Tuesday, November 17, 2009

Santai:DS Nizar perlu mempunyai penasihat yang baik.

Sebentar tadi penulis pergi melawat seorang pemohon Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Pemohon seorang wanita yang suaminya berpendapatan rendah memohon sumbangan Ahli Parlimen untuk memasukkan bekalan eletrik ke rumah beliau.

Penulis pergi untuk menyiasat dan memberi pandangan kepada pengadu.Penulis menjelaskan Bukit Gantang satu parlimen yang mempunyai orang miskin.Kita akan membantu mengikut kemampuan Ahli Parlimen.

Penulis menjelaskan peruntukan Ahli Parlimen dirampas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.Kita akan menyalur bantuan yang dipohon kepada agensi kerajaan seperti JKM ,Baitulmal dan JPS.

Namun begitu kita akan membantu rakyat.Untuk kes pengadu,penulis mencadangkan supaya dibuat pendawaian dahulu,kemudian kita akan memberi bantuan untuk pembayaran yang tidak mencukupi.Kita tidak akan beri wang tunai untuk membiayai permohonan ,kerana terdapat kes apabila diberi wang tunai,wang habis digunakan kemudahan yang dimohon seperti bekalan elektrik langsung tidak dibuat.Akhirnya mereka setiap bulan memohon bantuan kewangan.

Kebiasaannya kita memberi pancing untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan.Program ini telah dibuat lagi semasa Allahyarham Hj Roslan Shaharum masih hidup lagi.Kita juga menolong rakyat,selalunya projek melibatkan rakyat terbanyak permohonan pasti diluluskan.

Sekarang musim durian di kawasan Parlimen Bukit Gantang.Setelah pergi untuk menyiasat permohonan rakyat di Kg Larut Ulu,Air Kuning, penulis dipelawa makan durian "durian bukit Air Kuning".

Ramai yang kenal penulis,jadi setakat sebiji dua ,mereka yang kenal pasti menjamu durian.Bertambah pula jikalau kita bersama DS Nizar ,lagi banyak durian yang dijamu.

Sambil makan durian ,penulis ditanya banyak perkara.Dari bubar Dun Perak,kerusi Changkat Jering patut PAS yang bertanding sehingga pergerakan DS Nizar dibincangkan.

Apa yang menyentuh perasaan mereka menyatakan DS Nizar perlu mempunyai pasukan penasihat yang baik."DS Nizar perlu mempunyai penasihat yang baik"kata Jailani seorang penduduk yang menjamu penulis dengan durian bukit.

"Nizar perlu mengikut watak Tok Guru Nik Aziz,"kata Zaini seorang penduduk Kg Air Kuning.

"Cikgu kita naik bukit minggu depan,cari perbezaan UMNO dan PAS"kata Jailani.

"InsyaAllah sebelum saya bercuti"kata penulis lagi.

No comments:

Post a Comment