Tuesday, August 31, 2010

Jadikan Fasa Akhir Ramadhan Jihad Daftar Pengundi Baru.

Menurut Nizar di Perak UMNO masih mendahului senarai mendaftar pengundi baru.Sudah tentu mereka yang didaftarkan itu tidak mengundi kita.

Jadi beliau menyarankan kepada petugas parti dan jentera parti untuk menjadikan fasa akhir Bulan Ramadhan ini untuk mencari orang muda untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Jumpa orang muda,jumpa Mat Rempit" kata DS Nizar dalam tazkirah di Pasti Taman Mewah malam kelmarin.

"Setiap kita mempunyai tugas untuk mencari pengundi baru di kalangan anak,cucu dan jiran tetangga"tegas Nizar.

"Sepatutnya jadikan tugas untuk mendaftar pengundi baru sebagai jihad,ujar Nizar lagi.DS Nizar memberi contoh Pas Kelantan berjaya mendaftar pengundi baru dengan berkesan.

"Ramadhan fasa akhir ini perlu kita rebut,untuk mencari pengundi baru"tambah DS Nizar.

Apa kata Tok Mufti : Datuk Abdul Aziz Mohd Noor bunuh diri dengan Teo Nie Ching Tak Mandi Junub

Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Sementara itu YB Teo Nie Ching diselar kerana masuk ke dalam surau kononnya berpakaian seperti Rosmah Mansor yang berjambul itu.

Teo dianggap menghina orang Islam kerana biadap.Di samping terdapat mereka yang menghina YB Teo Nie Ching tidak mandi junub.

Mereka membidas Teo Nie Ching dalam keadaan berhadas boleh dibenarkan berada di saf depan,kononnya tempat suci sujud orang Islam.

Kita tidak mendengar Tok Mufti komen,tidak mencium bau syurga bagi mereka yang bunuh diri.Dalam kitab fekah ,apa hukumnya mereka yang menyembahyang jenazah dan dikebumikan di kubur orang Islam.

Kenapa pihak berwajib tidak mengeluarkan garis panduan,kerana adakah mereka pemimpin UMNO.?

YB Serdang Teo Nie Ching yang baru berjinak dengan surau dan Islam dianggap telah mencemar kesucian Islam.Bawalah berhujah secara akademik dan saintifik bukannya mengikut nafsu.

Nampak benarnya semakin banyak isu,semakin banyak UMNO tidak tahu tentang Islam.Semakin hampir pula untuk UMNO hilang dalam PRU 13.

UMNO Juara Fitnah

Monday, August 30, 2010

Bersama Nizar Dalam Program Santuni Rakyat

DS Nizar,Ustaz Nordin dan Fadhil dalam satu lawatan ke hosital Taiping.


Masih belum terlambat untuk para dermawan untuk bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk meraikan golongan yang memerlukan seperti anak yatim,orang miskin dan OKU serta mereka yang memerlukan.

Program berlangsung pada 5 September Ahad ini.Para dermawan yang ingin membantu bolehlah berhubung dengan Pusat Khidmat 05-8483950.

Boleh juga terus' bank in 'ke akaun BIMB 08040010013314.Untuk urusan rekod sila SMS ke 019-5403449.

Para dermawan yang budiman yang ingin turut serta meraikan teman-teman kita itu boleh berurusan dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Bersama Nizar Meraikan Hari Merdeka.

Jemput Hadir

Hari ini Nizar akan datang ke Parlimen Taiping.Program Nizar bermula seawal 6 petang.DS Nizar dijadual menyampaikan sumbangan PAS Kawasan Taiping.

Program bertempat di Surau Munawarah ,Taman Desa Jana Kamunting.DS Nizar akan menyampaikan tazkirah merdeka .

DS Nizar akan berbuka puasa di sini,bersama penduduk tempatan.

Sementara itu untuk tazkirah selepas solat Isyak ,Nizar dijadualkan bersolat isyak di Surau Taman Mewah sebelum berucap sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Untuk tazkirah selepas Solat Taraweh,DS Nizar dijadual bertemu penduduk DUN Changkat Jering di Surau Taman Simpang Bakti,Simpang.

Penduduk yang berdekatan bolehlah bersama DS Nizar untuk meraikan Hari Kebangsaan kita kali ke 53.sumber blog parlimen

SB bertugas kami juga bertugas- SB memantau majlis berbuka ADUN DAP.

