Monday, May 31, 2010

Solat Hajat, Qunut Nazilah - moga Allah hancurkan Yahudi-Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS mengecam keras tindakan regim Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tindakan biadap ini diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.

PAS melihat tindakan tidak bermoral ini mencerminkan sikap angkuh regim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.

PAS menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut. Tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak PM untuk membatalkan segera perjanjian tersebut.

PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dengan membaca qunut nazilah; agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

PAS juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya pejuang ini menyemarakkan lagi usaha membebaskan saudara kita di Gaza.

Jangan menutup kelemahan kita,dengan menuding jari pada mereka!

Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, berkata PKR tidak mahu calon wakil rakyat menyertai PKR demi mendapatkan kepentingan peribadi.

Kita mengharapkan wakil rakyat sekarang juga perlu ditarbiyyah.Jangan setelah mereka keluar kita mula menceritakan kelemahan mereka.Sewaktu mereka bersama kita,kita biarkan mereka bergelumang maksiat atau anti rakyat.

Bagi kita wakil rakyat ,jangan mencari alasan kita bukan kerajaan untuk tidak menolong rakyat.Kerja kita berterusan,kita boleh membantu rakyat menerusi agensi kerajaan dan duit poket rakyat.Sekurang-kurangnya kita memberi mereka duit minyak motor untuk mereka sampai kembali ke rumah. Wakil rakyat jangan kedekut!

Bagaimana keluhan Tuan Syed Husin perlu diberi perhatian.Belum terlambat untuk PKR mengambil tindakan.

Tuan Syed Husin menyatakan : "Seorang yang saya kenal, mula-mula dikenalkan di Kelantan oleh ketua umum, waktu dia di Kelantan, masih belum masuk parti.

"Waktu itu dia di Kelantan adalah untuk dapat peluang pekerjaan, dapat kontrak pembalakan yang boleh beri kesenangan kepada dia untuk menanggung anaknya yang belajar di luar negara tapi akhirnya apa berlaku?

"Dia masih boleh hidup senang, tapi tak sesenang (yang) dia harap bila jadi MP dan ketua di Pulau Pinang.

"Bila digugurkan, dia marah. Bila (tidak dapat) kontrak, dia maki hamun ketua umum. Dalam kemarahan, mudah didekati mereka yang boleh dihulurkan senang banyak. Maka dia keluar dengan burukkan parti.

"Seorang lagi kaki judi kuda. Waktu malam berkaraoke, hutang banyak. Hutangnya dengan ah long," katanya ketika menyifatkan sikap dua orang wakil rakyat PKR yang melompat parti.

16 Mati,kapal di rampas Israel.-Doakan yang lain selamat.

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

harakahdaily.net

Sunday, May 30, 2010

Kedah belajarlah pengalaman kerajaan PR Perak.

Kita dikejutkan ADUN Kuala Nerang Dato' Syed Sobri yang diberitakan untuk masuk PAS.Kita berharap jika betul,pimpinan PAS dan juga Kerajaan PR berhati-hati.Kita tidak mahu tragedi Perak berulang di Kedah.

YB Nasarudin ADUN Bota ,Perak mengistiharkan menyertai PKR,akhirnya kita di Perak kehilangan tiga ADUN lain.

Ingat UMNO,ingat APCO.Ingat UMNO ingat judi.Dengan kuasa itulah Perak jatuh.Jadikan Perak sejarah kita.Politik nafi di Perak di saat kejatuhan kerajaan perlu dielakkan.Kalau boleh kita tidak mahu terlepas kerajaan melalui jalan belakang.

Dato' Syed Sobri Syed Hashim ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu. Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya untuk meninggalkan UMNO menyertai parti PAS.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah memaklumi tentang perkara ini dan PAS dikatakan tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu. Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya di dalam PAS dalam sehari dua ini.

Jika ini terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden UMNO. Difahamkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah juga gagal untuk menemui wakil rakyat Kuala Nerang itu.

Dipercayai juga bahawa Dato' Syed Sobri akan membuat 'road show' ke seluruh negeri Kedah bersama PAS untuk menceritakan sebab musabab beliau meninggalkan UMNO, termasuk membuat pendedahan tentang beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam UMNO semasa mengadakan siri program Juara Rakyat. - Abdul Rahman Hashim

Timbalan Perdana Menteri 2-Ikutlah Perlembagaan.

WALAUPUN Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada di dalam Perlembagaan Persekutuan, namun amalan melantik Timbalan Perdana Menteri sudah menjadi 'budaya' politik Malaysia yang menjadi 'taboo' dan tidak boleh dipertikaikan kerana kuasa 'Veto' Perdana Menteri melantik Timbalan Perdana Menteri!

Kini isu Timbalan Perdana Menteri bermain kembali.DS Anwar mencetuskannya dalam media Cina.

Dahulu untuk menarik AP Sabah menyertai kerajaan 16 September , Timbalan Perdana Menteri dari Sabah akan diwujudkan.

Kita meminta kerajaan BN mengikut perlembagan dan kita pula dilihat cuba mencetuskan suasana tidak sihat dalam Pakatan Rakyat.Dari satu segi kita mencipta isu untuk orang Melayu menjauhkan diri dengan kita.

Dalam keadaan kita ingin memerintah Malaysia,kita perlu cermat dan tidak gopoh.Kenyataan -kenyataan yang mudah dijadikan isu BN perlu dielakkan.Dengan keadaan isu TPM 2 ini,isu judi nanti berjaya ditutup BN.Media Melayu sudah tentu memainkan isu Timbalan Perdana Meneteri DAP ini.

Kita juga kena tempias untuk menjawab isu TPM 2.

Bantu rakyat berterusan- Bukan hanya musim PRU!

Kerajaan Selangor dikritik perwakilan Perak YB Chang Lih Kang.Beliau membidas Tan Sri Khalid yang memberi sumbangan sewaktu PRK Hulu Selangor.

YB Chang Lih Kah juga mengkritik Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan ketika rasmi ketika berkempen.

Beliau juga meminta mencontohi Tunku Abdul Rahman yang mengambil cuti tiga bulan untuk berkempen semasa pilihanraya di persidangan Kongres Nasional PKR.

Kita juga berharap wakil rakyat PKR yang terdapat dalam Parlimen Bukit Gantang mesra rakyat.Jangan hanya tertumpu kepada penduduk bukan Melayu.Masyarakat Melayu perlu diraikan.Setakat ini kita tidak nampak pertambahan ahli atau sokongan orang Melayu di kubu kuat UMNO kepada PKR.

Pandangan Chang Lih Kang supaya pimpinan negeri mengambil hati orang Melayu,perlu diberi perhatian.

Saturday, May 29, 2010

OSMAN JAILU mula kecut! Apabila DS Anwar Ibrahim dedah wakil rakyat disogok.

Politik Malaysia dijangka akan bertambah panas berikutan kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup bukti bahawa ahli parlimen yang melompat disogok RM 2 juta dan ganjaran saham bernilai jutaan ringgit sebagai 'saguhati' kerana sudi menjadi wakil rakyat 'bebas'.

Semalam apabila YB Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Hashim melenting tak pasal-pasal dengan berkata akan menyaman DSAI jika namanya dikaitkan dengan mereka yang menerima habuan seperti yang dimaksudkan.Selalunya jika YB lompat mula bising mereka tentu yakin mereka akan kena!

Pepatah Melayu ada mengatakan siapa makan cili dia terasa pedasnya.Kita mendapat tahu Osman Jailu sudah terasa pedas.

Kegelabahannya Zahrain sama macam Osman Jailu sekaligus seperti mengesahkan bahawa beliau antara mereka yang mendapat habuan. Jika Osman tak makan rasuah beliau tak perlu takut dan mengelabah.

Dia sepatutnya maklum akan hal itu. Jika pendedahan itu nanti tak berasas atau fitnah, dia mempunyai pelbagai saluran sama ada mahkamah atau boleh menggunakan media yang dianggap penipu dan pengampu sebelum ini.

Nafikan secara terbuka sebagai anak jantan dengan bukti dan fakta bukan merapu tak tentu hala.

Pendedahan DS Anwar Ibrahim sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bakal menjadi pukulan maut kepada Umn0-BN.

Kita berharap pendedahan ini nanti disertakan bukti dan maklumat cukup fakta. Kita tidak mahu peristiwa 16 September yang kini menjadi bahan ketawa UMNO.Maklumat tanpa bukti akan menyebabkan rakyat kurang percaya dan hilang keyakinan.

Kita tunggu apa reaksi SPRM dan pihak polis yang cekap jika PR yang terlibat. Jika semua ini menjadi kenyataan maka rakyat Malaysia dijangka akan berhadapan lagi dengan pilihan raya kecil parlimen dalam tempoh terdekat. SPRM jangan jadi bahan gelak ketawa.Kali ini buktikan kepada rakyat dan kembalikan keyakinan rakyat.

Kita mendapat khabar teman Osman Jailu juga kini kepanasan.Banyak penduduk mengadu semua rumah yang dibeli beliau tunai,bukan sekupang dua tetapi ratusan ribu.Bukat sebuah tetapi banyak buah.Mereka juga memberi contoh pegawai-pegawai Osman kelihatan kaya ,walaupun kerja bukan pegawai besar.

Penduduk DUN Changkat Jering juga meminta SPRM siasat mana Osman Jailu dapat duit buat umrah.Kemudian mereka juga minta siasat rumah Pegawai Khas Osman ,jalan bertar sampai ke rumah.

Jika DS Anwar cukup bukti boleh dedahkan Osman Jailu sekali,biarkan rakyat akan menghukum BN dalam PrK

Friday, May 28, 2010

Musuh kita UMNO.

Semuanya telah selesai .Musuh yang nyata UMNO.Kita perlu menjuarai rakyat.Rakyat kini tidak lagi melihat Kerajaan BN mampu menyelesaikan mereka.

Contoh yang diberi rakyat dan berasa marah apabila Najib luluskan lesen judi bolasepak kepada Vincent Tan.Kini mereka melihat Najib beban dan menyekat saluran nafas untuk UMNO.

Isu judi ini dibenci semua kaum.Tetapi disukai pemegang saham .Juga disukai oleh "tuan-tuan" bermusim PRU atau PRK.Seorang rakyat bertemu kita,menerangkan yang suka lesen judi ini diluluskan kerana rumah mereka boleh besar setiap PRU/PRK Ketua Cawangan.Justeru itu rakyat tadi memberitahu mana ada ketua cawangan menentang pemberian Lesen Judi Bolasepak ini.Rakyat yang geram memberitahu duit judi ini nanti digunakan untuk membiayai PRU 13.Akhirnya hati rakyat berterusan mati dan UMNO mendapat kemenangan.

Di sinilah Tok Guru kita perlu menerangkan isu judi ini,dan juga dasar UMNO yang masih mahu rakyat terus bergelumang maksiat.

Teman-teman juga menasihat kita supaya teruskan perjuangan melawan UMNO .Biarkan parasit yang terdapat itu mati begitu saja.Parasit bertukar rupa itu boleh kita bendung,kerana musuh kita UMNO .

Kini kita boleh tidur nyenyak waktu malam kerana PAS itu sendiri.!

Thursday, May 27, 2010

Orang Mukmin Akan Menerima Ujian

Kutbah hari ini menarik sekali.Kita mendengar dengan teliti apa yang disampaikan Tok Khatib yang hafiz dan mahir empat mazhab itu.

Tuan Khatib menjelaskan orang mukmin selalunya menerima ujian dan musibah.Di sinilah kita perlu bersabar.Setiap orang mukmin akan menerima ujian dan musibah.Jika tidak menerima ujian atau musibah,ada yang tidak kena dengan kita.

Tok khatib memberi contoh zaman Rasulullah s.a.w terdapat sepasang suami isteri yang ingin berjumpa rasulullah s.a.w untuk bercerai.Sang suami berasa hairan setahunya beliau tidak bersalah.Tiba-tiba Sang Suami terpijak duri,sehingga kakinya berdarah.Sang Isteri terus minta balik ke rumah tidak jadi untuk berpisah.Sang Suami bertanya kepada Sang Isteri kenapa balik.

Lalu isteri beliau menjawab ,kerana bagi mereka yang langsung tidak menerima ujian dan musibah nerakalah tempatnya.Selama ini sang suami tidak langsung demam,sakit dan menerima macam-macam musibah.Beliau khuatir suaminya ahli neraka,sebab itu sang isteri meminta cerai .
Khatib juga meminta kita jangan menghina orang mulia.Orang mulia ini termasuklah ulama' dan masyarakat.Orang mulia ini mereka soleh dan mengikut orang mukmin.

BERSAMA DS NIZAR 28 MEI-JUMAAT

JADUAL DS NIZAR 28 MEI 2010

1.15 TGH-SOLAT JUMAAT MASJID SG BEMBAN KUALA TRONG

9.30 MALAM -CERAMAH ISU SEMASA BERTEMPAT TAMAN KAYA FASA I TAIPING


Satu Malaysia Lawan Perkasa.2.

Setelah kita pergi dari tempat perkumpulan budak sekolah satu Malaysia dan Perkasa,seorang jiran menelefon isteri."Kak bagi nombor telefon polis,selepas suami kak pergi je,budak-budak tu lawan"kata jiran.

Kita pula diberitahu teman guru,satu Malaysia lawan Perkasa,guna kayu.Sudah jadi kes polis kata teman guru lagi.Seorang budak ,memberitahu kita ,sekolah mereka Satu Malaysia dan sekolah lagi satu kumpulan Perkasa?

Menurut teman guru itu,seorang guru ahli MIC kuat,biarkan mereka bergaduh."Itu luar sekolah,kasi polis selesai"kata guru kuat MIC .

Teman tadi diam,begitulah kepala otak penganut fahaman BN.Sanggup rakyat lain rosak,bergaduh dan bersikap perkauman.Dia tidak tahu jika begaduh,melibatkan banyak kesan.Duit pembayar cukai,duit rakyat terpaksa digunakan untuk merawat mereka yang sakit.Duit rakyat juga digunakan untuk memberi makan kepada mereka jika direman.

Tapi otak guru Mic ini sama saja dengan otak guru penganut fahaman BN lain.Justeru itulah mereka takut jika PTK diteruskan,kerana mereka bukan suka baca buku.Jika skim lama,mengadap pengetua selalu dan kipas selalu ,pasti dapat pergerakan melintang menegak.

Kita di sekolah disuruh sebut salam satu Malaysia ,tetapi di luar kita tanam sikap perkauman.

Satu Malaysia Lawan Perkasa.

Satu Malaysia lawan Perkasa .Kita macam tidak percaya.Tapi apabila melihat sekumpulan pelajar sedang berkumpul dan berbincang.Perbincangan mereka seperti ingin menyelesaikan masalah."Cikgu, 1 Malaysia lawan Perkasa"kata jiran .

Kita dikhabarkan teman-teman pergaduhan dua buah sekolah sejak pagi tadi.Seorang teman memberitahu 1 Malaysia,mewakili pelajar Melayu,India dan Cina dari sekolah berhampiran sekolah anak kita.Kumpulan pelajar Perkasa dianggotai budak Melayu.Kita pergi melihat suasana budak-budak itu berbincang,kita khuatir anak kita masuk kumpulan Perkasa.Alhamdulillah anak kita tidak masuk kumpulan Perkasa,anak kita selamat di sekolah.

Dengan karenah Perkasa yang terlalu fanatik Melayu,menyebabkan budak -budak Melayu ini sudah menjadi seperti duduk di tempat semua orang Melayu.Mereka tidak sedar realiti Malaysia.Mereka mungkin tidak belajar sejarah.Mereka juga mungkin terpengaruh dengan kumpulan banyak line.

Kita tidak melihat suasana pergaduhan budak Melayu dengan kaum lain,ditempat tinggal kita.Tetapi apabila Perkasa sudah mula menunjukkan semangat tidak berpijak di bumi nyata,pergaduhan sudah mula di tempat kita.Kita berharap anak kita dan anak jiran kita tidak terpengaruh dengan banyak line atau perkasa.?Kita mengajar anak kita dengan hak seorang rakyat yang Allah s.w.t menjadikan kita ini untuk saling kenal.


Wednesday, May 26, 2010

Terkenang Hj Roslan Shaharum Ahli Parlimen PAS pertama.

Semasa berita kematian Allahyarham Hj Roslan Shaharum dikhabar kepada kita,kita tidak percaya. Pada 9 Feb , pukul 11 pagi kita diberitahu Hj Roslan telah meninggal ,kita tidak percaya.Pada pukul 8.00 pagi kita bersembang panjang dengan Hj Roslan ,berkenaan program pada 9 Februari.

Akhirnya kita yakin setelah Cikgu Khairul melaporkannya.PrU 2008 kita bertugas sebagai Setiausaha JPK Bukit Gantang.Hj Roslan merupakan calon PAS.Agak lama kita mengenali hati budi Allahyarham Hj Roslan Shaharum.PrU 2008 kita membantu jentera kempen Hj Roslan.Takdir menentukan kita menang Parlimen Bukit Gantang.

Kita bersama Sdr Fadhil Idris,Sdr Basher Ahmad menjadi Pegawai Khas Ahli Parlimen.Kita menjadi Setiausaha Sekretariat.Kehilangan Hj Roslan amat terasa,Hj Roslan tetap disebut jika kita membincang jentera pilihanraya.Sehingga kini nama Allahyarham masih disebut.Mengurus Hj Roslan Shaharum rasa tidak sukar.Beliau boleh bergurau ,boleh menjadi guru ,boleh menjadi teman ,beliau boleh menjadi pendengar yang baik,beliau amat memahami kita.

