Tuesday, November 17, 2009

DS Nizar minta Menteri Pertahanan jelaskan kenapa jumpa Menteri Pertahanan Israel.

Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mekanisme perlindungan untuk institusi kewangan Islam tempatan apabila bank Islam mega diwujudkan oleh Kerajaan.

Soalan No.23 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dalam membentuk suasana dan pendekatan menyeru rakyat memahami prinsip Islam dan pelbagai agama yang lain.

Soalan No. 29 - Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan helikopter jenis Nuri yang digunakan oleh TUDM bagi tempoh 2006 hingga 2009.

Soalan No. 30 - Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-
(a) pengesahan YB Menteri mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan Israel dan bila, di mana, berapa lama dan kenapa; dan
(b) apakah perkara yang dibincangkan dan adakah mendapat restu Kabinet Malaysia untuk pertemuan tersebut.

No comments:

Post a Comment