Thursday, September 3, 2009

Bila DS Nizar Tazkirah Ramadhan-Mulakan Perubahan

DS Nizar menyelami perasaan penjaja/peniaga pasar minggu Changkat Jering.

Masih menulis berkaitan tazkirah DS Nizar ,pada minggu 31 Ogos 2009.DS Nizar sering melontar idea dan soalan untuk pendengar tazkirah mencari jawapanya.Jawapan perlu dicari melalui pembacaan atau kepada Tok Mufti.

DS Nizar mengemukakan soalan apa hukumnya menurut pandangan Islam terhadap perampasan kuasa rakyat di Perak? Zalim dan Hishamuddin menipu semasa menjawab soalan beliau di Parlimen.

Beliau mengemukakan lagi apa hukumnya Akta I.S.A?Tangkap tanpa bicara.

DS meminta Tok Mufti atau tuan-tuan guru memberi jawapan berdasarkan kajian dan nas,bukan berdasarkan politik kebangsan.

DS tidak mementingkan diri,apabila bercakap,beliau menyatakan kita membantu semua rakyat.Setakat ini beliau melalui pusat khidmat telah meringankan masalah rakyat,masyarakat berbilang kaum menerima layanan sama rata apabila berurusan dengan pusat khidmat.

Dahulu,semasa menjadi jurutera perunding,mempunyai pendapatan lumayan ,difahamkan RM 40,000 sebulan. Apabila DS menjawat jawatan Menteri Besar sekitar 15-20 ribu ringgit.Bagi kita DS Nizar tidak gila kuasa,beliau mempertahankan hak rakyat berdasarkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan .

Setelah terpilih sebagai ahli parlimen Bukit Gantang,beliau sedih kerana Parlimen Bukit Gantang masih mempunyai penduduk miskin semua kaum.Kebanyakan Ahli Parlimen dahulunya berjawatan Timbalan Menteri.

Bukit Gantang ,hanya mengharapkan DS Nizar untuk melihat kawasan,dengan jumlah penduduk hampir 100 ribu orang.YB Tai Sing Ng senyap seribu bahasa,sementara Osman Jailu hanya membantu mengikut kroni dan kepentingan.Peruntukan Ahli Parlimen dirampas Ketua Umno Bahagian.

Namun perjuagan tetap diteruskan DS Nizar,beliau mempunyai pasukan PAS Kawasan dan pegawai beliau.

No comments:

Post a Comment