Tuesday, November 3, 2009

Bukit Gantang Dipuji Tuan Guru Haji Hadi "Menang Piliharaya Kecil"

YDP Pas Bukit Gantang turut hadir mendengar amanat Tok Guru Haji Hadi
Pimpinan Kawasan sedang mendengar nasihat Dato'Presisen TG Haji Hadi
TG Haji Hadi sedang mencatat pertanyaan pimpinan kawasan Negeri Perak


Taiping,3 November-

Bukit Gantang dipuji oleh Tuan Guru kerana berjaya memenangkan DS Nizar dalam pilihanraya kecil.TG Hj Hadi menyatakan cawangan yang banyak perlu untuk kita memenangi pilihanraya.TG Hj Hadi menjelaskan Bukit Gantang mempunyai cawangan setiap UPU.Sementara Bagan Pinang hanya dua cawangan PAS ,keahlian 100 orang berbanding 4000 orang ahli UMNO di Bagan Pinang.

TG Haji Hadi Awang dalam kunjungan kerja ke negeri-negeri untuk melihat perkembangan Pas peringkat negeri.TG Hj Hadi ,menerangkan lawatan kerja perlu dibuat pada hari kerja,kerana untuk menunggu hari cuti atau minggu memakan masa yang lama bertemu pimpinan negeri.TG Haji Hadi Awang menyampaikan pesanan dan nasihat kepada pimpinan negeri dan kawasan di Markaz Tarbiyyah Pas Negeri Perak ,Air Kuning, Taiping.

Tidak timbul kerajaan "UG".Menurut Tuan Guru Haji Hadi,Umno seperti kapal rosak,kapal retak menanti untuk karam.Beliau menjelaskan mengapa perlu membawa anak buah ke kapal atau bahtera yang hendak karam."Umno kapal yang nak karam"kata Hj Hadi.

TG Haji Hadi menyatakan kerja Islam sepanjang masa,setiap halangan dan cabaran mendapat ganjaran pahala jikalau kita bersabar."Dalam demokrasi yang kita sertai musuh perlu didekati ,apabila mereka mendengar penerangan kita pemikiran mereka akan berubah."kata Hj Hadi.

"Parti kita semakin berjaya"tegas TG Haji Hadi."Sokongan rakyat semakin menaik"kata Hj Hadi lagi.

Disamping itu TG Haji Hadi berharap kawasan-kawasan meningkat kerja pendaftaran pemilih .Beliau tidak mahu kita sibuk dengan mendengar ceramah,anak kita sendiri tidak didaftar sebagai pengundi.Pas perlu berkawan dengan semua orang untuk mendapatsokongan rakyat.

No comments:

Post a Comment