Monday, November 16, 2009

LABEL NIZAR BONEKA: HINA SULTAN PERAK


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat usaha memburukkan imej Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dengan melabelkannya sebagai ‘boneka’ adalah perbuatan biadap kerana telah menghina Seri Paduka Sultan Perak secara langsung. Ini kerana perlantikan Datuk Seri Nizar telah mendapat perkenan Seri Paduka Sultan Perak sendiri setelah Pilihan Raya Umum ke – 12 tahun lepas yang berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

DPPN Pk menganggap pihak-pihak yang tertentu yang meletakkan lebal tersebut telah cuba menafikan perlantikan Datuk Seri Nizar oleh Seri Paduka Sultan Perak. Pihak tersebut telah menafikan keputusan Seri Paduka Sultan Perak di dalam perkara ini. Mereka secara langsung juga telah menderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak di dalam perkara ini.

DPPN Pk mengiatkan supaya rakyat menghormati Institusi Raja yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara di dalam hak Seri Paduka Sultan untuk melantik Menteri Besar. Peruntukan yang telah sedia ada perlu dihormati oleh semua pihak. Jika perkara ini dibenarkan dicabar, maka akan punahlah Perlembagaan Negara kerana mereka-mereka yang berkepentingan merosakkannya.

Jesteru, DPPN Pk merayu pelbagai pihak terutamanya cendekiawan dan profesional yang berada di luar negeri Perak untuk memberikan nasihat dan juga pandangan mereka di atas isu krisis Perlembagaan di Perak ini. Pandangan mereka perlu bagi memastikan apa yang telah berlaku tidak akan dicemari oleh perlanggaran Perlembagaan Negara itu sendiri.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.



No comments:

Post a Comment