Wednesday, November 4, 2009

YDP Bukit Gantang: 1 lagi kegagalan BN , 430 sekolah rendah gagal Gred Purata Sekolah(GPS)

Ustaz Nordin Jaafar seorang guru,juga YDP Pas Bukit Gantang amat mengambil berat pendidikan anak-anak.


Sejumlah 430 sekolah rendah di negara ini didapati tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam pencapaian peperiksaan awam berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam tempoh empat tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata berdasarkan skala GPS, sekolah-sekolah berkenaan memperoleh GPS melebihi 4.00, iaitu pencapaian keseluruhan antara D dan E atau tidak mencapai tahap penguasan minimum.

Daripada jumlah itu sebanyak 116 sekolah didapati tidak mencapai tahap penguasaan minimum pada 2005, 110 (2006), 106 (2007) dan 98 sekolah pada 2008, katanya.

"Bagaimanapun berdasarkan pencapaian gred purata sekolah rendah dari 2005 hingga 2006, didapati tahap penguasaan dan pencapaian dalam peperiksaan awam sekolah rendah semakin baik dengan data menunjukkan bilangan sekolah mencapai tahap penguasaan minimum semakin berkurangan," katanya.

Kementerian Pelajaran mengukur pencapaian sesebuah sekolah dalam peperiksaan melalui Gred Purata Sekolah (GPS). Skala ukuran GPS adalah 1 hingga 5 bermaksud semakin rendah GPS sesebuah sekolah maka semakin baik pencapaian sekolah berkenaan(bernama).

Mengulas perkara itu,YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar menyatakan jikalau perlantikan guru besar bukan berdasarkan merit ,tetapi berdasarkan kencenderungan politik UMNO/BN ,perkara itu pasti berlaku.

Justeru itu ,Ustaz Nordin Jaafar meminta jawatan guru besar atau pengetua tidak berdasarkan kecenderungan politik UMNO tetapi berdasarkan merit.

Disamping itu sekolah dan kawasan sekolah tidak lagi menjadi tempat politik UMNO berkembang biak."Apabila sekolah dijadikan tempat aktiviti parti UMNO ,itulah yang berlaku GPS 400 sekolah semakin merosot." tegas Ustaz Nordin.

"Sepatutnya semakin maju Malaysia,semakin baik kualiti pelajar,bukan sebaliknya"kata Ustaz Nordin Jaafar.

Beliau berharap sekolah rendah dalam Parlimen Bukit Gantang tidak berada dalam kategori peperiksaan awam di bawah prestasi minimum.

No comments:

Post a Comment