
Foto diambil melalui sumber blog Akrine Kuang. Dikatakan peristiwa ini berlaku dekat Genting Highland.Mungkinkan Muhyiddin Yassin maksudkan gambar ini...hantu dan jembalang?
Semalam Ana menerima satu pangilan daripada seorang guru. Beliau ingin berjumpa dengan saya dengan alasan ada perkara mustahak yang perlu dicerita kepada saya.Ana pun telah pergi ke rumah dia selepas segala urusan selesai.
Ceritanya ringkas sahaja,
Semalam pada pukul 8.30pg,diseluruh sekolah di daerah Larut,Matang Dan Selama,para guru diminta supaya datang ke pejabat sekolah masing-masing.Seorang demi seorang masuk ke pejabat/tempat dikhaskan.Mereka diedar sehelai borang untuk diisi. Dalam borang itu nama guru yang bakal mengisi borang itu siap dinyatakan. Beberapa butiran yang BUKAN berkaitan dengan PENDIDIKAN diwajibkan untuk diisi. Antaranya ialah tempat tinggal pengisi borang,daerah mengundi,parlimen mengundi dan sebagainya...Ini mencetuskan kegusaran dikalangan para guru...(diberitakan bahawa para guru di daerah LMS kebanyakannya menyokong Pakatan Rakyat)...
Menariknya,
Segala butiran yang diminta untuk diisi boleh dicari sendiri oleh Jabatan Pendidikan Daerah melalui SPR...Tetapi,kenapa para guru diminta untuk mengisi borang itu? Butiran yang diminta adakah mempunyai kaitan dengan Prestasi Peperiksaan/pendidikan Sekolah?
Dalam adat berperang,membunuh musuh bukan perkara yang benar-benar mencabar...yag mencabarnya ialah MEMBUNUH semangat juang musuh...
Adakah ini sesuatu cara untuk Membunuh Semangat Para Guru yang semakin giat untuk menumbangkan Kerajaan BN? Adakah tektik ini digunakan untuk menakut-nakutkan Para Guru?sumber
Poco-poco Haram, Zambry Kadir pun sokong. Video seks dosa besar,Zambry Kadir senyap membisu.
Kasihan Tok Mufti Harussani dimainkan surat khabar Utusan Malaysia.Tok Mufti Harussani selalu kena main.Kasihan Tok Mufti keseorangan . Kasihan Tok Mufti Harussani cakapnya tentang hukum Qazaf dan hukum kanun jenayah Islam dipandang sepi Najib.
Kasihan Harussani,yang mudah keluar pandangan tanpa merujuk kitab-kitab.Seharusnya Harussani berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
Pedoman kepada kita,jangan cepat percaya kepada penyambung lidah syaitan?Kita baca keluhan Tan Sri Harussani .
“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.
“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya seperti dipetik melalui The Malaysian Insider.
Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.
“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.
|
AHMAD ZAHID (kiri) turut mengusung jenazah Mohammad yang meninggal dunia akibat jangkitan adenovirus di Bagan Datoh semalam. |
PUTRAJAYA - Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan adenovirus kelmarin, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat serangan virus itu menjadi tiga orang setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengesahkan kes itu berkata, mangsa ketiga yang maut akibat jangkitan itu berasal dari Bagan Datoh, Perak, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam kelmarin.
Tiong Lai berkata, mangsa, Konstabel Mohammad Siman, 23, telah dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu dan meninggal akibat organ dalamannya gagal berfungsi.
"Kes ini bukan kes terbaru dan kali terakhir kita menerima laporan pelatih dijangkiti adenovirus ialah pada 19 Mac lalu.
"Justeru, kita masih menunggu jika ada lagi yang dijangkiti atau tidak selepas itu sebelum boleh mengisytiharkan Pulapol bebas daripada jangkitan selewat-lewatnya 2 April ini (Sabtu)," katanya kepada pemberita semalam.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Mohammad Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat menyedari masalah kewangan yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah agama, suwa dan Sekolah Tamil kerana jumlah premium tanah masih belum mengambil kira kos pembangunan tanah yang menelan belanja jutaan ringgit.
Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, perkara itu berlaku apabila BN merampas kuasa di Perak mengenakan premium tanah bernilai berjuta-juta ringgit kepada tanah yang diluluskan kepada Suwa.
Sebagai contoh jelasnya, sekolah Suwa dikehendaki membayar premium tanah sebanyak RM2,240,000 dengan setiap sekolah terpaksa menanggung kos premium tanah RM248,888.
"Ini satu beban yang cukup berat berat untuk lembaga pengelola sekolah tersebut. Atas dasar BN tersebut, pihak lembaga pengelola sekolah terpaksa mengutip derma dan merayu bantuan dari pelbagai pihak khususnya masyarakat umum," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketika Pakatan Rakyat memerintah di negeri itu pada tahun 2008, kerajaan negeri bersetuju untuk meluluskan tanah kepada institusi pendidikan iaitu tanah seluas 2,023 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 1,012 hektar untuk sekolah Suwa dan 607 hektar untuk sekolah Tamil supaya dijadikan modal dan tabung untuk membantu pembangunan institusi pendidikan tersebut.
Turut bersama Nizar pada sidang media tersebut ialah Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Email:matzainibrahim@gmail.com
Kepada,
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
Email:iho@rmp.gov.com
28hb.March 2010
YDH Tan Sri,
PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-
MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.
Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.
2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.
2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.
2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.
LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.
3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.
3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.
3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.
4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.
4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.
5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.
5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.
5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.
5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.
5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.
6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.
6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.
7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.
7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.
7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.
8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.
8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.
9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.
Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.
Yang ikhlas,
Mat Zain Ibrahim
28 March 2011
KUALA LUMPUR, 29 Mac: PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.
Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.
Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.
“Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.
“Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,” ujarnya.
Menurutnya, polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.
Katanya, kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.
Mereka, ujarnya hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.
Setakat hari ini, tambahnya jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.
“PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri,” katanya lagi.
Rakyat pula, ujarnya tertanya-tanya kenapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa Seri Negara yang menayang video lucah pada 21 Mac lalu.
Menurutnya, mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.
“Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?” soalnya.
Menurut TG Haji Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.
Kita pun hairan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS,kenapa diam membisu.
Mengapa timbul pelbagai spekulasi dalam kes video seks ?Rakyat telah mempunyai pengalaman bagaimana Rahim Noor menumbuk DS Anwar.Itu tara Ketua Polis Negara.Daripada Perdana Menteri Dr Mahathir,Rafidah Aziz hingga kepada Majlis Tertinggi UMNO semuanya menuduh DS Anwar menumbuk sendiri, mencederakan diri sendiri dan matanya dibekam.
Jadi pihak polis sendiri perlu bertindak profesional dan bijak serta tidak melindungi diri sendiri.Sejarah telah memberitahu dan menceritakan dosa Ketua Polis Negara Rahim Noor menumbuk DS Anwar.
Jangan salahkan rakyat jika membuat spekulasi.Anwar sendiri dalalam laporannya tertapat pemimpiin peringkat tertinggi dalam konspirasi kali ini.
Ingat sejarah ,ingat Rahim Noor.Ingat Rahim Noor ingat Ketua Polis Negara.Suruhanjaya Diraja terpaksa dibentuk hanya untuk mencari kebenaran.
Polis kini dalam proses membuat pengesahan pakar berhubung bahan bukti yang diperoleh berkaitan kes video seks yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin parti politik.
Setiausaha Polis Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata pasukan siasatan khas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung video itu.
Jangan marah jika rakyat membuat spekulasi?
Sementara itu PDRM berharap agar semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melaksanakan siasatan.
“PDRM juga berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi,” kata Datuk Ghazali Md Amin ..iklan##digi
'Tak boleh baca'
“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.
Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.
“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.
Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.
Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.
Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.
Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.
Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.
Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.
Rogol gadis sekolah
Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.
Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.
Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.
Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.
Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .
Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.
Eskay - sahabat Anwar?
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?
Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.
Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di the Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.
Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.
Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.sumber malaysiakini
Ismail Omar mengesahkan ada menerima laporan dan ia sedang disiasat di bawah Seksyen 2929 Kanun Keseksaan.
Bagi rakyat ,kita mengharapkan keadilan,ketelusan dan akauntabiliti dalam menyiasat.Isu video seks ini menguji kepercayaan rakyat terhadap polis.Kegagalan menangani isu filem lucah ini,imej polis akan terus merudum.
