Saturday, November 7, 2009

Nizar News:Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hassan masuk PAS?

Dua Doktor yang menyentak peserta seminar,Dr Abu Hassan dan Dr Aziz Bari bersama Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pas, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS

Buat pertama kali dua tokoh akademik Dr Abu Hassan dan Dr Aziz Bari telah memasuki Dewan Besar Markaz Tarbiah Pas ,Taman Melewar.

Kedua-dua tokoh akademik itu mengemukakan hujah menyatakan jikalau Pas mahu diterima ramai,Pas perlu berubah ke arah yang lebih baik.

Hujah-hujah yang dikemukakan dua doktor itu,khususnya Dr Aziz Bari menimbulkan kritikan peserta seminar memperkasakan parti Pas itu.Namun akhirnya bersetuju dengan lima resolusi utama.

Bagi kita ,baik Dr Abu Hassan dan Dr Aziz Bari ataupun peserta kesemuanya mahukan tambah nilai untuk PAS.

Bagi kita kedua-dua doktor itu mahukan PAS sebagai teras Pakatan Rakyat.Justeru itu Dr Aziz Bari menyatakan perlunya kita melihat perlembagaan persekutuan.

Jawapan Tuan Guru semasa menggulung perbahasan,Tuan Guru mahu kita mempunyai hubungan yang baik dengan DYMM Raja,Pegawai Kerajaan,Rakyat Bukan Islam,Masyarakat Melayu.

Penulis melihat PAS sememangnya matang dalam berpoliltik.Kesemua kita tidak mahu Pas tertinggal dalam arus politik perdana.

No comments:

Post a Comment