat,sedang menyampai duit raya kepada kanak-kanak.
DS Nizar memberi peransang kepada rakyat supaya terus berjuang untuk keadilan.
"Lihatlah Zamri dan BN yang suka membazir wang rakyat" kata DS Nizar.


Rumah terbuka DS Nizar amat meriah.Dengan ucapan DS Nizar lebih kurang 40 minit,rakyat menunggu dengan penuh sabar.Seorang teman memberitahu kehadiran 10,000 ribu orang.Penulis bertanya siapa yang kira."SB ",jawab teman dengan tegas.

Aturcara yang terlewat sedikit tidak menjejas rakyat untuk mendengar ucapan DS Nizar.Rakyat sanggup menunggu sehingga selesai DS Nizar berucap baru menjamah makanan.

Seperti pernah kita jelaskan DS Nizar milik rakyat.Jam penulis menunjuk waktu 10.24 pagi,rakyat masih tidak mengeluh .Sememangnya kita memberi ruang seluasnya untuk DS Nizar menjelas isu terkini DUN Perak.

DS Nizar ,sempat mengulas isu Speaker Haram Ganesan,isu pembaziran wang rakyat buat iklan Zamri sehinga mereka sendiri menconteng gambar Zamri.DS Nizar juga menyentuh lambat-laun pembubaran DUN insyaAllah pasti berlaku.Bagi DS Nizar politik Perak tidak stabil.DS Nizar juga menyatakan berdasarkan kajian badan bebas 42 kerusi milik Pakatan rakyat jika berlaku PRN.

Sewaktu DS mengadakan sidang akhbar,beliau menyatakan perlu memberi hak anggota tentera mengundi secara telus di Bagan Pinang,bukannya ketua mereka mengundi untuk BN.Demokrasi menuntut kita mempunyai pilihanraya yang adil lagi telus.

Setelah selesai Jamuan Raya Rakyat DS Nizar menghantar satu SMS,minta diselesaikan masalah banjir di Simpang Halt."Dalam tindakan dan sudah dipangil tuan "back hoe"balas SMS penulis.DS Nizar akan memantau masalah rakyat Bukit Gantang.

Terasa sedih ,sebaik selesai rumah terbuka,tidak dapat mengiringi DS Nizar ke program lain.Beruntung kita jikalau selalu bersama DS Nizar pejuang tulen rakyat Perak.

Hidup rakyat!Kembalikan kuasa kepada rakyat menentu sah sesebuah kerajaan.

Blogger PAS Jangan Jadi Penyambung Lidah BN

Blog Sisi Bukit sering ditanya isu Selcat dan Dato'Hasan Ali,kenapa tulisannya agak menyokong Dato Hasan Ali.

Sepanjang beraya bersama teman di Parlimen Bukit Gantang,peminat Sisi Bukit menyatakan kita terlalu berlembut terhadap Dato' Hasan Ali.Di sini kita kemukakan pandangan dari blog cenangau.

Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma’sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato’ Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

Baca seterusnya di…. Blog Cenangau

Jamuan Raya Rakyat DS Nizar dan Pas Bukit Gantang "Harapan Baru Perak"

JAMUAN HARI RAYA .PAS KAWASAN DAN AHLI PARLIMEN

bhg2:

YDP Bukit Gantang rakam terima kasih atas kehadiran tetamu Rumah Terbuka Pas dan Ahli Parlimen

YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tetamu pelbagai bangsa.

"Ini membuktikan DS Nizar masih diiktiraf rakyat sebagai Menteri Besar sah negeri Perak"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

"Rumah terbuka kali ini ,kali kedua Pas Bukit Gantang mengadakan Rumah Terbuka bersama Ahli Parlimen."tambah Ustaz Nordin lagi.

Beliau berharap pertemuan ini akan membangkitkan lagi perjuangan membantu rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang khususnya.

Kehadiran tetamu kali ini bermula daripada peringkat pimpinan seperti YB Nga Kor Meng,YB Tn Hj Zainuddin Yusuf,YB Tai Sing Ng,YB Hj Husin Din ,YB Yew Su Kai dan YB Drs Khalil Idham Lim sehingga rakyat marhaen.