Ismail Omar jangan mengulangi kesilapan Rahim Noor,orang ingat sampai kemati.Kesilapan membiar video lucah ditontoni dan disebar tanpa mengambil tindakan oleh pihak polis,menyebabkan budak-budak sekolah semakin jelek dengan polis.
Budak-budak nakal kemungkinan menjadikan ucapan Nazri Aziz, jika tak ada untung boleh menonton video seks secara terbuka.Sekolah bukan kawasan mesra pelajar lagi jika pihak penguatkuasa undang-undang melaksanakan peraturan secara terpilih dan atas tekanan sang penguasa.
Semua orang melihat kini undang-undang pun mengikut kasta? Undang-undang UMNOputra dan golongan marhaen.#DiGiOperaMini
SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.
Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.
Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11
1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".
"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"
"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"
2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)
"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"
"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."
Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:
1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"
2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun
sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar"
. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"
PETALING JAYA 23 MAC : Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik, pegawai khasnya Kamalulail Sulaiman serta ahli perniagaan Datuk Eskay Shazril Abdullah dalam fitnah video lucah adalah bukti nyata Perdana Menteri Najib Razak turut terlibat dalam konspirasi memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari politik.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Rahim dan Kamalulail bertanggungjawab terhadap tempahan bilik untuk tontonan video lucah itu bagi wartawan di Hotel Sri Carcosa pada Isnin lalu.
“Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Risda. Tempahan yang dibuat di Carcosa Sri Negara untuk tontonan para wartawan dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Gantang, Datuk Kamalulail yang juga pegawai khas kepada Tan Sri Rahim. Bayaran (bilik) dibuat menggunakan kad kredit beliau,” kata Saifuddin.
Saifuddin menyifatkan Eskay yang sebelum ini dikenali sebagai Datuk T, seorang ahli perniagaan yang mengaut projek berjuta-juta ringgit daripada kepimpinan UMNO.
“Datuk Eskay yang ditemui Datuk Johari mempunyai ladang buah naga terbesar di kedah dan perniagaan chalet di Langkawi,” kata Saifuddin.
"Watak ini kita kenal dalam minggu lepas terbabit dalam kes saman dengan Datuk Yahya Jalil dan Gerbang Perdana dalam isu Jambatan Bengkok. kerana beliau (Eskay) membuat perjanjian dan mendakwa Datuk Yahya memungkiri janji membawa masuk sebagai rakan kongsi dalam perniagaan sebaliknya membawa Sultan Johor,” kata beliau.
Saifuddin berkata ketiga-tiga watak itu mempunyai kepentingan dalam Umno dan cuba mengejar pengaruh politik serta memenangi keyakinan Najib.
“Kes ini membuktikan pembabitan PM, UMNO dan orang yang mempunyai masalah dalam perniagaan kemudian kesemuanya mereka memangsakan DSAI dan serentak itu untuk membawa motif menghancurkan KEADILAN dengan menawarkan bukan saja video tapi ganjaran,” kata Saifuddin.
“Kita tahu watak-watak ini mempunyai masalah. Tan Sri Rahim Thamby Chik, apapun alasannya. mungkin mahu melakukan 'comeback' dalam politik kerana dendamnya dengan DSAI akibat terbuang dari UMNO.
Saifuddin menegaskan Najib tidak lagi boleh menafikan peranan beliau dalam pusingan terbaru ini untuk menfitnah Anwar.
“Pembabitan UMNO terlalu jelas dengan janji Rahim untuk bawa Datuk Johari berjumpa Perdana Menteri. Perdana Menteri tak mampu lagi berselindung dengan membuat penafian,’ kata Saifuddin.sumber TV Selangor
KENYATAAN AKHBARSaya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011
Anwar membuat pendirian tegas ini sehari selepas penafian Perdana Menteri bahawa polis dan Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merakamkan insiden itu.
“Tindakan mempertontonkan tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Najib dan Menteri Dalam Negeri. Lebih-lebih lagi ia dilakukan secara rasmi di sebuah hotel berprestij, di mana editor-editor kanan dijemput.