Hj Roslan tidak menuduh kita suka ambil kesempatan .Banyak kali juga beliau datang ke rumah kita atau rumah pak mertua,tidak pula beliau mengeluarkan perkataan ini bukan parlimen Bukit Gantang.Juga tidak menuduh ini bukan kawasan pengundi kita.Tidak juga menuduh kita ambil kesempatan.

Hj Roslan yang kita kenal dan ingat,sentiasa bersama denyut nadi rakyat.Allahyarham akan SMS,menelefon dan menegur kita secara berhemah.Bagi beliau petugas parti perlu dihargai.Keistimewaan beliau ,rujukan utama di peringkat kawasan ialah YDP .Beliau tidak mendengar cakap orang lain.

Hj Roslan jika perlu akan menyiasat dan beliau tidak menjatuhkan hukuman tanpa diberi peluang untuk kita membela diri.

Maaf jika ada yang tak suka kita mengenang daya juang Ahli Parlimen Pas Pertama Bukit Gantang itu.

Tuesday, May 25, 2010

Relaks Sat- Memujuk hati!

Posisi-posisi dalam senaman yoga yang sering dipraktikkan oleh kaki-kaki mabuk apabila otak tidak mampu berfikir secara waras untuk tontonan anda. Aksi mabuk ini tidak dibenarkan untuk anda lakukan di rumah dan di mana-mana. Selamat menonton.
Savasana
Posisi keseluruhan berada dalam keadaan relaks.
Balasana
Posisi dalam keadaan damai dan tenang.


Setu Bandha SarvangasanaPosisi ini menenangkan otak dan kaki yang letih.


Marjayasana

Posisi meransang ulu hati dan tulang belakang.

Halasana

Posisi yang sangat baik untuk punggung dan imsomnia.


Dolphin

Posisi yang baik untuk bahu, dada, kaki dan lengan.


SalambhasanaPosisi yang amat sesuai untuk lumbar, kaki dan lengan.


Ananda Balasana Posisi yang sangat baik untuk pinggul.


Malasana
Posisi yang sangat baik untuk pergelangan kaki dan otot belakang.

Semoga terhibur, jangan mabuk-mabuk!!

sumber

www.ek-ele.co,cc

Santai: Cikgu soalan apa keluar?Cikgu Soalan Bocor?

Minggu ini minggu sibuk untuk pelajar sekolah.Minggu ini peperiksaan pertengahan tahun.Tiga orang anak penulis terlibat.

Kita dikhabar seorang teman ,anak murid bertanya soalan yang dijangka keluar.Teman itu pun menerangkan soalan jangkaan keluar.Mereka minta soalan bocor! Lalu teman itu menerangkan kepada anak muridnya apa yang telah dipelajari itu yang keluar.Untuk soalan bocor ,itu persepsi anak murid.Bagi teman itu ,skima soalan dan jawapan yang diterangkan .

Seronok menjadi guru seperti teman tadi.Kaya dengan anak murid dan masih sempat berblog.(klik).
Kita pun bermula Jun ini tidak lagi bertugas di Sekretariat lagi,kerana KPI kita terlalu rendah.Kita diberitahu markah kita di bawah 30 peratus.Kalau ikut anak bongsu, gagal.Tak pas.

Kita kini pun sedang bertanya pusat tuisyen,jika terdapat Guru BM yang masih kosong.Ruang yang ada diguna untuk berkongsi ilmu dengan rakyat akar umbi.Bukan duit yang dicari tetapi ilmu yang ingin dicurah.Biarlah anak murid yang menghargai kita,sekurang-kurangnya sewaktu kita duduk wad kerana sakit,mereka bertanya khabar.Rakan-rakan guru yang mengenali tetap bertanya apa khabar kepada kita.Dan mereka tidak menganggap kita mengambil kesempatan dan bermuka-muka!

YB Osman Jailu Baru Balik Umrah-mohon ampun.

Ckt Jering- 25 Mei-YB Osman Jailu diberitakan hari ini sampai ke Perak.YB Osman Jailu menunaikan Umrah.Turut bersama beliau kaum keluarga.

Menurut Pegawai Khas beliau ,Osman Jailu ke Mekah untuk menunai hajat dan berdoa di hadapan Kaabah supaya beliau,keluarga dan rakyat dalam keadaan selamat.

Pegawai Khas Osman itu juga menjelaskan Osman Jailu tetap bersedia membantu rakyat jika terdapat permohonan.

Kita mengharapkan Allah s.w.t mengampuni beliau atas perbuatan menjatuhkan kerajaan rakyat.

Monday, May 24, 2010

Hati-hati Cikgu dengan Muhyiddin !

Kita diberitahu teman-teman dalam perguruan,Muhyiddin mula melakukan operasi menukar guru.Mereka bertanya pendapat kita semasa menjadi guru.

Kita memberitahu sewaktu kita masih bertugas sebagai guru,Hishamudin tidak pula menukar guru-guru.Kebanyakan guru yang bertukar merupakan satu arahan kenaikan pangkat.Tetapi Muhyiddin kita diberitahu menukar guru-guru kerana mengkritik beliau dalam blog.Seorang teman guru dari daerah Kinta dikhabarkan ditukarkan ke Pahang.Tulisan beliau dijadikan bukti.

Kita pun terkenang seronoknya menjadi guru ,kerana bersama murid.Kini walaupun tidak bertugas sebagai guru ,kita tetap dipanggil Cikgu.Dengan Tuan Pengetua selalunya berkongsi idea dan kita boleh mengkritik pengetua.Itupun Pengetua Bukan Melayu.Pengetua Melayu berjiwa UMNO ,jawabnya bertukarlah kita.Semasa kita menjadi guru dulu,kita ditukarkan kerana membantah idea Pengetua yang bukan-bukan.

Kita terasa ingin memulakan kembali karier guru.Tapi guru tuisyen. Sekurang-kurangnya murid mendengar pandangan kita.Kita juga tidak mengambil kesempatan ke atas mereka.

Aduhai , YB hargailah rakyat!

Kita tertarik dengan luahan wakil rakyat PKR Kedah sewaktu ceramah baru-baru ini.Menarik dan perlu diberi perhatian.

Jika wakil rakyat pun kita perlu hargai prinsip mereka.Wakil rakyat dari PKR dan DAP Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk
menjelaskan prinsip mereka.

ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee agak sedikit terbuka.Kita rasa perlu diberi perhatian.Betul kata Lim Soo Nee setakat ini sudahkah dibentuk jawatankuasa mengkaji kenapa wakil rakyat melompat.Jikalau PKR belum mula mengkaji dan membedah siasat,kita rasa Sekretariat PR perlu mengambil berat dan mengambil tindakan apa yang diucapkam Lim Soo Nee.Andaikata perlu permukiman atau kursus ala "BTN" bukan sahaja Kedah,Pulau Pinang dan Selangor juga perlu dilibatkan.

Dalam pada itu kita juga berharap Wakil Rakyat juga menghargai rakyat.Sentuhan peribadi bukan setakat pengundi,tetapi kaum keluarga dan jiran-jiran mereka.Program besar lebih kepada gah tetapi tidak menepati sasaran.Contoh seperti di Sibu kehadiran mereka mendengar ceramah PR dianggap sedikit.Namun mereka itu sasaran undi.Sebaliknya Hulu Selangor,jumlah terlampau ramai,tetapi mereka bukan pengundi.

Wakil rakyat juga jangan memperlekeh niat rakyat.Rakyat berasa puashati apabila melihat atau berjabat tangan dengan wakil rakyat.Bagi rakyat cukup bertanya khabar .Wakil rakyat juga janganlah menidakkan kekuatan akar umbi .Wakil rakyat juga perlu mengetahui sejarah perjuangan rakyat.Apa yang penting wakil rakyat jangan menghukum rakyat tanpa kita memberi peluang untuk kita mendengar dan berdakwah.Wakil rakyat juga sepatutnya menerima pendapat orang lain secara berlapang dada.

Kita juga mahu rakyat dihargai sebagaimana wakil rakyat mahu dihargai.

Sunday, May 23, 2010

Siapa Selepas Muhyiddin Yasin?

Kini dua menteri kanan merangkap Naib Presiden Umno sudah mula mencongak peluang untuk menjadi Timbalan Menteri.

Peluang Zahid agak cerah,kerana berjaya membantu merampas Perak.Sementara itu peluang Shafie Afdal agak tipis,kerana Kedah masih belum berjaya mereka rampas.

Kedua-dua Naib Presiden itu mungkin melihat peluang Najib untuk kehilangan kerusi Ahli Parlimen kerana tersilap "terlepas cakap" sewaktu PrK Sibu.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Jika kita melihat kesalahan mengikut akta pilihanraya,peluang Najib untuk dijatuhkan hukuman mungkin berlaku.Najib merupakan Perdana Menteri yang pertama terlepas cakap semasa PrK.Najib juga mempunyai Big Mama yang menjadi jurukempen PrK.Semasa Perdana Menteri lepas,isteri mereka hanya duduk di rumah.Isteri mereka juga bukan First Lady.