Jamuan Raya Rakyat DS Nizar

Bahagian 1:

Saturday, September 26, 2009

Pandang Sisi:Isu Selcat-kita jangan cepat menghukum Hasan Ali

UMNO sememangnya mencari helah untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.Selangor piilihan nombor satu Najib.

Kita para bloggers jangan cepat menghentam Hasan Ali.Ingat jangan jadi penyapu baru untuk D.O,akhirnya majoriti pengundi Melayu menyokong PAS dan PKR.

Kita ,Parti Islam Se Malaysia,menjadi dahan tempat orang Melayu bergantung,bukan UMNO lagi.Kegagalan kita untuk menangani isu Selcat,jangan menjadi seperti kita gagal menjelaskan isu tanah di Perak.

Ingat UMNO mengguna isu Melayu,dan pegawai kerajaan majoriti Melayu.Biarlah kita menangani isu Selcat dengan bijaksana,jangan kerana mendedahkan kelemahan pegawai tinggi kerajaan kita kehilangan sokongan pegawai kerajaan .

Jikalau mahkamah pun boleh bicara secara tertutup bagi kes tertentu,mengapa Selcat tidak menggunakan ruang bicara yang lebih adil dan telus untuk semua.

Berdasar pengalaman semasa kita memegang kerajaan sah Perak,pegawai tinggi kerajaan mengikut arahan parti pemerintah.

Bertindak bijak untuk mengekal kerajaan dan jikalau kita ingin memimpin negara selepas RU 13.

Bloggers Pas dan PR jangan cepat menghukum Dato'Hasan Ali.Keluar Pakatan Rakyat bukan urusan negeri.

Ingat UMNO menanti kesilapan kita untuk menjatuhkan Kerajaan Selangor.

Santai Raya dari Bukit Gantang:selesai dulu H1N1 baru fikir HPV



Semalam Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian HPV bagi mencegah penularan kanser pangkal rahim yang melibatkan kos RM150 juta setahun.

Dan seorang wanita Melayu ,pakar dalam "bidan kampung" menyatakan orang Melayu perempuan yang berkhitan sejak bayi atau kanak-kanak ,insyaAllah sukar untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Kita juga menjadi hairan H1N1 belum selesai dan rakan-rakan di hospital menyatakan vaksin antiviral selesema babi yang dibeli tidak berkesan.Mereka menyatakan sebenarnya mangsa H1N1 banyak tidak seperti dinyatakan kementerian kesihatan.

Kini Pandemik H1N1 kedua diuar-uarkan,sedangkan Liow Tiong Lai seperti juga menteri kabinet Najib gagal.Menteri Pengangkutan isu PKFZ,Hishamudin pencabulan polis Sidang Dun Perak.Sementara Muhyiddin menipu dalam PPSMI.

Kita di Perak bersedia untuk memilih kerajaan baru milik rakyat.

Bukit Gantang News:27 September Nak tahu tentang Bubar DUN Perak,jom pi Rumah Terbuka DS Nizar.

DS Nizar pemimpin yang selalu bertanya khabar rakyat,jikalau datang ke Parlimen Bukit Gantang.

Sebentar tadi ,bersama teman Pusat Khidmat,Sdr Bon dan Sdr Fadhil pergi beraya ke rumah rakan-rakan.Soalan cepu emas yang ditanya kepada penulis,bila dijangka bubar DUN Perak.Penulis menjawab jangkaan bulan November.Selanjutnya jumpa DS Nizar esok.

Mereka,meminta hujah.Kita memberi hujah,pertama UMNO kena panggil sidang DUN paling lewat 7 November.Sidang bajet kali ini jika dipanggil bersidang pasti tegang.ADUN Pakatan Rakyat sudah bersedia mempertahankan hak mereka sebagai kerajaan rakyat.

Bajet yang dikemukakan BN,bajet yang memerlukan sokongan DUN Perak.V.Sivakumar speaker sah menanti bicara tentu sah speaker pada 29 September.Ganesan, Speaker Haram,tidak akan mahu menanggung risiko.Dia pun tahu prinsip Mahatma Ghandi,bukan Zamri sahaja.

