Monday, November 9, 2009

"Jangan Anggap Pejabat Speaker Pejabat Pos", Kata Teng Kepada AMK


SHAH ALAM, -- Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim Isnin menegur tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

"Saya tersinggung...ini satu tindakan tidak sopan...mereka boleh serah memo tetapi jangan anggap pejabat speaker pejabat pos... pejabat speaker harus dielakkan daripada terlibat di dalam gerakan politik sedemikian," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Teng berkata pada sebelah pagi, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad telah bersetuju menerima memorandum bantahan daripada AMK tetapi AMK bertegas mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum itu kepada Badrul Hisham.

"Saya minta AMK ambil kembali (memo) itu daripada pejabat saya. Saya tidak akan serahkan kepada Badrul," tegasnya.

Teng yang jelas kecewa dengan perkara itu berharap AMK dan mana-mana parti politik lain tidak mengulangi tindakan sedemikian.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment