Tuesday, November 3, 2009

Kes Ketua Kampung Kerajaan Sah Nizar Tangguh lagi!


Tiga orang Peguam Pemohon dari Chan & Associates

Peguam responden, penasihat undang-undang negeri Perak menyatakan bahawa Menteri Besar Perak (Dato' Zambry Abdul Kadir) didalam keadaan dan ketika mana juapun boleh menamatkan perkhidmatan mana-mana Ketua Kampung jika didapati tidak sesuai atau tidak layak memegang jawatan.

Menjawap kepada kenyataan tersebut, Peguam bagi pihak pemohon,berkata , alasan-alasan yang dikemukakan oleh peguam responden bagi menyokong penamatan perkhidmatan 817 orang Ketua kampung secara serentak dan tiba-tiba adalah berunsur spekulasi , tidak masuk akal dan merupakan suatu penyalahgunaan kuasa politik yang teruk sekali.

YB Hj Mohd Zainuddin Yusof turut hadir sama memberi semangat

"Keputusan responden menamatkan perkhidmatan Ketua Kampung memang keseluruhan berunsur politik sahaja.Mereka (817 Ketua Kampung) sepatutnya diberikan hak untuk membela diri," hujah peguam pihak pemohon.

Pihak pemohon juga menafikan kepada mahkamah bahawa pihak responden telah menyampaikan taklimat berkenaan Penamatan Perkhidmatan Ketua Kampung sebagaimana yang dinyatakan melalui perenggan 15 Afidavit Jawapan Responden.

Pihak pemohon menyangkal dakwaan perlantikan 817 Ketua Kampung tersebut sebagai lantikan politik sebagaimana lazimnya dilakukan oleh pihak Umno sebelum ini.Sebaliknya, mereka telah dipilih oleh orang ramai dikawasan masing-masing.Perlantikan mereka sah untuk selama dua tahun sebagaimana tercatit dalam watikah yang diberikan kepada mereka.

Mohd Ridzuan bin Asit,menuntut bagi pihak diri
sendiri dan mewakili Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak

Pihak Pemohon, Mohd Ridzuan bin Asit, menuntut bagi pihak diri sendiri dan sebagai wakil kesemua Ketua Kampung yang dilantik oleh YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar.Sementara pihak responden ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pentadbiran) Negeri Perak, Dato' Mohd Jamal bin Mahussin.

Perbicaraan ditangguhkan pada jam satu tengahari dan akan disambung semula pada 1 Disember 2009.

sumber blog-alhusseyn/Ketua Kampung-Cikgu Ali.

No comments:

Post a Comment