Monday, November 16, 2009

Bukit Gantang Banjir- Pusat Khidmat DS Nizar bantu ikut kemampuan

Pada 15 November lalu banjir telah melanda Kg Matang Gelugor,Simpang Halt dan Kg Cengal Jantan .Namun kini telah surut pada 17 November kecuali 4 buah rumah yang mana air masih bertakung kerana tidak ada parit atau saluran keluar untuk membolehkan air keluar dari lokasi banjir itu. Kita telah membantu penduduk mengikut kemampuan Ahli Parlimen.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang diwakilkan Sdr Bashir Ahmad yang juga Pegawai Khas Ds Nizar bersama Ketua Kampung PR Sdr Rosli telah berbincang dengan Pihak JPS untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di Kg Cengal jantan.

Keperluan untuk mengorek parit dikawasan berkenaan supaya dapat air mengalir keluar,kerana sungai yang berhampiran lebih tinggi dari kedudukan 4 buah rumah.

Jika terdapat sebarang halangan dari Pihak JPS..Pusat Khidmat Ahli Parlimen akan membantu untuk mengorek sebuah parit,supaya air yang bertakung dialir keluar ke kawasan redang atau paya.


Pada 15-11-09..keadaan Masjid Tengku Menteri Matang


Kg Matang Gelugor pada 17 November 2009 air telah kering


Rumah Encik Naim .Kg Cengal Jantan..masih terdapat air yang bertakung.

Kerosakan jalan masuk ke Kg Matang Gelugor..Dun Kuala Sapetang.

No comments:

Post a Comment