YB Yew Tian Hoe Adun Aulong menyapa SB (berbaju putih).Kelihatan Pengerusi Masjid Lama Cikgu Din sedang beramah mesra dengan yB.
YB Yew Tian Hoe bersama pimpinan DAP menunggu waktu berbuka.
Teman Wartawan sedang menemubual ADUN Aulong dan Cikgu Din.

Maghrib tadi kita turut berbuka bersama YB Yew Tian Hoe di Masjid Lama,Bandar Taiping.Dua meja diletakkan di perkarangan masjid.Kita juga merupakan tetamu,kerana Pegawai Khas DS Nizar. SB juga bertugas.Mereka nampak mesra alam.Kita mengharapkan mereka melaporkan perkara yang betul.Bukan menokok- nambah.

SB mula bertugas mengambil gambar,mengukur jarak dan bertanya kepada jemaah lain.Terdapat tiga orang SB.Kita kenal mereka dan mereka kenal kita.Mereka juga berbuka,doa yang sama dan berimamkan orang yang sama.

Kita difahamkan mereka menunggu ADUN DAP berucap,tetapi mereka kelihatan hampa.Buat kata YB Yew Tian Hoe,orang pergi masjid orang baik."Mereka bukan jahat punya orang"kata YB Yew Tian Hoe.

Lihat berjiwa besarnya ADUN Aulong,masih menganggap SB yang memantau beliau yang berada di kawasan masjid orang baik-baik.

SB bertugas kita bertugas.Perjuangan kita masih panjang.Selamat menjalankan tugas SB,harap-harap kadar jenayah Bandar Taiping semakin turun.

Sunday, August 29, 2010

Nizar Tidak Dibenarkan Masuk Surau Kg Larut Tin

Kita mendapat satu SMS daripada Mantan Ketua Kampung Larut Tin.SMS itu menyatakan sebarang program Ramadhan di Surau Larut Tin di larang.

Kononnya samada Osman Jailu,Rosli Husein Adun Trong dan DS Nizar dilarang untuk menyertai sebarang program Ramadhan.Jadi dikatakan untuk bersolat Taraweh juga dilarang.Mereka tidak mahu surau menjadi tempat berpolitik.

Setakat ini Surau yang berada dalam DUN Changkat Jering satu-satunya telah mengeluarkan arahan seperti itu.

Setakat ini kita tunggu dan lihat, bijakkah mereka berpolitik.Bagi pihak Sekretariat kita tidak terlalu gopoh untuk membawa DS Nizar ke Surau Larut Tin.Kita terus bertemu masyarakat Melayu luar bandar.Buat kata Nizar,dengan ilmu masyarakat akan berubah.

Nasihat Nizar Pada Kita Jadilah Orang Berilmu Agar Tidak Ditipu UMNO


DS Nizar apabila bertemu penduduk Bukit Gantang selalu menasihat kita supaya menjadi orang yang berilmu.

Beliau mengharapkan kita orang Islam rajin bersolat jamaah dan jangan meninggalkan masjid atau surau jikalau tiada berhalangan.

Menurut Nizar dengan menjadi orang yang berlmu kita tidak mudah ditipu.Mereka yang berilmu membuat keputusan dengan ilmu yang ada,bukannya berdasarkan emosi .

Nizar sering menasihatkan penduduk supaya meninggalkan UMNO yang selama memerintah Malaysia, umat Islam semakin parah dengan gejala sosial.Nizar selalu mengingatkan rakyat Bukit Gantang Umno parti perkauman.Sedangkan Allah s.w.t menjadikan kita saling mengenali ,tetapi rakyat Malaysia telah diadun supaya mempunyai semangat perkauman menebal.

Nasihat Nizar kepada kita rakyat Bukit Gantang jadilah orang yang berilmu supaya kita mudah membuat keputusan dengan tepat.

Bulan Ramadhan Dirai Bulan Lain Dilupakan

Pengurus Syarikat Perniagaan Ridzuan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir .Beliau meminta kita yang berkemampuan untuk membantu rumah anak-anak yatim.
Ahmad Nizam menyampaikan duit raya kepada anak yatim miskin Nur Qaseh.
Ustaz Nordin Jaafar YDP Bukit Gantang,Pak Lah bapa Ahmad Nizam,dan Pengurus Syarikat Ahmad Nizam Abdullah bersama sebahagian anak yatim miskin Nur Qaseh,Kamunting.
Anak-anak yatim mengambil makanan berat selepas Solat Maghrib.


Sebentar tadi bersama Ustaz Nordin Jaafar YDP PAS Bukit Gantang meraikan anak yatim dalam Majlis Iftar bersama Syarikat Perniagaan Ridzwan.Seramai 25 anak yatim miskin diraikan oleh Pengurus Syarikat Perniagaan Ridzwan Ahmad Nizam Abdullah.

Kami dijemput mewakili pihak Sekretariat Ahli Parlimen Bukit Gantang.Kita tertarik dengan penerangan Mudir Pusat Jagaan Tahfiz Anak Yatim Ustaz Latif AlHafiz ,bulan Ramadhan ini rumah anak yatim ini dibantu pelbagai pihak.Khususnya jamuan berbuka puasa.Namun sebelas bulan kemudian seakan dilupakan.

Justeru itu Mudir Pusat Jagaan Tahfiz Anak Yatim Miskin Amal Nur Qaseh ,Ustaz Latif Al Hafiz memohon jasa baik para dermawan untuk membantu secara berterusan dan berkala.

Sebarang bantuan bolehlah masuk ke akaun CIMB 08290000560058.Para dermawan boleh berhubung terus dengan Ustaz Abdul Latif 013-4135009.

Pusat Jagaan Anak Yatim ini bertempat di 97A,Jalan Tengah,Kampung Pinang,34600 Kamunting,Perak Darul Ridzuan.Mempunyai 25 orang pelajar berusia 7 hingga 16 tahun.

Zakaria,Teo Nie Ching dan Siti Inshah satu polemik dinamik.

Zakaria ,Teo Nie Ching dan Siti Inshah menimbulkan satu polemik baru .Semuanya memberi kita lebih kenal fekah politik.

Watak-watak itu semuanya orang politik.Siti Inshah bernasib baik kerana darahnya berdarah daging UMNO,jikalau tidak sudah tentu ke hutan banat beliau di hantar untuk bertugas.

Zakaria Ahmad orang yang berilmu dalam agama,namun fekah politik beliau mungkin sedikit ketinggalan. Begitu juga Pengerusi Surau Kajang Sentral bersikap terbuka dan mengetahui sunnah nabi,tetapi mungkin beliau juga kurang arif fekah politik.

Letihnya kita,pimpinan terpaksa menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh mereka.Walhal masa itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Tindakan mereka betul daripada segi ilmu dan akademik,tetapi dengan BN sudah mengurus rakyat selama 53 tahun,rakyat sudah dikelirukan.

Buat masa ini kita memberi rakyat ilmu dan maklumat ,barulah kita memikir langkah seterusnya.Tindakan gopoh merugikan kita yang semakin hampir untuk ke Putrajaya.

UMNO musuh politik kita sememangnnya menunggu masa untuk menyerang musuhnya.Mereka mempunyai medium untuk meracuni pemikiran rakyat .

Kita pula mengambil masa untuk memberi faham kepada masyarakat.Dari sudut ilmu polemik Zakaria,Teo Nie Ching dan Siti Inshah amat baik.

Bagi penduduk setempat itu satu perkara baru,justeru perkara baru inilah yang nanti merugikan kita kerana kita tidak belajar fekah politik.

Jadi kita mengharapkan selepas ini pendokong PR perlu cermat dan tidak terlalu gopoh untuk meruntuh tembok khurafat yang dibawa UMNO.Kita jangan memberi UMNO peluru untuk meletupkan Pakatan Rakyat.

Saturday, August 28, 2010

Hari Penuh Makna Dapat Ikut Pogram Parti- Jauh di Seri Iskandar.

DS Nizar bersama Tn Hj Razman sedang mengedar risalah Tazkirah Ramadhan.Nizar tetap disanubari rakyat.
Nizar membelai seorang kanak-kanak yang istimewa.
Muhamad K.Y.Tiang turut serta bertemu masyarakat.
Budak muda KPM Seri Iskandar bergambar kenangan bersama DS Nizar.
Bertanya khabar amil zakat fitrah.

Petang tadi 28 Ogos turut serta program parti di Parlimen Parit.Kita mengambil peluang ikut DS Nizar lawat Pasar Ramadhan Bandar Sri Iskandar.

Sambutan orang Melayu masih tinggi.Fitnah yang dimainkan oleh musuh politik Pas rupanya tidak berkesan, Nizar masih dianggap pemimpin utama kereka.

Kemudian berbuka puasa bersama DS Presiden Pas TG Hj Hadi Awang.Bersyukur kita dapat bersolat jemaah maghrib bersama TG Hj Hadi Awang.

Friday, August 27, 2010

Antara Surau dan Dewan Rakyat :UMNO semakin lemas.


Kadang-kadang kita terlalu beremosi dalam memberi pandangan.Politik kita masih tidak mahu merentasi zaman.

Kita bercakap seolah-olah Islam milik orang Melayu.Seolah-olah sebuah surau lebih besar darjatnya daripada bangunan parlimen.Sedangkan Parlimen kita yang mempunyai Dua Dewan.Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang membuat dasar sistem pemerintahan Malaysia.

Sistem Demokrasi Berpalimen memberi pembahagian kuasa kepada tiga bahagian,iaitu Perundangan,Kehakiman dan Eksekutif.

Namun begitu di dalam dewan yang membolehkan perlembagaan Malaysia dibentuk,tidak pula menghalang wakil rakyatnya untuk menutup aurat.Hatta YB Dato' Shahrizat Jalil tidak pula bertudung,begitu juga berapa banyak wakil rakyat Umno yang 'dogol' .Mereka semuanya penyokong dan pembuat dasar perlembagaan Malaysia.Surau atau masjid bukan boleh tentu sah perlembagaan Malaysia.

Dasar pecah dan perintah masih ingin diamalkan oleh BN. Bagi mereka politik adu-domba perlu dteruskan.Dengan ini kuasa BN boleh dipertahankan.

Orang yang mendedah aurat seperti Shahrizat Jalil pula menuduh YB Teo Nie Ching tidak menghormati rumah ibadah orang Islam kerana masuk surau saf depan dengan rambut tersembul keluar. Begitu juga lagak Pemuda UMNO ,marah si YB Teo Nie Ching masuk surau tidak bertudung .

Mereka tidak pula marah pada Si Rosmah Mansor yang mendedahkan rambut kepada 1 Malaysia.




Duit Raya Bayar Saman Ekor.

Duit raya Kerajaan Persekutuan bernilai RM500 .00 bersamaan satu saman ekor RM300.00.DS Najib amat pandai memain perasaan rakyat.

Apabila banyak rakyat yang tidak boleh menghidupkan cukai jalan akibat saman ekor.Kerajaan beri duit raya RM500.00.Dengan duit raya itu rakyat boleh melunaskan saman ekor dan akhirnya dapat balik kampung kerana sudah mempunyai cukai jalan.

Jadi dua kali lima dan lima kali dua yang untung akhirnya kerajaan .Duit kembali kepada kerajaan .Salah satu bank yang untung ,dimana banyak agensi kerajaan menyimpan akaun mereka di situ ialah CIMB?

Mudah-mudahan rakyat tidak terpengaruh dengan janji ,hanya menolong rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka.

Rumah Baru Osman Jailu Tanda Khianat Kepada Perjuangan Rakyat.

Rumah baru Osman Jailu ,Adun Changkat Jering.Rumah ini didakwa oleh penduduk Kg Larut Tin ,Taiping telah dibeli tunai RM250 ribu.Nilai sebenar setelah ubahsuai dan perabot di dalamnya bernilai Rm 1 juta.

Osman Jailu yang mempunyai rumah asal di Taman Sri Hijau,Pokok Assam dan kini memiliki rumah mewah di Kg Laut Tin yang dibeli tunai mengikut satu sumber yang boleh dpercayai.

Gambar rumah ini diambil semasa mengikuti DS Nizar dalam majlis sumbangan untuk rakyat yang memerlukan di Kg Larut Tin.

Osman Jailu dikatakan telah membuat majlis masuk rumah pada 8 Ogos lalu.Osman menjemput penduduk kampung.Tetapi dikatakan kurang mendapat sambutan orang surau.

Rakyat Dun Changkat Jering masih terdapat yang miskin ,tetapi Osman Jailu bermewah berbelanja hasil menjadi wakil rakyat mesra UMNO.Pegawai-pegawai Osman pun hidup seperti mereka tidak pernah mengkhianati rakyat dan pengundi DUN Changkat Jering.

Thursday, August 26, 2010

Isu Kutbah dan Lim Guan Eng - Ustaz Zakaria Ahmad Mahu Saman

Mengikut Zakaria, isu khutbah di Pulau Pinang merupakan hal kecil yang sengaja diperbesarkan oleh ahli politik. — Foto Bernama


Ustaz Zakaria Ahmad yang mendoakan untuk Lim Guan Eng memberi tempoh dua hari kepada mana-mana pihak yang cuba mencemar reputasinya sebagai pendakwah bebas.

