Monday, November 16, 2009

Sidang Parlimen 17 November-Soalan DS Nizar Soalan Nombor 12

2. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) berapa banyak dana yang diperuntukkan bagi Skim Jaminan Modal Kerja (WCGS) yang diurus oleh SME Bank; dan
(b) siapakah yang mendapat manfaat dari skim ini dan bagaimana kaedah pembayaran balik.

4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan kemajuan projek pembangunan koridor utara (NCER) yang telah diumumkan beberapa tahun dahulu dan menyenaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan di bawah NCER.

8. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah benar bilangan penumpang AirAsia dijangkakan mencecah 10 hingga 15 juta penumpang menjelang 2015 sekiranya benar apakah tindakan Kerajaan untuk membina / membesar terminal di LCCT bagi menampung bilangan penumpang itu dan berapakah belanja projek ini dan bilakah dimulakan secara agresif.

12. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapakah penamatan bekas Panglima Angkatan Tentera baru-baru ini tidak mengikut tatacara persaraan yang biasa dilakukan apabila seseorang Panglima Angkatan Tentera secara bersara. Kenapakah pelantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru dibuat secara tergesa-gesa.

Soalan No. 14 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah projek lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bharu akan diteruskan memandangkan sehingga kini tiada aktiviti fizikal dilaksanakan sedangkan pelaksanaannya adalah di bawah peruntukan RMK9. Kelewatan pelaksanaan projek ini banyak memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di musim perayaan dan mungkin juga kesan kepada keselamatan jalan raya.

Soalan No. 19 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagi simpanan gas di Blok PM 301, bilakah pengeluaran akan bermula dan ke manakah gas-gas ini akan didaratkan.

Soalan No. 20 - Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik jumlah pesakit atau rakyat Malaysia yang menderita akibat ketagihan arak.

Soalan No. 21 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kes tangkapan, sabit kesalahan dan bentuk hukuman bagi kesalahan minum arak sejak tahun 2000. Dan sejauh manakah pemantauan dibuat terhadap premis menjual arak termasuk kelab malam.

Soalan No. 25 - Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga tahun 2009.

Soalan No. 27 - Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar dan strategi terkini Negara-negara OIC bagi menyelesaikan konflik di Selatan Filipina.

No comments:

Post a Comment