“Adakah ia mungkin?” soal Anwar selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Terdahulu Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.
Rakaman itu yang dikatakan menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita telah dipertontonkan kepada media semalam.
Malah petang semalam, Anwar telah pun menafikan lelaki dalam video tersebut adalah beliau.
Rakaman video aksi seks itu ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.
Anwar tiba di ibu pejabat polis Dang Wangi pukul 10.35 pagi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluar pada 12.05 tengah hari.
Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media, Anwar sekali lagi menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.
“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar dan reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polis.
Laporan polis dibuat berikutan kenyataan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki rakaman video seks hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan SPA.
Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya dalam masa seminggu ini.
Ketua Umum PKR itu berkata beliau ada bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib dan Hishammudin terlibat.
“Individu-individu ini telah melakukan bermacam jenayah - fitnah, menakut-nakuktan dan menonton video lucah di umum.
“Bukti saya adalah pembabitan peringkat tinggi, itu sebabnya mengapa tiada tindakan diambil oleh polis?
“Macam mana bahan lucah boleh ditayangkan di umum? (Nampaknya) ada perlindungan polis,” kata Anwar.
Malah Ketua Pembangkang itu berkata reaksi segera Najib, Presiden Umno, yang menafikan pembabitan polis adalah sesuatu yang ganjil.
Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam.
Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam.
Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah atas al-Quran bagi membuktikan beliau bukan lelaki yang didakwa dalam rakaman video seks melibatkan seorang wanita, yang didedahkan semalam.
Sehubungan itu kata beliau, hanya Mahkamah Syariah yang boleh meminta Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, agar berbuat demikian.
“Jika anda mahu beliau bersumpah, maka anda perlu mengikut hukum syariah. Hanya mahkamah ini (syariah) yang boleh memutuskan sama ada beliau kena buat sumpah sedemikian.
“Saya minta kes ini didengar di Mahkamah Syariah,” kata beliau merujuk kepada dakwaan terbaru yang dirujuk kepada pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu.sumber tmi
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu sebarang tuduhan ataupun dakwaan salah laku moral ke atas seseorang individu disalurkan menerusi prosedur perundangan sah termasuk hukum syariah jika ia membabitkan seorang Muslim.
Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan tersebut juga mahu pihak pendakwa dan pembela menyalurkan kes mereka untuk diadili serta dinilai menerusi prosedur perundangan syariah sepertimana yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Sunah.
“Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh.
“Tatacara perundangan syariah telah menetapkan prosidingnya yang tersendiri untuk memelihara bukan sahaja moral serta maruah individu yang dituduh, bahkan juga integriti pihak yang membuat tuduhan,” kata presidennya Dr Muhamad Razak Idris dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini mengulas laporan pendedahan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.
Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.
Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Justeru kata Muhamad Razak, kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf yang turut menafikan hak si tertuduh sebagai saksi pada masa-masa akan datang.
“Hal ini selari dengan salah satu prinsip utama Maqasid Syariah iaitu untuk menjamin serta melindungi maruah dan serta kehormatan seseorang individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia,” kata beliau Muhamad Razak.
Malah tegas beliau, dalam konteks perundangan negara yang unik, seseorang tidak sahaja berhak menuntut untuk dibicarakan dan membela dirinya menerusi lunas perundangan sivil yang sah.
“Bahkan sebagai seorang Muslim juga, beliau berhak untuk dibicarakan serta menafikan sebarang dakwaan yang dikemukakan ke atasnya dalam prosiding perbicaraan Mahkamah Syariah sepertimana yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.
“Justeru, ABIM menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan oleh Syariah untuk kebaikan bersama,” katanya.
Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu dikatakan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.
Jadi malam ini kebetulan terdapat ceramah penerangan,kita dengar apa kata pimpinan PR. Dijadualkan YB Saifuddin Nasution,SU PKR akan hadir memberi penerangan.Ceramah bertempat di Pejabat PKR Cabang Bukit Gantang pada hari ini 21 Mac .Tak jauh dekat Taman Molek,Simpang Taiping.
Ceramah bermula 9.30 malam.Sebagai tanda sokongan kita kepada DS Anwar,kita hadir beramai-ramai.Jom malam ini jumpa YB Saifuddin Nasution.