Tuesday, November 10, 2009

Dewan Rakyat 11 November-Soalan DS Nizar Untuk Jawab Lisan

8. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) adakah benar kontraktor-kontraktor perkhidmatan bangunan Kerajaan diwajibkan dan dikehendaki menghantar semua pekerja mereka menghadiri kursus kemahiran di NIOSH untuk melayakkan mereka terlibat dalam tender tersebut; dan
(b) jika benar kenapa peraturan ini diwajibkan dan berapakah yuran menghadiri kursus dikenakan bagi setiap pekerja, bagi memperoleh sijil kehadiran.


Soalan No. 14 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah KPI Kementerian di dalam menangani masalah sampah pepejal dan apakah Kementerian bercadang untuk menggubal apa-apa akta baru bagi menangani masalah pelupusan sampah pepejal yang semakin meruncing di kawasan-kawasan bandar.

Soalan No. 27 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil terhadap umat Islam yang terlibat di dalam perjudian lumba kuda dari 2004-2008 di negeri Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Soalan No. 28 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan Keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikan yang dibuat DBKL untuk memenuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

Soalan No. 38 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak dan judi di dalam negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment