Monday, November 9, 2009

Sidang Parlimen 10 November-Soalan Soalan MP Pas Jawab Lisan

6. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) bilangan saman yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan yang memandu dengan kelajuan perlahan dari Januari 2008 hingga Jun 2009 ; dan
(b) adakah Kerajaan sudah menjalankan kajian peningkatan kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu yang memandu dengan kelajuan perlahan.

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan punca kekurangan gula di pasaran. Nyatakan senarai pengeluar gula berlesen, jumlah subsidi dan jumlah kes penyeludupan dan penyorokan gula dan apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran.

Soalan No. 16 - Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Skim Pembiayaan Kesihatan akan dilaksanakan setelah kajian dilakukan sejak tahun 1985.

Soalan No. 18 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah hukuman rotan akan diperkenalkan semula sebagai salah satu cara mengurangkan masalah disiplin pelajar.

Soalan No. 28 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria yang diperlukan oleh Kerajaan dalam penganugerahan lesen pengendalian takaful.

Soalan No. 31 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah konkrit bagi mengatasi kejatuhan ranking dalam 'global competitiveness', ke tangga 24 yang dianjurkan dan dilaporkan oleh 'World Economic Forum' (2009) khususnya yang disebabkan oleh masalah 'institutional framework'.

Soalan No. 35 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang dimaksudkan dan dikategorikan sebagai dokumen OSA dan tujuan ianya dikategorikan di dalam dokumen OSA berkenaan.

Soalan No. 37 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan wakil-wakil Kementerian dalam syarikat-syarikat Kerajaan dapat berfungsi dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment