Tuesday, November 17, 2009

PR boleh menang di Bukit Gantang jika calon ditukar!

Banyak orang bertanya bolehkan PR menang di Bukit Gantang.Kita hanya menjawab ,kita jikalau hendak menang ,calon PR rakyat perlu ditukar kepada calon pilihan rakyat .

Wakil kita di Kuala Sapetang mungkin hanya mendapat sokongan bukan Melayu,tetapi tidak orang Melayu. YB Tai Sing Ng hanya memberi tumpuan pengundi Cina,Pusat Khidmat pun di Pekan Kuala Sapetang.Masyarakat Melayu tidak nampakpun kelibat YB Tai di Kampung mereka.

Cuba bayangkan bantuan untuk tambang pengangkutan rakyat untuk pergi daftar masuk universiti pun tidak mampu diberi.Rakyat bukan mahu banyak,cukup tanda simpati atau cukup untuk empati."Maaf kami tak ada peruntukan"kata kerani YB Tai.

Kekerapan DS Nizar jumpa penduduk lebih banyak daripada YB Tai Sing Ng.DS Nizar jumpa rakyat,apabila datang berjumpa semua kaum.Jikalau minggu lalu masyarakat Melayu,minggu akan datang 29 November bertemu masyarakat Cina.

DS Nizar perlu bertemu penduduk di tiga DUN ,jumlah pengundi hampir 56 ribu orang.Kerusi Dun Changkat Jering perlu diberi kepada PAS semula,itupun jika kita hendak memerintah Perak.Namun begitu jika kita hanya hendak jadi pembangkang ,biar PKR bertanding,dan pengundi akan menghukum kita ,dengan tidak memberi undi kepada kita.

Sampai sekarang Changkat Jering tidak mempunyai Pusat Khidmat,wakil khas PKR yang ingin membantu rakyat di Changkat Jering pun kita tidak tahu.Justeru itu Pusat Khidmat Nizar yang dicari rakyat.

Untuk Dun Trong,calon rakyat perlu dicari.Itupun jika hendak menjadi kerajaan.Trong cukup sensitif,silap percaturan Dato' Rosli Husein menang bergaya.

Bagi kita calon pakatan rakyat perlu "Merakyatkan Diri",

No comments:

Post a Comment