Difahamkan pasukan peguam Ustaz Zakaria Ahmad telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat.

Bagi Ustaz Zakaria Ahmad terdapat pihak yang cuba memutar-belitkan fakta doa untuk Lim Guan Eng itu.

Uztaz Zakaria juga beranggapan mereka itu seolah menuduh beliau jahil dalam bidang agama.


Kerja Kosong- Minat Baca Iklan Tak Berbayar Ini.

Satu iklan masuk dalam peti SMS kita yang mencari pekerja baru yang komited dengan suruhan Allah s.w.t.

Kerja yang ditawarkan Tukang Masak Western Food dan pekerja am.Bagi mereka yang beminat bolehlah pergi ke Warung Kanji Arab berhadapan Bank CIMB Taiping,berdekatan Masjid Daerah.

Pencari kerja yang berminat dan mempunyai semangat berjuang di jalan Allah s.w.t bolehlah berhubung dengan Zam Kanji Arab 016-5030607. Terbuka untuk permohonan wanita dan lelaki.

Warung Kanji Arab ini selalu dikunjungi pemimpin utama seperti DS Nizar dan Tn Haji Mat Sabu.

Wednesday, August 25, 2010

Umno ingat dia bijak tutup isu Siti Inshah Mansor.

Isu Doa Untuk Lim Guan Eng dimainkan oleh pihak lawan sebenarnya untuk menutup isu ucapan Pengetua Kanan Siti Inshah Mansor.

Ucapan pengetua itu berunsur hasutan.Mana mungkin seorang pengetua tidak belajar sivik dan pendidikan moral .Beliau bukannya terus keluar menjadi pengetua.Beliau bermula dengan guru biasa yang sudah tentu mengikuti dan membaca pelbagai pekeliling.

Untuk meredakan kemarahan rakyat , Zahid Hamidi mula berkokok tentang doa untuk ketua menteri. Doa supaya Lim Guan Eng mendapat hidayah.

Banyak isu yang ditutup seperti kos hidup semakin meningkat, kegagalan kerajaan membendung pembuangan bayi,kegagalan kerajaan menjaga pintu sempadan sehingga mercun haram mudah masuk dan menutup isu jenayah bunuh yang semakin meningkat.

Zahid mungkin tidak AKAN lama jadi menteri ,kerana sikap beliau yang yang selalu membingungkan ahli UMNO.Beliau bukan berjuang untuk menegakkan hukum,tetapi lebih takut UMNO hilang kerusi di Pulau Pinang.

Bangkitkan semangat- Ceramah Badar Al-Qubra

Duit Raya Lim Guan Eng Silap Besar

YAB Tuan Lim Guan Eng silap besar hanya kerana memberi duit raya kepada kakitangan kerajaan beliau hanya RM400.00.

Jikalau Kerajaan Pulau Pinang pada masa itu mengisytiharkan imbuhan duit raya RM1000.00,sudah tentu kerajaan Persekutuan top-up menjadi M 1500.00.

Namun begitu tahniah diucapkan kepada YAB Lim Guan Eng yang mendahului kerajaan pusat dalam mengumumkan duit raya menghargai perkhidmatan cemerlang kakitangannya.InsyaAllah mereka dapat pada 3 September ini,sedangkan Kerajaan Persekutuan hanya membayar sebelum raya seperti diumum DS Najib.

Harap-harap Kedah,Kelantan dan Selangor boleh memikirkan duit raya untuk kakitangannya RM1000.00.

Kita berterima kasih kepada kerajaan pusat walaupun lambat sedikit berbanding Pulau Pinang.


Tuesday, August 24, 2010

Sambut Hari Kebangsaan Dengan Ikut DS Nizar 31 Ogos ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang akan datang bertemu penduduk Parlimen Bukit Gantang pada 31 Ogos ini.

Program beliau seawal pada pukul 6.oo petang bertemu dengan penduduk Taiping di Majlis Iftar di DUN Kamunting.

Kemudian DS Nizar bersolat isyak dan tazkirah isyak di Surau Taman Mewah.Sebaik tazkirah DS Nizar akan bersolat taraweh dan menyampaikan tazkirah di Surau Taman Simpang Bakti.

Bagi yang berminat untuk ikut dari awal bolehlah bergerak ke tempat berkenaan.Jom kita ikut dan raikan Hari Kebangsaan bersama DS Nizar.

Satu lagi kita hendak beritahu SB pun suka ikut program Ramadhan DS Nizar,kenapa kita yang berjuang untuk rakyat tidak mahu turut serta.

Jom jumpa DS Nizar...!

Monday, August 23, 2010

Jadikan Puasa Enam Syawal sebagai Sunnah Nabi.- Nizar

DS Nizar sedang menyampaikan ucapan selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang selepas Solat Taraweh di Masjid Kg Pauh pada 22 Ogos lalu.DS Nizar berbesar hati untuk menunaikan Solat Isyak dan Solat Taraweh berjamaah bersama penduduk.



DS Nizar berpesan kepada penduduk Bukit Gantang supaya meneruskan puasa enam Syawal seawal mungkin.Beliau meminta kita berpuasa bermula dua Syawal lagi.

Nizar menjelaskan dengan puasa 6 hari bermula dua Syawal ,kita mengikut Sunnah Nabi.Ini juga menyebabkan kita terasa nikmat dan lazatnya berpuasa 6 hari bulan Syawal.

Beliau mencadangkan agar kita tidak membuat sebarang kenduri dan majlis di siang hari bermula 2 Syawal hingga 7 Syawal.Beliau menyarankan kita menghidupkan Sunnah Nabi itu.sumber blog parlimen

Kita sertai Pas Bukit Gantang menyantuni rakyat-Jom derma.

Ustaz Nordin Jaafar bersama DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang bergambar kenangan dengan penerima bantuan pada 22 Ogos lalu di Kg Larut Tin,DUN Changkat Jering.

YDP PAS Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar merayu dermawan memberi sumbangan bagi disumbangkan kepada 500 orang fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim dalam Parlimen Bukit Gantang sempena hari lebaran ini.

Semua sumbangan akan diagihkan dalam bentuk hamper dan wang ringgit kepada mereka yang disebutkan tadi pada 5 September ini sebelum menjelang aidil fitri.

Sumbangan akan disampaikan oleh Ahli Parlimen DS Nizar Jamaluddin.

Ustaz Nordin Jaafar meminta para dermawan yang ingin menyumbang seikhlasnya boleh 'bank in' sumbangan ke akaun Pas Kawasan Bukit Gantang BIMB O8040010013314 .

Beliau meminta segala sumbangan memaklumkan melalui mesej ke 019-5403449 atas nama Sdr Fahil Idris untuk rekod.

Beras fidyah juga boleh diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen nombor telefon 04-8483950 .

Atas segala sumbangan yang diberikan ,PAS Kawasan Bukit Gantang mengucapkan ribuan terima kasih.

Sunday, August 22, 2010

Politik perkauman pihak musuh politik yang rancang semuanya.-Nizar

DS Nizar dalam satu tazkirahnya kelmarin menyatakan terdapat usaha terancang pihak musuh untuk mencetuskan susasana tidak aman dalam kalangan masyarakat.

Beliau memberi contoh bagaimana seorang Pengetua Kanan boleh mengeluarkan ucapan berbau perkauman dan berbentuk hasutan.Pengetua DG 52 atau DG 54 mustahil tidak tahu komposisi kaum dalam sekolah mereka.

Terkini seorang Pengetua di sebuah sekolah dekat Sungai Petani menimbul isu yang sama.

Nizar menjelaskan lagi terdapat pemimpin BN seperti Chua Soi Lek juga menimbul isu sensitif dan berbentuk hasutan.

Kemudian diteruskan oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali.Semuanya seolah dirancang agar rakyat bermusuh,akhirnya ini menguntungkan BN.

Begitu juga isu khutbah Jumaat di Pulau Pinang ,pihak UMNO akan menggunakan apa saja cara untuk membuat orang Melayu benci kepada orang Cina.

Justeru itu bagi pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan.Pihak musuh politik PR akan cuba manipulasikan ucapan pimpinan kita.

Bagi Nizar kita tidak perlu melatah dan terperangkap dengan provokasi pihak lawan politik.

Nizar Temui Rakyat Pasar Ramadhan Bt 2 1/2 Jln Simpang.

Bertemu Pegawai Polis Trafik bertanya khabar.
Nizar dikerumuni rakyat.
Beramah mesra dengan peniaga pasar Ramadhan.

Friday, August 20, 2010

Khutbah Jumaat-Ustaz Zakaria Ahmad yang doakan Lim Guan Eng?

Kita hari ini membaca akhbar Harian Metro yang memetik kenyataan Pengerusi Masjid Padang Menora,Tasek Gelugor Hamir Mahmud yang menyatakan Khatib Jemputan pada hari itu Ustaz Zakaria Ahmad yang mendoakan Lim Guan Eng.

