Friday, November 13, 2009

Hari ini 14 November Jumpa DS Nizar Di Bukit Gantang Tau!




Menyusun jadual DS Nizar,amat sulit tetapi menyeronokkan.Hampir setiap hari SMS dan panggilan telefon diterima bertanya boleh tak DS Nizar hadir ke program mereka.Kadang-kadang esok buat program ,hari ini baru nak mohon jadual DS Nizar.

Namun begitu jikalau program DS Nizar tertangguh, DS Nizar akan melawat dilain kali.Jikalau hendak ganti,lagi satu hal,kita yang kena hentam.

Masyarakat tidak dapat menerima jawapan DS Nizar sibuk ,berada di Parlimen."Semasa PRK boleh mai,kenapa sekarang cari alasan"kata luahan rakyat.

"Sebut betul-betul bila DS Nizar boleh mai?"tanya orang ramai."Sabaq , DS Nizar akan jumpa tuan-puan,masa tunggu dulu?"kata penulis.

Prestasi wakil kita YB Tai Sing Ng pada mata masyarakat Melayu jatuh,rungutan sering kedengaran.YB Tai Sing Ng ,memberi perhatian orang Cina sahaja.Pusat Khidmat pun di Pekan Port Weld.Penduduk Melayu jauh hati dengan YB Tai Sing Ng.Jadi disinilah besarnya pengaruh DS Nizar,menyejukkan hati orang Melayu.

Dun Changkat Jering,pusat komuniti atau pusat khidmat PR langsung tidak ada.Tapi kita yang kena godam!"Cikgu PKR tanding,silap gaya,bungkus"kata Pak Long Zaini,Air Kuning.

Jadi hendak bertemu dengan DS Nizar,esok DS Nizar merasmi penutup Kursus Pengurusan Jenazah dan Van Jenazah Kg Kepala Bukit,pada 2.30 petang, di Surau PAS.

Lepas Solat Asar ke Permatang Raja,sampai kerusi roda untuk OKU.Tazkirah Maghrib di Surau Sementara Taman Aor Utama(dekat Tmn Kaya).

Sementara 9 Malam ke Liqa Al Fikri di Markaz Negeri,Air Kuning.

Sabar sahajalah kerana SB selalu ikut dan turut serta.Bukankah Nizar for all.

No comments:

Post a Comment