Jadi kita melihat kedua- dua menteri Luar Bandar dan Menteri Pertahanan itu seolah sedang berlumba-lumba mencari pengaruh.Kalau Muhyiddin melihat perlu Menteri Malaysia yang tidak terlibat dengan Menteri YAHUDI,Shafie Afdal lebih berkelayakan.Lagi pun Muhyidin sudah tentu berbangga dengan satu Malaysia.

Bagi Hishamudin Husein,peluang tertutup rapat,mana mungkin PM dan TPM dari satu negeri.Buat sementara Hishamudin boleh lupakan hajat untuk menjadi Timbalan Muhyiddin Yasin.?

Sekitar Pelancaran DHPP -Sejarah tercipta






Seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS hari ini 'dinaiktaraf' sebagai anggota PAS sepenuhnya melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
sumber

PAS kaji DHPP undi semasa Muktamar- Tok Guru Hj Hadi


KLANG, 23 Mei-- PAS bercadang untuk membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.

Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bagaimanapun beberapa penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian (bukan Islam boleh mengundi ketika muktamar)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dewan Himpunan Penyokong Pas Peringkat Kebangsaan, pada hari Ahad.

Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Bagaimanapun kata Tuan Guru Abdul Hadi, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Sehingga kini dewan itu mempunyai kira-kira 20,000 anggota di seluruh negara, katanya.

"Hari ini kita telah melantik anggota jawatankuasa dewan itu di peringkat kebangsaan dan mereka akan menggerakkan operasi ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti," katanya.

Mengulas mengenai isu berlainan, Tuan Guru Hj Abdul Hadi berkata kelulusan mengenai lesen perjudian adalah di bawah kerajaan pusat.

"Kita memang telah lama mengadakan perbincangan dengan semua agama yang menyatakan judi salah di sisi agama dan ia dah lama kita haramkan," katanya.

Tuan Guru Hj Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran yang dilontar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar Dewan Pemuda PAS mendesak kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbir mereka.

Kenyataan Perkasa itu sebagai respons terhadap Dewan Pemuda PAS yang mahu kerajaan menarik balik lesen pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan.

-- BERNAMA

Saturday, May 22, 2010

PAS Tidak Boleh Bekerjasama Dengan Parti Lawan Lebih Kuat - Tok Guru Nik Aziz


KOTA BAHRU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini semalam.

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," kata Tok Guru Nik Aziz.

Tok Guru mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

Tok Guru menjelaskan DAP juga menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS. -

Kita Memang Tidak Buat Kerja- 2

Hari ini teman-teman cikgu mengikuti kursus Ladap(Latihan Dalam Perkhidmatan) siri 1.Banyak arahan dan perintah am dikemukakan.Penerangan kursus difahamkan banyak terganggu kerana seringkali terdapat PK yang sering mencelah .Beliau tahu taklimat itu bukan hak dia,tetapi kerana berbangga dengan protokol dia sering mendabik dada.

Kita tertarik satu saranan Surat Layang yang kononnya ditulis oleh seorang pelajar kelas cerdik seperti diberitahu teman .Budak itu menyebut satu persatu tindakan beberapa orang guru,yang tidak memberi kerja rumah,tidak masuk kelas dan macam-macam memburukkan guru.

Surat Layang ini didedahkan kepada para guru sekadar untuk memotivasi teman-teman guru.Bagi kita, Tuan Pengetua dan PK akan menyiasat tuduhan surat layang itu.Kita juga berkeyakinan Tuan Pengetua tidak terpengaruh dengan surat layang,SMS,atau "kaki kipas".Kita tahu Tuan Pengetua akan menyiasat,setelah mendapat penjelasan semua pihak baru beliau memberi pandangan serta menjatuhkan hukuman.Itulah kelebihan Tuan Pengetua.

Semasa kita memegang jawatan Disiplin Ketua,kita juga menerima satu surat yang layang yang dihantar kepada Tuan Pengetua.Semuanya memburukkan kita.Tuan Pengetua menyiasat dan meminta kita memberi penjelasan.Akhirnya kebenaran terbukti.Tuan Pengetua pula meminta maaf kepada kita kerana terpaksa menyiasat kes surat layang itu.

Tetapi baru-baru ini kita diberitahu tidak membuat kerja dan tidak membantu kawasan.Kita juga tidak menyusun program untuk orang ramai.Kita juga dituduh tidak proaktif berdasarkan laporan"kaki ampu".Kita juga mengambil kesempatan.Kita tidak diadili tetapi terus dijatuhkan hukuman.Kita pun terbayang baiknya Tuan Pengetua kita kerana memberi kita peluang dan diadili.Tuan Pengetua kita tidak terus menjatuhkan hukuman.

Nampaknya kita belum pandai berpolitik,sebab kita memang tidak buat kerja?

Friday, May 21, 2010

Kenapa ayah tak dapat apa-apa!

Kita mempunyai lima orang anak.Sementara itu isteri pula tidak bekerja.Surirumah sepenuh masa.Dalam keadaan semuanya masih bersekolah dan dua menuntut di IPTA ,terasa kos hidup cukup untuk meneruskan perjuangan.

Anak-anak cukup memahami tugas ayah mereka.Sibuk dengan tugas parti secara sambilan.Namun dalam keadaan itu juga,emak di kampung akan dijenguk .Namun kadang-kadang cuti mingguan tidak sempat untuk menolong isteri.Kadang-kadang rumput keliling rumah pun tidak sempat dipotong.Sejak anak lelaki sudah besar,kita mengharapkan dia memotong rumput atau membawa isteri ke rumah ayah.

Dalam melihat anak-anak membesar ,hanya seorang yang menunjuk minat dalam politik.Anak kita baru berumur 11 tahun.Dahulu semasa PR memerintah ,anak kita satu kelas dengan anak Pegawai Khas Osman Jailu.Perbincangan mereka sudah tentu politik Perak.Kini mereka masih dalam satu kelas.Tetap berkawan,tetapi tidak lagi membincangkan politik.

Pada satu petang,anak bertanya kepada emaknya."Emak,kenapa ayah tak dapat apa?"kata anak penulis.Isteri penulis bertanya balik."Mengapa?"Lalu dia beritahu kawannya,bapa dia( dulu pegawai khas Osman Jailu) macam-macam ada ,dan macam-macam dapat.Lantas isteri kita menjelaskan ayah kamu berjuang dalam PAS."Ayah kamu tolong orang"kata isteri kita lagi."Ayah kamu buat kerja Islam."jelas isteri kita lagi.


Demontrasi tentang lesen judi bola- Pas sejak dulu lagi tentang-





Kita diberitahu sekitar 1000 orang hadir menyatakan bantahan lesen judi bolasepak di Masjid Negeri. Bagi kita PAS akan dan terus berusaha untuk mendapat kuasa untuk memerintah.Dengan kuasa yang ada kita dapat menyekat dan menghapuskan pemberian lesen judi ini.Keazaman kita untuk bertanding pilihanraya dan keazaman kita untuk berdakwah ,itu semuanya menandakan PAS atau Ketua Pemudanya bukannya lambat bertindak. Kesemua negeri yang Pas mempunyai kuasa,Pas bertindak berdasarkan bidang kuasa yang ada.

Justeru itu Pas dari dulu kini dan selamanya tetap dengan mengharapkan negeri berkebajikan mendapat keredhoan Allah s.w.t.

Cuma kita sebagai rakyat yang cintakan kebenaran jadikan isu judi bola lulusan BN sebagai momentum menggerakkan rakyat.

Thursday, May 20, 2010

Maaf Kita Memang Tidak Bekerja!

Tajuk kita kali ini,maaf memang kita tidak bekerja.Kita tidak boleh buat kerja.Kita sepanjang tahun tidak membantu sesiapa.Kita suka mengambil kesempatan dan kita suka bermuka-muka.

Maaf kita tidak sepatutnya berada dalam komuniti dan organisasi.Kita tidak mengurus majikan dengan baik.Kita menyusun program syok sendiri,tiada objektif dan sering gagal.

Kita buat kerja apabila Tuan Pengetua didepan mata.Depan Pengetua kita hentam orang lain.Pengetua lalu dihadapan kelas,kita mula ambil penyapu untuk menyapu sampah.

Dalam mesyuarat guru,Pengetua memuji kita,"tengok Cikgu Din buat kerja tanpa pemantau saya.Cikgu Din selalu buat kerja.Cikgu Din tidak ambil kesempatan majlis kenduri untuk memanggil saya."tegas Pengetua.

Semua orang tahu kita buat kerja depan pengetua.Tukang kipas akan bagitahu pengetua,sikap Cikgu Din,tetapi pengetua tahu.Cikgu Din seorang yang dedikasi.Bagi Pengetua Cikgu Din segalanya.Laporan,SMS dan telefon ,Cikgu Din boleh terus bercakap.Laporan Cikgu Din tidak boleh disanggah!Tetapi Pengetua hairan kenapa mereka mahu berseteru dengan Cikgu Din.Cikgu Din tidak lagi diberi tugas Guru Ketua.