Peristiwa itu berlaku pada 25 Jun 2010. "Beliau tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dalam doanya,sebaliknya menggantikan dengan orang Islam secara keseluruhan ,mungkin beliau orang luar Pulau Pinang iaitu dari Perak" kata Hamir Mahmud seperti dilaporkan.

"Selepas itu,beliau menyambung doanya dengan menyebut nama Guan Eng dan doa dibacakannya supaya Ketua Menteri mendapat hidayah untuk menerima Islam," kata Pengerusi Masjid Jamek Padang Menora seperti yang dipetik .

Kita mengharapkan Ustaz Zakaria Ahmad dapat menjerbihkan susasana jika betul beliau merupakan Tok Khatib yang berdoa untuk Lim Guan Eng dalam Khutbah Jumaat 25 Jun lalu.

Ustaz Zakaria Ahmad dari Kg Sungai Petai, parlimen Bukit Gantang perlu membantu kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyelesaikan provokasi UMNO . Mengelakkan fitnah lebih penting ,jadi kita berdoa Ustaz Zakaria Ahmad dapat menolong Lim Guan Eng.




Cucu kedua DS Nizar-moga-moga Pakatan Rakyat dapat perintah Putrajaya.



Anak sulung kepada Dato Seri Nizar, Ustazah Faatihah telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.85kg jam 3.12 petang tadi di Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Ipoh.
Cucu kedua Ahli Parlimen Bukit Gantang.Cucu pertama bernama Nuur Insyiraah.
Datin Seri Fatimah Taat bersama cucu keduanya
gambar:sumber blog ajijoi

Kita mengucapkan tahniah kepada DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru mendapat cucu kedua.Moga-moga kehadiran cucu kedua bertambah semangat DS Nizar untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat.

Kita mendoakan DS Nizar terus diberi kekuatan tenaga dan kesihatan yang baik oleh Allah s.w.t untuk berkhidmat kepada rakyat.

Esok kita bersama DS Nizar lagi,,tapi SB tetap minat ikut!

Penduduk Bukit Gantang bertanya bila DS Nizar bersama rakyat .Lalu kita menjawab esok.Mana yang tak puas hati menelefon DS Nizar terus.Sebenarnya mereka ingin dengar suara DS Nizar.


Esok Ahad 22 Ogos,DS Nizar bersama penduduk Bukit Gantang lagi.Program bermula pada pukul empat petang.

DS Nizar dijangka menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin Kg Larut Tin.Majlis kerjasama PAS cawangan Larut Tin dalam DUN Changkat Jering.

Sementara pada sebelah petang DS Nizar dijadualkan melawat pasar Ramadhan Bt 2 1/12,Jln Taiping-Simpang.

Jam 6 petang DS Nizar akan bergerak ke Surau Taman Kuning Sari untuk Majlis Iftar bersama penduduk Unit Peti Undi Air Kuning.Di sini juga majlis sumbangan untuk penduduk miskin akan diadakan.

Untuk Solat Isyak dan Solat Taraweh DS Nizar akan bersolat di Masjid Kampung Pauh.InsyaAllah DS Nizar menyampaikan tazkirah selepas Solat Taraweh di Masjid Bukit Gantang.

Siti Inshah Mansor Pengetua Paling Popular- Beri peluang beliau bela diri.

Akhirnya Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri bersuara dengan mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan Hajjah Siti Inshah Mansor Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra ,Kulai Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

Menurut menteri pelajaran pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

Hajjah Siti Inshah Pengetua Kanan SMK Tunku Abdul Rahman Putra didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Banyak laporan yang dibuat ,pelajar ,ibu-bapa dan Puan Pengetua.Kita juga mengharapkan siasatan telus dan adil.

Siasatan perlu memberi peluang Siti Inshah membela diri.Jika siasatan mendapati beliau tidak bersalah atau tanpa niat kita seharusnya memberi peluang kepada Siti Inshah untuk meneruskan usaha mendidik anak bangsa.

Kita difahamkan prestasi sekolah tempat beliau menjadi pengetua amat cemerlang.Jangan kita lupakan kebaikan Siti Inshah Mansor.Tetapi Siti Inshah perlu dikursus dengan budaya kaum lain yang Allah s.wt jadikan itu untuk kita saling mengenali.

Sedikit Kontra- Jika Betul Apa Salahnya Mendoakan Lim Guan Eng.

