Thursday, November 19, 2009

Kemalangan Maut....pekerja Majlis Perbandaran Taiping:DS Nizar minta bantu.


20/11/09 -Pekan Simpang.
Satu kemalangan ngeri yang melibat kematian telah berlaku sebentar tadi.Sebuah lori treller kontena dari Pahang menuju ke Pulau Pinang ,tercabut tayar belakang lenih kurang sejarak 500 meter sebelum sampai ke lampu isyarat Pekan simpang.

Mungkin kerana kelajuan,pemandu lori tidak sedar yang tayar lori beliau tercabut,lori tidak stabil selepas lampu isyarat,dan pemandu berhenti untuk melihat keadaan terkejut apabila tayar tercabut hilang.

.Sementera itu tayar yang tercabut telah menimpa seorang pekerja MPT yang sedang menunggu mandor beliau berhampiran Stesen Minyak Shell, Simpang .Mangsa kejadian seorang lelaki tercampak kedalam longkang dan meninggal ditempat kejadian.

Tayar itu kemudian merempuh gerai (pakdin Nyoir) berhampiran di situ. Pegawai Khas Ds Nizar, Basher Ahmad yang juga AJK Pas Kawasan Bukit Gantang berada di tempat kejadian.

DS Nizar yang mendapat maklumat meminta Pusat Khidmat memberi bantuan seberapa yang boleh.


Lori yang didakwa dipandu laju tercabut kedua-dua tayar.

Tayar yang tercabut dan " merempuh" gerai Pak Din



Mangsa seorang lelaki berasal dari Kampung Changkat Ning.

No comments:

Post a Comment