Friday, September 4, 2009

Apa kata DS Nizar: Pesan supaya penduduk Bukit Gantang berubah.

Kelmarin ,4 September DS Nizar bertemu rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang.Bermula dengan berbuka puasa di Markaz Pas Larut Tin ,selepas Maghrib ,Tazkirah Maghrib.

Tiba waktu Isyak bergerak ke Surau Taman Simpang Bakti untuk bersolat Isyak.Ketibaan agak lewat ,penduduk menunggu DS Nizar untuk mengimamkan mereka.Setelah selesai,DS Nizar menyampaikan tazkirah.

DS Nizar menyampaikan tazkirah lebih kurang dua puluh minit,beliau bergerak pula ke Masjid Pekan Bukit Gantang untuk menyampaikan tazkirah .Para penduduk menunggu dengan penuh minat.

Berikut intipati tazkirah yang dicantum menjadi satu bahan renungan.

Mengulas lima perkara yang diturun dari langit.Pertama air hujan,kedua cahaya matahari ketiga cahaya bulan,keempat oksigen dan kelima ayat Al Quran.

AlQuran diturun untuk manusia supaya kita berubah menjadi baik,menerima segala perintah seperti berpuasa,bersolat dan menutup aurat.Lantas beliau mengajak kita berubah,meninggalkan segala penipuan.

Antara penipuan itu,penghapusan tulisan jawi,kini kebanyakan anak muda tidak boleh membaca jawi.Apabila buta tulisan jawi,Al Quran puin mereka tidak tahu,akhirnya mereka tidak berminat dengan Islam."Itulah yang Umno mahu"ujar Hj Nizar.

Penipuaan kedua ,Rosmah Mansor,tidak menutup aurat.Pemimpin ini pun tidak kasihan sama isterinya ,mana mungkin Najib 1 Malaysia Islam sayang kepada rakyat.Beliau menyaran pemimpin yang dayus ini ditolak,Kita jangan lagi menyokong mereka.

Berkaitan dengan DS Nizar dituduh derhaka kerana memberi geran tanah kepada rakyat.Beliau menjelaskan hak milik kekal atau selama-lamanya itu diberikan kepada mereka yang berhak.Kerajaan negeri mendapat hasil cukai,yang dulunya tiada hasil pendapatan pun.

Contoh untuk 47,000 keluarga Cina diberi geran hak milik kekal ,mereka sudah duduk di kampung baru 40-50 tahun lebih.Untuk kampung tersusun 120,000 diberi hak milik kekal,majoriti Melayu. Sebagai pemimpin beliau merujuk tuan-tuan guru seperti Ustaz Ahmad Awang,Ustaz Suid Din dan Ustaz Abu Bakar Husein sebelum mengambil tindakan.Islam mengajar kita berlaku adil kepada semua.

"Saya meluluskan tanah kepada Pak Teh,45 ekar,untuk pondok"tegas Hj Nizar lagi.

No comments:

Post a Comment