Maaf,artikel ini agak celaru untuk,faham.Sebab Cikgu Din suka ambil kesempatan.Sudah lama jadi guru tetapi masih tak faham tugas guru.Cikgu Din sepatutnya dimarah lebih teruk lagi dari itu,kerana Cikgu Din suka bermuka-muka!"Apa kata Ek Eleee,jika Tuan Pengetua pegi rumah Cikgu Din."kata Puan Pengetua. '"Cikgu Din penting diri"kata Ek Eleeee!

Maaf tulisan Sebelum Jumaat,agak kurang tidur.Jadi agak banyak emosi.Maaf....

Jom Bantah Judi -Solat Jumaat di Masjid Negeri

Demontrasi Aman dijadualkan berlangsung di Masjid Negeri,Ipoh.Dengan ini mereka yang berdekatan dan berkelapangan di jemput beramai-ramai ke Masjid Negeri ,Ipoh.

Demontrasi aman Membantah Judi berlangsung selepas Solat Jumaat,21 Mei 2010.

Bantah Judi Seluruh Malaysia-Jumaat di Masjid Negeri!

PAS menganjurkan demontarsi aman di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan melulus lesen judi sukan.Kini hanya tinggal 22 hari lagi sebelum Piala Dunia berlangsung.

Walaupun dianggap lambat bertindak oleh segelintir orang Perhimpunan Aman yang digerakkan Dewan Pemuda Pas Pusat itu diharap mendapat kerjasama pihak polis.

Presiden kita Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.

Sementara DS Nizar dijangka bersama pimpinan PR Negeri Perak diadual bersolat Jumaat di Masjid Negeri,Ipoh Perak.

Wednesday, May 19, 2010

Jom Bersama DS Nizar.-Untuk tahu Isu Prk Sibu dan judi bola!

Jom Bersama DS Nizar.-Untuk tahu Isu Prk Sibu dan judi bola!


DS Nizar dijangka berada dalam Parlimen Bukit Gantang esok 20 Mei 2010.DS Nizar dijadual akan berada sekitar DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sapetang.

Aturcara DS Nizar 20 Mei 2010:

-Solat Asar di Masjid Simpang,Simpang.
-Ziarah Rakyat
-Tazkirah Maghrib-Surau Kg Senduk,Bt 8,Jln Changkat Jering-Trong.(sumber Sekretariat Parlimen)

Kenapa Pihak Polis Tidak Tubuh Tabung Koperal Jenain Subi!

Tahniah Kickdefella anda membantu nasib Koperal Jenain Subi - anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, selepas tertembak mangsa pada 26 April lalu .Penulis blog Kickdefella melancarkan kutipan derma bagi membiayai kos perbicaraan defendan demi mendapatkan keadilan di mahkamah.Dalam keadaan yang orang sudah berhabis duit dalam PRk Hulu Selangor dan Prk Sibu.Di mana badan kebajikan Polis?Sepatutnya mereka membantu Koperal Jenain.Koperal Jenain belum dijatuhkan hukuman,jadi beliau masih tidak dianggap bersalah.

Jenain didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid sehingga membawa kepada kematiannya.

Jenain bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa didakwa enggan memberhentikan kenderaannya.

Kita berasa simpati kerana pihak yang sepatutnya menubuh Tabung untuk Koperal ini,tidak berbuat demikian.

Kita juga berharap keadilan juga diberi kepada Koperal ini,sebagaimana kita minta keadilan untuk adik Aminulrashid.

Tuesday, May 18, 2010

Ceramah Berterusan Lesen Judi Kerajaan UMNO.

Kita menyaran semua cawangan Pas Bukit Gantang mengadakan Ceramah Tak Nak Judi Ya Untuk Sukan Bola bermula sekarang.

Jadi surau,masjid,markas,pasti dan pusat tarbiyyah tempat menyampaikan mesej kepada rakyat.Jelaskan UMNO yang menguasai Kerajaan meluluskan lesen judi.

Ceramah kita berterusan sehingga muktamar Pas dan sehingga Persidangan Parlimen akan datang bulan Julai ini.

DS Nizar Tak Kan Pijak Kg Sg Petai- DS Nizar boikot!

Heboh satu kampung ,kampung pula Kampung Sungai Petai DS Nizar tidak mahu jijak kampung mereka.

Kita ditanya melalui telefon ,SMS ,betul tak DS Nizar tak mahu pijak kampung Sg Petai.Nizar kononnya merajuk kerana sewaktu ijtimak Surau Ahmadiah,Nizar tidak dijemput menyampaikan tazkirah.Kononnya lagi Nizar merajuk kerana tidak dilayan.Kes ini kononnya berlaku pada 6 April 2010.

Kononnya dalam dairi DS Nizar terdapat aturcara beliau di Ijtimak Surau Ahmadiah itu.Kononnya kenyataan itu melalui mulut DS Nizar!"Namanya Sungai Petai,saya tak kan datang!"kononnya ada orang kata.

Kita yang menyusun jadual DS Nizar di peringkat Parlimen Bukit Gantang,jadi kita tahu tidak ada slot ucapan DS Nizar di Sungai Petai ,tengah hari itu.Jadual Nizar 6 April lalu,ke Mesyuarat Agung Pas Kawasan Bukit Gantang,selepas itu akan pergi ke Ijtimak Surau Ahmadiah,Sg Petai untuk mendengar dan duduk sebentar sebelum ziarah orang sakit.Tidak timbul Nizar merajuk tak mahu pergi Kampung Sungai Petai.

Fitnah ini berlaku di kubu kuat Pas,fitnah berlaku ditempat kaya majlis ilmu,fitnah timbul di kampung halaman Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan PAS.Fitnah berlaku di Unit Peti Undi Pas menang majoriti besar.

Jadi sebagai langkah penyelesaian,baru -baru ini sempena 16 Mei ,hari guru kita mengatur Nizar bersolat dan menyampaikan tazkirah di Surau Ahmadiah,Kg Sg Petai.

Sewaktu makan selepas tazkirah di rumah Ketua Cawangan ,Sdr Hasan Zainuddin, DS Nizar minta penjelasan.Hasan menerangkan cereka fitnah itu.

DS Nizar menjelaskan semuanya.Beliau tidak membawa diari dalam kereta.Segala maklumat di dalam handphone saja.Beliau tidak pernah keluar perkataan untuk tidak datang lagi ke kampung Sg Petai.Beliau meminta diselesaikan dan beritahu yang membawa cerita Nizar tidak mahu jijak Kg Sg Petai supaya tidak lagi membawa cerita fitnah!

Kita hairan sikap segelintir ahli Pas yang menjaja cerita fitnah ini.Mereka seolah agen UMNO dalam parlimen Bukit Gantang.Namun begitu syabas dan tahniah terdapat Ahli Pas yang sensitif dan mahu fitnah ini tidak merebak.

Dan ini tulisan peribadi kita,tidak ada kaitan dengan Pas Kawasan Bukit Gantang!Ayuh musuh kita UMNO dan BN. BN yang lulus lesen judi, bukan DS Nizar!

Tahniah Rakyat Sibu -Roh Perjuangan Rosli Dhoby Bersama Anda!




Allahyarham Rosli Dhoby dan rakan-rakan menentang penjajahan British.Rupa-rupanya perjuangan mereka bukan setakat menentang batang tubuh Inggeris tetapi menentang pembawaan Inggeris yang merosakkan jiwa rakyat.Jika Rosli Dhoby masih hidup Allahyarham tetap juga menentang budaya lesen judi kerajaan BN.



Bukan sahaja Rakyat Sarawak menjiwai roh perjuangan Rosli Dhoby,tetapi rakyat Semenanjung juga.


YDP Pas Bukit Gantang duduk berbaju oren Ustaz Nordin Jaafar bergambar kenangan bersama YB Wong di hadapan Makam Rosli Dhoby.Alfatehah.(gambar ehasan blog infotambahan)

Selamat Hari Guru-Vincent Tan Dapat Lesen Judi!

Sudah dua hari Hari Guru dirayakan.Slogan PKR Parti Kian Runtuh yang diucapkan oleh Muhyiddin Yassin memakan diri UMNO (Umno memang nipu orang).

Janji Muhyiddin satu janji retorik kerajaan yang sedang nazak.Ganjaran untuk guru sebagai satu rasuah politik.Yang kenyang Pengetua dan Guru Besar.Pengetua atau Guru Besar pasti menekan para guru.Pengetua UMNO pasti kuat mengampu Pengarah.Guru berjiwa rakyat pasti ditekan dan ditindas.Untuk RM7500 ,kita mesti bekerja keras.

