Saturday, November 7, 2009

DS Nizar pemimpin ketiga teratas Pas paling dikenali

Dr Abu Hassan ,turut kelihatan DS Nizar ,tokoh harapan rakyat di Seminar Memperkasa Parti Pas
DS Nizar jika mempunyai penasihat yang baik ,mempunyai peluang menjadi pemimpin harapan Rakyat Malaysia.

Tokoh Akademik ,pensyarah media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah menyatakan DS Nizar merupakan antara tokoh Pas yang dikenali masyarakat.

Ketika membentangkan pendapat dalam kajiannya berkata, Tuan Guru Nik Aziz merupakan tokoh yang paling dikenali dan dikalangan responden seramai lebih 2000 pemimpin paling popular dalam PAS.

Sementara Tuan Guru Haji Hadi Awang tempat kedua,DS Nizar pemimpin ketiga yang dikenali responden .Beliau juga menyatakan Dr Aziz Bari masih menganggap DS Nizar Menteri Besar Perak yang sah.DS Nizar merupakan Ahlijawatankuasa Pas yang mendapat undi tertinggi semasa pemilihan pimpinan PAS baru-baru ini.

Hj Mohd Sabu pula pemimpin keempat dikenali responden.Beliau merupakan AJK Pas Pusat.Menteri Besar Kedah pula pemimpin kelima paling popular.Persepsi ke atas Menteri Besar Kedah begitu menyakinkan dan menunjukkan Laporan Audit Kedah membuat popular Ustaz Azizan Razak pasti meningkat selepas ini.


No comments:

Post a Comment