Sunday, November 15, 2009

Sidang Parlimen 16 November-Soalan-soalan Jawapan Lisan MP PAS

2. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan bersetuju melaksanakan pembinaan hospital baru Kuala Krai secara 'build-operate-transfer' oleh syarikat swasta bagi menyegerakan penyiapannya dalam tempoh RMK-

8. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah tindakan tegas tidak diambil ke atas dua ahli akademik UiTM yang dikesani terlibat dalam kesalahan plagiarisme atau memplagiat penerbitan buku panduan untuk pelajar universiti tersebut.

12. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab Kerajaan hanya memberikan diskaun 20 peratus kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan Smart Tag dan Touch N Go dan jumlah transaksinya melebihi 80 kali sebulan

Soalan No. 14 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak bilakah Jabatan Kastam Kelantan digunakan untuk tujuan taksiran dan kutipan cukai bagi pengeluaran gas dan minyak di kawasan Joint Development Area (JDA) melibatkan Malaysia - Thailand dan Malaysia - Vietnam Commercial Area Agreement (CAA) dan kenapakah sebelum ini Jabatan Kastam Terengganu digunakan sedangkan Kota Bharu adalah lebih dekat bagi kawasan-kawasan itu.

Soalan No. 26 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perancangan Kementerian dalam meneruskan projek pembesaran Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.

Soalan No. 28 - Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) statistik kadar jenayah tahun 2009 berbanding tahun 2008; dan
(b) sejauh manakah pasukan keselamatan berjaya mengatasi masalah jenayah yang berleluasa.

Soalan No. 29 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jambatan Sultan Yahya Kedua akan siap dan adakah jambatan itu kini dipendekkan

No comments:

Post a Comment