Janji Muhyiddin sepatutnya melihat keseluruhan Sistem Perguruan itu sendiri.Masalah guru disiplin,jadual waktu guru yang banyak, tiada perlindungan sewaktu mengiring pelajar dan waktu cuti mingguan yang dirampas sekolah.Pekeliling cuti Sabtu pada setiap minggu bagai lawak .

Hari guru disambut meriah,menutup tembelang Kerajaan Najib melulus satu lagi lesen judi Bolasepak Piala Dunia.Hari guru disambut ceria,sehingga Zambry MB mahkamah menggunakan duit rakyat untuk menghantar Kad Hari Guru.

Kita diminta berjimat,tutup penghawa dingin,guna duit budak untuk kertas ulangkaji.Kursus Ladap kini tiada,jika ada tidak ada lagi tuntutan tambang teksi.

Pedihnya hati guru,Vincent Tan dapat lesen judi atas jasa baik membantu Najib mendapat Perak.?Subjek moral dan subjek pendidikan Islam mengajar kepada murid,judi itu candu,judi itu pembawa penyakit, judi itu haram dan berdosa besar.Kerajaan Najib memberi hadiah hari guru lulus satu lagi lesen judi.

Yang jelas Osman Jailu tetap suka segala dasar kerajaan Bee End,silap-silap Osman Jailu juga dapat untung atas angin!

Monday, May 17, 2010

Lesen Judi Bolasepak Piala Dunia:Vincent Tan untung atas angin


DS Nizar sedang meminpin doa.Mohon keselamatan dunia akhirat rakyat jelata.DS Nizar mengimam Solat Maghrib di Surau Sg Petai.

DS Nizar menyampaikan tazkirah,meminta jamaah surau supaya menasihat,keluarga,jiran tetangga supaya menolak UMNO yang kini lulus pula lesen judi bolasepak Piala Dunia!

Kanak-kanak tetap menjadikan DS Nizar idola mereka.

DS Nizar bersalaman dengan jamaah Surau Ahmadiah Sungai Petai,DUN Kuala Sapetang.

16 Mei- DS Nizar mengkritik Kerajaan BN yang meluluskan lesen judi bolasepak kepada Vincent Tan.DS Nizar menjelaskan bukan setakat orang Melayu Islam menentang judi,termasuk juga orang Cina.

Nizar memberitahu jamaah surau.Vincent untung atas angin RM 530 juta.Sementara Syarikat Judi Sportoto boleh untung sehingga 33o juta ringgit.Nizar juga mendakwa Vincent Tan salah seorang yang menjatuhkan Kerajaan PR Perak.Jadi sebagai hadiah Najib memberi Vincent Tan lesen judi bolasepak untuk membalas budi.Nizar menjelaskan hasil judi bolasepak ini membuatkan hasil RM880 juta.

Nizar juga menyatakan lesen judi bolasepak ini bukan sahaja menjejaskan keluarga orang Cina tetapi keluarga Melayu.

Nizar meminta kita jangan lagi bersama UMNO kerana Umno tidak menjaga kebajikan rakyat.UMNO sanggup mengguna hasil cukai judi untuk membangunkan sukan.Hasil haram digunakan untuk membantu rakyat.(sumber)

Sunday, May 16, 2010

Maaf Memang Adun PKR kena tarbiyyah!

Kita jangan tipu ,kebanyakan orang amat marah sama ADUN PKR.PKR kena terima hakikat rakyat semakin tidak percaya dengan ADUN PKR.

PKR tidak perlu marah sama mereka yang melompat.Kini PKR perlu memulakan langkah untuk memberi tarbiyyah politik kepada wakil rakyat mereka.Wakil rakyat PKR Kedah perlu diberi asas politik rakyat.Mereka perlu diajar hak rakyat dan prinsip perjuangan.Jika PKR tidak mampu memberi tarbiyyah wakil rakyat mereka ,Dewan Pemuda Pas Wilayah mampu untuk memberi kursus politik.

Rakyat sememangnya khuatir tentang Kedah.Perak dahulu Pimpinan PKR menafikan kini menjadi kenyataan.Kita berharap ahli PKR berlapang dada.Jangan hanya nampak kesalahan parti Pakatan Rakyat lain untuk menutup kelemahan sendiri.

Mulai sekarang PKR perlu memilih calon wakil rakyat mereka untuk dilatih politik kenegaraan dan prinsip perjuangan rakyat.PKR tidaklah perlu menyembunyikan fakta jika sekadar untuk bertanding mana-mana kerusi.

Sekurang-kurangnya Adun PKR kena belajar melalui pemain badminton Cina Lin Dan yang patriotik yang tidak terpengaruh dengan hadiah pertandingan individu.Lin Dan memang juara patriotik.Di sinilah Adun PKR kena belajar!

Kita Sokong Bloggers PAS-Jangan bermain API.

Kenyataan Media (16Mei 2010)
JANGAN BERMAIN DENGAN API

Sekretariat Bloggers PAS Perak telah menerima aduan tentang gangguan politik terhadap kakitangan awam khususnya di negeri Perak. Pihak Sekretariat beranggapan bahawa gangguan dan campurtangan politik terhadap kakitangan awam adalah sesuatu yang melanggar etika profesionalisma. Bacul dan hina. Sehubungan dengan itu, pihak Sekretariat mengingatkan agar pihak-pihak yang terlibat khususnya majikan mestilah mengamalkan profesionalisma kerja dan telus.

Aduan yang diterima kini menyatakan bahawa ada kakitangan kerajaan Kementerian Pelajaran khususnya di Perak telah diganggu dengan ugutan dan tekanan. Laporan yang diterima juga menyatakan bahawa seorang guru Kementerian Pelajaran telah ditukar ke luar negeri dengan tempoh arahan pertukaran 24 jam.

Tiada tuduhan disiplin selain dikaitkan dengan tuduhan terlibat dengan politik pembangkang. Beberapa orang guru juga dilaporkan sedang diugut dan ditekan untuk mengaku keterlibatan aktif mereka dengan politik pembangkang.

Sayugia dimaklumi bahawan sebarang gangguan politik akan menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. Kami sangat yakin pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan sebagai kakitangan awam bersifat professional dan tidak mencampuradukkan antara politik dan tugas rasmi mereka.

Adalah diharapkan agar pihak Kementerian tidak terikut-ikut dengan rentak politik sempit beberapa individu yang terdesak untuk mempopularkan diri mereka. Beberapa individu yang disyaki terlibat di Perak yang menganggu kakitangan Kementerian Pelajaran telah dikenalpasti. Maklumat dan perincian agenda individu-individu itu juga telah lengkap diperolehi. Pihak Seketeriat amat kesal dengan campurtangan tersebut.

Adalah diingatkan kepada mana mana individu yang terdesak, agar tidak memangsakan kakitangan awam untuk mempopularkan politik mereka. Jika agenda ini berterusan digunapakai oleh individu itu dengan menggunakan kuasa politik menganggu kakitangan awam, demi keadilan dan pembelaan, Sekretariat akan mengarahkan seluruh gabungan Bloggers PAS dan Pakatan Rakyat Perak menggunakan kuasa media baru sepenuhnya untuk menghalang cita cita jahat tersebut. Jangan bermain api.

Sehingga kini pihak Sekretariat Bloggers PAS Perak telah dan berterusan mengumpul maklumat-maklumat kepincangan serta salahguna yang dilakukan oleh individu-individu yang terbabit. Ia juga termasuk masalah moral dan akhlak. Segala maklumat sedang diteliti dan terus diperkemaskan untuk tindakan jika gangguan jahat kepada kakitangan awam masih berterusan.

Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pendedahan dari maklumat awam untuk kami teliti. (sila emailkan aduan terus kepada Albanjari Online di alamat email, albanjari_online@yahoo.com)

Adalah menjadi disiplin dan akhlak Bloggers PAS untuk tidak menyerang individu dalam mencapai matlamat politik. Namun sekiranya gangguan politik terus digunakan untuk menganggu kakitangan awam yang boleh menjejaskan prestasi kerja dan khidmat mereka terhadap rakyat, disiplin dan akhlak tersebut dikecualikan, biar wajah politik jahat yang terlindung selama ini terdedah dan diburaikan ke pengetahuan rakyat.

Sekali lagi Sekretariat Bloggers PAS Perak mengingatkan ahli politik UMNO agar jangan menggunakan kuasa politik untuk menganggu tugas kakitangan awam. Kuasa media adalah jauh lebih kuat dari kuasa politik. Kami akan menggunakan sepenuhnya kekuatan kuasa media bagi memperbetulkan kepincangan dan sebarang salah gunakuasa dan campurtangan di luar batasan.

Pihak kami akan terus memantau perkembangan ini dan akan bertindak jika sebarang gangguan dan campurtangan tidak dihentikan segera. Kami telah bersedia untuk melaksanakannya khususnya kepada seorang exco Perak yang cukup aktif melakukan kerja-kerja kotor lagi jahat ini. Kita memiliki banyak akses dari sumber dalaman UMNO sendiri yang benci dengan janji kosong serta sikap sombong beliau.

Albanjari
Presiden Sekretariat Bloggers PAS Perak.
2 Jamadilakhir/16 Mei 2010

TAHNIAH DAP MENANG!

Sah SPR telah mengumumkan DAP menang dengan majoriti 398 undi pada 11.00 malam tadi.

Jelas PR masih mempunyai harapan .Walaupun lebih kurang 20 menteri persekutuan turun berkempen termasuk Najib dan Big Mama,rakyat masih mahu bersama PR.

SMS dari Sibu DAP menang!

Kita mendapat maklumat dari teman-teman keputusan Prk Sibu DAP menang!Satu SMS Fadhil Idris,Setiausaha Kawasan kita menang majoriti tipis.

SMS daripada YB Khalil Idham Lim ,DAP menang majoriti 285 undi.Kita juga diberitahu BN meminta kiraan semula.

Mudah-mudahan jika tidak terdapat unsur tidak telus dalam pengiraan semula.Tetapi jika betul dikhabar dari Sibu Si Muhyidin sudah balik Semenanjung,peluang kita tetap cerah.!

Prk Sibu- Keputusan Pedalaman Kalah

SMS dari petugas kita Fadhil Idris memaklumkan keputusan Saluran 1 dan Saluran 2 di Pusat Mengundi SK TJ Penasu kita kalah.

Untuk Saluran 1. BN 220 Bebas 0 dan DAP 61.Sementara Saluran 2, BN 250 ,Bebas 0 dan DAP 59.

Setakat ini kita dimaklumkan PR masih ketinggalan.

Saturday, May 15, 2010

Prk sibu-Pengundi Naik Helikopter

Orang ramai menaiki bot ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Bekekap, Sibu untuk membuang undi, hari ini. Sebanyak 52,158 pengundi bakal memilih anggota Parlimen yang baru kawasan itu di 45 pusat pengundian dengan 110 saluran, iaitu di 39 sekolah, dua tadika, sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan dan pusat rekreasi awam. - Foto THE STAR Oleh ZULAZHAR SHEBLEE

Fadhil Idris Petugas Paka dari Bukit Gantang yang bertugas di SK Penasu ,Sibu menghantar SMS beliau melihat pengundi naik helikopter.Jadi sudah tentu kemudahan ini disediakan oleh pihak BN.Bagi Fadhil jika naik sampan atau bot tidak hairan itu sudah biasa.Tetapi jika naik helikopter itu timbul tanda tanya.

Pusat mengundi SK Penasu satu daerah mengundi mempunyai rumah panjang,keturunan Iban sebagai pengundi.Jika membaca apa yang diberi oleh Fadhil,pengundi Iban sudah mendapat habuan yang banyak.Ikut SMS Fadhil itu,Iban diumpan dengan duit!

Pemantapan Kerja Pilihanraya -Bukit Gantang Anjur Kursus


AJK Pas Bukit Gantang,Hj Abdullah Sani sedang tekun mengikuti kursus SSDP.

Pas Bukit Gantang dalam persiapan menghadapi Pilihraya Umum 13 telah menganjurkan kursus untuk Jentera Pilihanraya.

Jabatan Pilihanraya Pas Bukit Gantang telah menganjur kursus dan talimat Program SSDP.Program berlangsung di Markaz Tarbiyyah Pas Negeri Air Kuning.

30 peserta dilatih oleh Jurulatih Utama(JU) kawasan untuk petugas Unit Peti Undi dalam Parlimen Bukit Gantang.

Kursus ini diberi kepada Jentera UPU agar bersedia terhadap kerja-kerja bercorak teknikal.
Dengan kursus ini sistem dokumentasi maklumat dapat disimpan secara teratur dan diakses(capai)

APABILA BIG MAMA TONTON BADMINTON KITA KALAH

Kita diberitahu apabila big mama menonton perlawanan badminton Piala Thomas antara Malaysia dengan China kita kalah!InsyaAllah kalah!

Penyokong muda itu memberitahu kita apabila Big Mama berada dekat Sibu,Big Mama tidak sempat tonton perlawanan Malaysia-Denmark.Tegas penyokong muda itu Malaysia menang.

Tetapi kalau big mama pergi kempen dalam Prk BN boleh menang! Penyokong muda itu juga seorang pengundi di Perak.Jadi dia memberitahu BN mempunyai peluang cerah.Contohnya Prk Hulu Selangor.

Dia juga berhujah,Big Mama memang berkuasa!Tidak pernah berlaku sebarang pilihanraya kecil atau umum isteri Perdana Menteri turun kempen!

Justeru itu dia berpesan jangan bagi peluang Big Mama kempen pilihanraya atau tonton perlawanan penting sukan kerana dua-dua rakyat akan kalah.

Prk Sibu- Dua Petugas Bukit Gantang Jadi Polling Agent

Berita ringkas dari Sibu, dua aktivis Pas Bukit Gantang Sdr Fadhil Idris dan Sdr Basheer Ahmad telah diberi tugas sebagai PAKA untuk Calon Dap di Sibu.

Sdr Fadhil bersama wakil DAP akan bertugas di SK TJ Penasu.Fadhil Idris dan rakan setugas daripada DAP tidak dapat menginap di rumah panjang kerana dihasut oleh pemimpin BN.Jadi mereka terpaksa bergerak awal pagi dari markaz Pas Kg Hilir Dun Nangka.

Sementara itu Basher Ahmad bertugas di Sg Pasai.Mengikut SMS daripada Fadhil Idris orang Iban sudah diumpan oleh BN dengan duit.Namun kita berharap hati mereka berubah sewaktu memangkah esok.

Selamat bertugas, Fadhil Idris dan Basheer Ahmad.Semoga ada harapan esok !

Rupanya Kerajaan Takut Dengan Kongsi Gelap-lulus judi!

Jika kita membaca berita melalui laman malaysiakini ,kita baru tahu negara Malaysia masih mempunyai kongsi gelap.Ikut Abdul Rahman Dahlan,lesen judi diberi pada syarikat agar duit judi haram tidak diboloti kongsi gelap.

Jelas bagi kita MP Kota Belud ini memperlekehkan polis yang tidak dapat membendung kegiatan haram kumpulan kongsi gelap.Sendikit jenayah bercambah sejak Najib menjadi PM.

Kita baca pendapat MP Kota Belud dalam malaysiakini:
Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.

Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.

“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.


“Kenapa mes

ti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."


Menurut pemimpin Umno itu yang dihubungi Malaysiakini, dengan pemberian lessen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan.


Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara.


“Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' katanya.

Rahman

berkata meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam.


Katanya, pihak pembangkang sengaja mengeksploitasikan isu berkenaan bagi kepentingan politik mereka.


“Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,” katanya.


11 Mei lalu, Kementeri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan keputusan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak Piala Dunia bermula pada 11 Jun ini.


Sejak pengumuman itu dibuat, pelbagai pihak termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, pertubuhan agama dan juga orang perseorangan membidas tindakan kerajaan itu.

Friday, May 14, 2010

Kalau Ahli UMNO pemikiran tetap perkauman. -Cikgu ambil tindakan dianggap perkauman!

Kita diberitahu seorang teman yang masih mengajar.Beliau dituduh perkauman kerana mengambil tindakan ke atas seorang pelajar yang menumbuk rakan kelas lain.

Teman itu menjelaskan sewaktu soalsiasat beliau kelihatan garang dan kelihatan hanya mengambil tindakan ke atas pelajar Melayu sahaja. Jadi ibu pelajar itu tidak berpuashati.Ibu itu meminta diambil tindakan ke atas pelajar Cina juga.

Rakan guru itu jelas terkilan.Lalu kita menerangkan tugas kita sebagai guru disiplin sekolah pelbagai kaum sememangnya sering difitnah dan ditohmah .Kita akan dianggap perkauman jika kita menghukum pelajar keturunan lain.Sewaktu kita menjadi Ketua Guru Disiplin semasa bertugas dulupun ,surat layang dihantar kepada JPN ,PPD dan Pengetua.

Surat layang itu tidak memberi bekas kepada Pengetua.Pengetua Bukan Melayu ini lebih cermat dan teliti.Mereka lebih mementingkan kualiti kerja.Tetapi semasa berkhidmat dengan Pengetua Melayu yang otaknya UMNO,kita selalu ditekan dan dipantau .Akhirnya ditukar ke sekolah Cina!

Berbalik kepada kes komplen penjaga Melayu itu,kita kenal beliau Ahli UMNO,emaknya Timbalan Ketua dan datuknya bekas wakil rakyat .Jadi kalau ahli UMNO ini sememangnya otak perkauman.


Thursday, May 13, 2010

16 Mei Bersama Nizar di DUN Trong!



DS Nizar dan Datin Fatimah akan bersama rakyat Dun Trong pada 16 Mei sempena Hari Guru dan Hari Ibu.
Program turut diserikan dengan konsert Azhan Atan.Program bermula 9.15 malam bertempat di Markaz Batu Hampar,Dun Trong.

