Friday, September 4, 2009

DS Nizar: Teong Beng Hock 10 jam Ong Tee Keat 1 jam

Dalam tazkirah DS Nizar baru-baru ini beliau mempersoalkan masa siasatan untuk Mendiang Teoh Beng Hock ,mengambil masa 10 jam.Kes hanya bernilai RM 2,400 isu bendera,sambut kemerdekaan,Teoh Beng Hock akhirnya ditemui mati.Siasatan belumbermula lagi , telah dituduh bunuh diri.

Bagi Ong Tee Keat disiasat dalam masa pendek, dua kali hari berlainan ,dengan jumlah jam hanya 4 jam sahaja.Ong Tee Keat disoalsiasat pada waktu siang.Jumlah nilai 10 juta ringgit.

Isunya PKFZ bernilai 1.4 juta bilion menjadi 12 bilion ringgit,semuanya wang rakyat."Tiong King Sing menerangkan ,berapa juta ringgit beliau bagi,dengan tarikh dan tempat"tegas Hj Nizar

Sementara itu Pembantu kepada Ong, yang juga presiden MCA, mengesahkan menteri berkenaan berada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selama sejam.

Semalam, SPRM memanggil Ong untuk kali pertama dan menemubualnya selama tiga jam berhubung skandal PKFZ dan dakwaan beliau menerima RM10 juta daripada kontraktor projek siap guna itu.

Ong telah menafikan menerima RM10 juta daripada ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd Datuk Seri Tiong King Sing tahun lepas, dan telah membuat laporan polis serta memfailkan saman RM500 juta terhadap Tiong.

Tiong mendakwa beliau memberikan duit itu kepada Ong tahun lepas untuk kegiatan MCA.

Sebelum ini, tiga pegawai MCA, termasuk bendahari parti Tan Sri Tee Hock Seng, disoal siasat SPRM berhubung dakwaan pemberian wang itu.

SPRM menjalankan siasatan terhadap projek PKFZ selepas kos pembangunannya meningkat dari RM2.6 bilion kepada RM4.5 bilion dan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng (LPK) membuat laporan polis berhubung penyelewengan bayaran antara RM500 juta dan RM1 bilion.

No comments:

Post a Comment