Wednesday, November 4, 2009

Rakyat Tuntut Bonus kena Lulus Pendidikan Moral

Salah dari segi moral minta bonus - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

“Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Cuepacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan," katanya. - Bernama

Kita pun hairan tukang kempen UMNO di sini,Bukit Gantang menyatakan ekonomi kita kukuh dan berdaya saing.Tetapi apabila menuntut bonus,kita pula tidak lulus moral.Satu Malaysia tahu Najib tak pandai urus Malaysia.KPI Najib E.

1 comment:

  1. bila najib jadi pm saya dengar ekonomi meningkat dan pulih...tp semalam saya dengar najib antaltuya cakap negara sedang mehadapi kelembapan ekonomi..hari tu tunjuk hero sangat bila org tekan minta bonus baru nak ckp ekonomi lembab la..najib pembohong NO 1MALAYSIA.....

    ReplyDelete