Untuk kestabilan politik Perak, kembalikan hak rakyat untuk menentu sah sesebuah kerajaan.Bajet 2010 mesti diluluskan DUN Perak,dengan kemungkinan sidang DUN Perak tegang,UMNO akan memohon perkenan Tuanku membubarkan DUN Perak.

Dengan kes DS Nizar hanya dibicara pada 5 November di Mahkamah Persekutuan,6 November Jumaat dan 7 November Sabtu.Kerajaan "caretaker" milik UMNO,BN akan guna agensi kerajaan semaksima boleh.Dan bulan November ,bulan paling sesuai untuk UMNO mengadakan Pilihanraya Negeri Perak.

Jadi esok,27 September bermula pukul 9.00 pagi-1.00 tengahari kita semua rakyat Malaysia boleh ke Rumah Terbuka Eidulfitri DS Nizar dan Pas Kawasan Bukit Gantang,untuk mendapat khabar baru dari mulut DS Nizar.Rumah Terbuka DS Nizar dan Pas Bukit Gantang bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen,Tmn Matang Utama,tepi SMK Simpang.

Aturcara bermula pukul 9.00 pagi dan dijangkakan 9.20 pagi DS Nizar berucap untuk menyatakan Harapan Baru Rakyat Perak.


Sila datang,bawa keluarga,kita bertemu sesama rakyat menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat pimpinan DS Nizar.

Hidup Rakyat!Bubar DUN Perak!

Friday, September 25, 2009

Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi Umno-BN

Pakatan Rakyat bersedia menghadapi apa jua taktik politik yang dimainkan Umno Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang yang bakal bermula pada 3 Oktober depan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar berkata Pas mengembleng segenap sumber dari peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan negeri, dengan sokongan Kelab Penyokong Pas dan badan-badan bukan kerajaan.

“Kita mempersiapkan jentera dari peringkat akar umbi sampai ke peringkat negeri bersama dengan rakan PKR, DAP, Kelab Penyokong Kaum India dan NGO bersama untuk membantu kempen kita bagi memastikan kemenangan calon PR kali ini,” katanya.

Menurut Zulkefly, PKR Bagan Pinang akan menyaksikan pendekatan mendidik rakyat mengenai hak dan kuasa mereka memilih pemimpin yang berwibawa, bebas rasuah dan bertanggungjawab.

Pendidikan politik ini penting bagi menghadapi permainan retorik pembangunan Umno dalam setiap pilihanraya.

Zulkefly menambah pemberdayaan pengundi membuka mata masyarakat kepada manfaat sekiranya orang-ramai melantik pemimpin yang bersih, amanah dan bertanggungjawab.

“Kita tahu Umno penuh tipu muslihat. Masa pilihanraya mereka cuba buat baik, cuba hendak mengambil hati semua rakyat. Masa inilah dia nak bagi macam-macam kepada rakyat tetapi mereka tidak peduli langsung kehidupan rakyat sama ada orang Melayu, Cina atau India,” katanya.

DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional meninggal dunia pada 4 September lalu akibat jangkitan dalam darah.

Sementara itu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata Umno Barisan Nasional akan membangkitkan isu pembangunan dalam usaha menarik sokongan rakyat.

Sehubungan itu katanya, PR akan mendedahkan kegagalan Umno-BN menjaga kedudukan Bagan Pinang dari destinasi ulung di Selatan Tanahair kepada pekan koboi yang tidak lagi dikenali.

“Ini akan memberi gambaran Bagan Pinang sendiri di bawah Barisan Nasional dan Umno tidak membawa pembangunan yang disebutkan, jadi apakah perubahan yang akan dibawa di sini? Saya fikir rakyat tidak akan lagi memberi kepercayaan,” katanya.

Dari segi persiapan awal, Kamarul berkata Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah menghadapi PRK pada kali ini kerana terdapatnya jentera yang mantap disamping kerjasama erat antara parti komponen Pakatan Rakyat

“Persiapan awal lancar kita hanya tunggu hari penamaan calon, organisasi jentera bergerak persiapan awal dari segi pentadbiran, kerjasama dengan Pas dan DAP bagus bersepakat dan sekarang kita bersedia dengan semangat,” katanya

Menurut Kamarul, PKR meletakkan sasaran mengurangkan majoriti Umno di peringkat Dewan Undangan Negeri. Beliau menambah Bagan Pinang adalah batu loncatan kepada operasi merampas Negeri Sembilan dari BN.

“Akan mengurangakan majoriti Barisan Nasional dan perbezaan hanya 2 atau 3 kerusi termasuk Speaker yang boleh menggugat kerajaan Barisan Nasional.

“Pertama kita mendekatkan jurang kurangkan majoriti Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keduanya membuktikan pada rakyat Malaysia bahawa sokongan padu yang diberi rakyat kepada PR berterusan dan belum lagi luntur menunjukkan peningkatan memberi semangat kepada kita,” katanya.

Jentara parti DAP turut turun bagi memperkemas persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRK Bagan Pinang.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook berkata tinjauan awal mendapati Umno Barisan Nasional berada dalam keadaan yang amat tertekan.

“Saya rasa Umno lebih tertekan dari kita kerana mereka perlu menang di kawasan ini.Ini merupakan kubu kuat kepada mereka sekiranya mereka kalah ia bukan sahaja memberikan satu implikasi yang besar kepada Umno Negeri Sembilan tetapi Umno Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Siew Fook berkata undi pos merupakan cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat memandangkan proses kawalan ketat undi berkenaan memaksa pengundi pos tidak dapat membuat pilihan secara bebas.

“Sama ada mereka boleh membuat satu pilihan secara bebas. Saya yakin kalau undi pos ini diberikan satu kebebasan kepada mereka untuk memilih saya yakin bahawa tentera pun ada ramai yang akan menyokong kita,” katanya.

TVAntara.com

Bukit Gantang News:PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.

PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.

"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.

Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.

"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.

PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.-mna_

harakahdaily.net

Jenazah Allahyarham Noordin Mohd Top Dibawa Ke Malaysia 1 Okt

Jenazah Noordin Mohd Top, yang ditembak mati oleh polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah pada 17 Sept akan dibawa ke Malaysia pada 1 Okt.

Ketua Polis Indonesia Jen Bambang Hendarso Danuri berkata jenazah Noordin akan dituntut pada Khamis depan dan polis Indonesia sudah pun menerima wakil daripada Polis Diraja Malaysia berkaitan urusan mengambil jenazah itu.

"Khamis nanti baru diambil (jenazah itu)," katanya seperti dipetik media massa online tempatan di sini, Jumaat.

Beliau berkata jenazah yang diburu oleh polis Indonesia selama sembilan tahun itu, yang kini ditempatkan di Hospital Polis Kramat Jati di sini tidak diberikan sebarang kawalan keselamatan yang luar biasa dan ketika dibawa keluar juga nanti tidak akan dikawal secara khusus.

Semalam tiga anggota polis Malaysia dilaporkan telah pergi ke Hospital Polri dengan diiringi para pegawai polis Indonesia, namun mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media massa.

Menurut berita Bernama difahamkan tiada anggota keluarga Noordin dari Johor yang akan datang ke sini untuk menuntut mayat lelaki itu walaupun media massa tempatan melaporkan bahawa isteri dan abang Noordin akan ke sini pada 27 Sept.

Noordin dan tiga rakannya rakyat tempatan mati dalam serbuan polis itu yang melibatkan berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 200 kilogram bahan letupan, beberapa senjata lain, komputer riba dan dokumen.

Pengebumian seorang rakan Nordin dilaporkan menimbulkan masalah apabila sebilangan besar penduduk di kampung keluarganya menolak jika mayat itu mahu disemadikan di situ kerana tidak mahu nama kampung mereka dicemarkan dan dikaitkan dengan pengganas oleh masyarakat.

Thursday, September 24, 2009

Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat - PAS Perak


IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya.

Harakahdaily