UMNO Gelabah -Ceramah Nizar 14 Mei

Sik La Pulak.. Jemput Ramai2 Malam Nie..

Prk-Sibu- Ziarah Pusara Rosli Dolby

Sibu-14 Mei

Pada pagi ini YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar bersama pimpinan Bukit Gantang akan bersama Pimpinan Pas Malaysia akan ziarah pusara Allahyarham Rosli Dolby.Allahyarham Rosli Dolby seorang pejuang kemerdekaan Sarawak semasa penjajahan Inggeris.

Rosli Dolby terus berjuang walaupun nyawanya galang ganti untuk mempertahankan Sarawak.Pimpinan Pas dijangka bertahlil untuk Allahyarham Rosli Dolby.

Selepas Jumaat pula YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar dan Setiausaha Bukit Gantang Fadhil Idris bersama calon untuk berkempen.

Selamat Hari Guru Tetapi Bukan Guru Skrip Saiful!

Kita ingin mengucapkan Selamat Hari Guru.Selamat Hari Guru untuk guru yang berani menegakkan keadilan dan menolak kebatilan!Tahniah kerana masih terdapat guru yang berani.
Namun begitu kita jangan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Guru Skrip Saiful .Guru skrip Saiful yang semakin pening kepala.

Dulu ,kini dan selama-lamanya skrip Saiful akan bertukar.Kita lihat skrip Saiful berbeza dalam mahkamah ,dalam wawancara bersama Malaysiakini berbeza.
Skrip Saiful akhirnya nanti menjelaskan teori konspirasi Pimpinan Malaysia!

Selepas Saiful selesai membaca laporan Malaysiakini yang agak panjang itu, Karpal bertanya: Adakah laporan itu betul?

Saiful menjawap: “Ada kesilapan bila saya kata ini kali pertama saya diliwat. I silap interpret soalan.."

Berikut transkrip wawancara Malaysiakini dengan Saiful.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Karpal kemudiannya terus mengasak Saiful.

Karpal: Adakah bahagian lain artikel itu betul?

Saiful: Jangan ugut saya.

Karpal: Yang lain benar? Mengapa awak begitu takut?

Saiful: Saya tidak boleh mengesahkan ia betul. Saya tidak boleh mengesahkan artikel itu 100 peratus betul.Berikut beberapa sedutan perbicaraan selepas itu.

Karpal: Awak mandi pada Jun 26?

Saiful: Saya mandi pagi.

Karpal: Ada awak mandi serta cuci 'anus' selepas kejadian?

Saiful: Saya bilas.

Karpal: Kenapa tak cuci?

Saiful: Saya mahu simpan bukti.

Karpal: Kenapa tak buat laporan polis masa 26 haribulan?

Saiful: Tidak.

Karpal: 27 haribulan, kenapa tak 'lodge report'?

Saiful: Saya takut ia akan 'affect' masa depan saya.

Wednesday, May 12, 2010

13 Mei Ipoh!-Umur 8 tahun

Tragedi 13 Mei 1969 ,kita semasa itu berumur 8 tahun bersekolah di SK Kg Pasir Puteh.Tinggal dekat Pekan Cendawan.

Lokasi tempat tinggal majoriti Cina.Yang kita tahu tak sekolah pada hari itu!Kita tak mendengar Melayu atau Cina dibunuh atau terbunuh.

Kita nampak askar semuanya Melayu.Kita sekeluarga dan jiran-jiran Melayu sekitar 10 keluarga tidak berasa takut dengan sasana itu.Kaum Cina yang majoriti pun tidak mencari orang Melayu untuk dibunuh.

Yang kami tau, pimpinan UMNO yang menghasut orang Melayu membenci kaum lain.Kita dari dulu lagi sudah biasa dengan kehidupan pelbagai kaum! Dengan DAP pun kita sudah biasa,mereka bukan komunis seperti yang dituduh UMNO.

Kita sejak boleh mengundi tidak pernah mengundi BN.UMNO jauh sekali sebab dekat Ipoh mana UMNO boleh letak calon!Kita pernah undi DAP,kini kita mengundi PAS di Bukit Gantang.

Ipoh,atau Pasir Puteh tempat kita dibesarkan sampai sekarang membangun,walaupun pengundi pilih DAP sebagai wakilnya.Apabila kita duduk Bukit Gantang,Dun Trong contohnya dari 1990 kita di sini,macam itu juga.

Tapi kita kasihan orang Melayu Trong,ditipu bulat -bulat oleh YB Rosli Husin.Pekan Trong pun tidak boleh dibangunkan!

Kutbah Jumaat ini sila bayar cukai dan makan gula! Haram?

Kita mendengar khabar Jumaat ini Kutbah yang akan disampaikan oleh Tok Khatib meminta kita membayar cukai.Masyarakat sibuk menentang kelulusan satu lagi lesen judi kepada kumpulan Berjaya.Masjid kita dikhabarkan suruh jangan makan gula lebih nanti kencing manis!

Haram tidak membayar cukai kepada kerajaan BN?Di samping itu juga intipati Kutbah Jumaat ini tidak boleh menyentuh isu judi.Isu judi Bolasepak Piala Dunia bulan Jun ini jangan dihina!

Maaf saya mendengar khabar,pihak berkuasa jangan melenting pula.!Kita pun tidak mendengar Tok Mufti Harus tidak menelefon Najib .Kita tidak mendengar pun dari teman -teman Tok Khatib isu kutbah minggu ini marah dengan kerajaan dengan satu lagi dosa besar kelulusan kerajaan BN.

Teman Tok Khatib juga menjelaskan mereka juga keliru dengan APCO,sebab kerajaan Zambry Mahkamah ,tidak memanggil mereka berkaitan peranan syarikat yahudi menasihat kerajaan.

Kita berharap Masjid kita esok,tetap Tok Khatib nyatakan yang haram tetap haram,Bersekongkol dengan kerajaan lulus lesen judi ,kita sama-sama berdosa besar.Aibkan DS Anwar ,Allah s.w.t aibkan mereka di akhirat nanti.

Beranikah masjid kita!Tunggu esok.

Tip Dari Tok Guru-Khasiat Bunga Cengkih


Tuan Guru sewaktu ziarah Sdr Lutfi Othman ,Ketua Pengarang Harakah memberi tips. Antara tips yang disebut oleh Tuan Guru ialah amalan memakan bunga cengkih sebagai amalan kesihatan untuk menjaga jantung . Ilmu ini beliau perolehi dari Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh . Sementara bawang putih pula baik untuk mencair dan melancarkan perjalanan darah .(sumber)
Antara amalan yang diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh daripada umur 17 tahun lagi hingga sekarang yang hampir mencecah umur 90 tahun ialah makan bunga cengkih.(sumber)

Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :

1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang

2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan

3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia

4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama

5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan

Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari

Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya

Prk Sibu:Nizar Santuni Masyarakat Sibu.

oleh Ustaz Misbahul Munir

Suasana kempen di Sibu semakin rancak dan panas, ceramah-ceramah PR benar-benar kepada sasaran yang sebenar. Tempat-tempat awam seperti gerai-gerai menjadi tumpuan kempen PR.

Malam tadi, YB Hj Nizar, Ustaz Misbah, YB Senator Mumtaz Nawi, beberapa pimpinan Angkatan Muda Keadilan berceramah di gerai Idaman cafe.

Salah seorang pengusaha gerai dengan berani membenarkan PR berceramah di ruang gerainya walaupun diugut dan ditakut-takutkan oleh petugas BN sehari dua sebelum program berjalan.Keberanian dan semangatnya mengatasi
segala ugutan dan ancaman BN.

BN juga menganjurkan ceramah yang sama di
gerai bertentangan, tapi dibantah oleh Pasukan
Pemantau SPR kerana tidak ada permit.
Akhirnya BN tidak berjaya berceramah di situ.

Para pengunjung menunggu ceramah sehingga selesai, tidak ada yang berganjak. Ini menunjukkan mereka berminat mendengar ceramah PR yang sebelum ini mereka jarang mendengar ceramah-ceramah seumpama ini.

Menariknya semua petugas dan penyokong BN
yang berkumpul sejak awal lagi tidak berganjak, mereka turut mendengar ceramah dari PR.

Selepas ceramah kami bersalam-salaman dengan
para pengunjung yang rata-rata berpuas hati
dengan penerangan kami dalam menjawab semua tohmahan dan fitnah BN. Mereka memberi isyarat bagus sebagai tanda sokongan kepada PR.

Kami turut bersalam-salaman dengan para petugas dan penyokong BN.

Sebelah petang, YB Hj Nizar sempat menyaksikan pertandingan Futsal dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dalam ucapan ringkas, YB Hj Nizar sempat
berpesan dan merayu para pemain supaya
mengingatkan ahli keluarga untuk mengundi calon DAP dalam PRK nanti.