Jika betul pertama sekali tahniah diucapkan kepada Tok Khatib Ustaz Zakaria Ahmad yang mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Lim Guan Eng supaya sihat dan berlaku adil dalam pemerintahan.Hukum tidak salah tetapi politik UMNO tidak sesuai.

Tetapi Khatib mana yang baca itu tidak pula dinyatakan Zahid Hamidi.Mungkin tindakan-tindakan Zahid memungkinkan UMNO tidak punya harapan di Pulau Pinang

Moga-moga Lim Guan Eng diberi hidayah untuk mengenali Islam.Apa doa yang Tok Khatib pendakwah bebas itu kita pun tak tahu.Zahid Hamidi tidak kemukakan bukti dan tiada laporan polis dibuat.

Khairy Jamaluddin sudah melenting.Suruh pihak berkuasa siasat.Khairy sekejab berjiwa 1 Malaysia sekejab berjiwa Melayu UMNO.Tetapi bunyi riuh Khairy kerana ingin jadi Menteri.Najib setakat ini tidak makan dengan lakonan Si Khairy itu.

Lim Guan Eng kini menjadi semakin terkenal ,terkenal kerana ingin menjadi seperti Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz.

Tahniah UMNO yang menaikkan imej kerajaan rakyat Pulau Pinang.Tahniah UMNO kita kini semakin merdeka,politik sempit dan politik perkauman sudah tidak diterima.

Thursday, August 19, 2010

Kita jangan jadi seperti Negara Mesir Bapa Munafik ?

Sebentar tadi mendengar tazkirah YB Ustaz Mujahid Yusof Rawa di Masjid Telekom.Amat menarik dan memberi kesan kepada kita.

Antara lain beliau menjelaskan Mesir sebuah negara bapa munafik.Mesir negara Islam yang menutup pintu sempadan dengan Gaza. Ustaz Mujahid memberitahu Gaza penjara paling besar abad ini.

Mesir boleh bersengkongkol dengan negara Amerika Syarikat dan Yahudi yang jahat dan Zionis itu.

YB Mujahid juga menerangkan segala senjata baru Amerika diuji di Palestin.Kini pembayar cukai Amerika Syarikat marah dengan kerajaan mereka yang membelanjakan trilion dolar USA untuk memusnah negara orang lain.

Ustaz Mujahid menyatakan seharusnya kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Palestine yang berani menentang kuasa Jahat Yahudi dan Zionis itu.Kita berpuasa dalam keadaan bermewah mereka makan cukup untuk sekeping roti.Mereka sanggup mati mempertahan bumi Islam yang juga bumi Masjidil Al Aqsa.Buka puasa mereka dengan letupan bom.

Kita sekurang-kurangnya mendoakan keselamatan untuk penduduk Palestine.Ataupun kita cuba melihat sekeliling kita yang susah,sedangkan kita amat kedekut untuk menginfak.

Setakat ini tazkirah YB Mujahid yang paling terkesan untuk kita, memikirkan banyak lagi yang perlu kita buat untuk Islam.

Apa khabar Siti Inshah Mansor seorang Pengetua Kanan yang ketinggalan keretapi.

Image preview

Pn Pengetua Kanan Hjh Siti Inshah bt Mansor

Kita membaca tulisan Uthaya Sankar dalam blognya telah menghantar satu surat kepada Siti Inshah Mansor .Uthaya Sankar beranggapan puasa Pengetua Kanan itu telah batal kerana mengeluarkan ucapan rasis. Bagi kita seperti budak baru belajar itu.


Beliau mencadangkan satu Taklimat Budaya Pelbagai Kaum dan Etnik dan buat permulaan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra ,Kulai.

Berikut petikan tulisan Uthaya Sankar SB dalam blognya .


Surat cadangan Taklimat Khas Budaya Kaum India sudah selamat dikirim melalui pos kepada Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya pada pagi 18 Ogos 2010. Salinan surat yang sama turut dikirim kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya; manakala salinan kepada Penasihat Agung Kavyan akan diserah terus apabila saya bertemu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada 19 Ogos 2010 untuk perbincangan lanjut berhubung aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan.."mmmmmmmmm

mm

Wednesday, August 18, 2010

Cuti Sekolah Cuti Raya Pegawai Muhyiddin Yassin Tak Pandai Rancang

Muhyiddin TPM kini sedang main wayang dengan Chua Soi Lek yang mengaku bersetubuh dengan perempuan itu.

Buat kata YB Mahfuz terdapat wayang opera dan pentas bangsawan edisi 2010.Dulu Najib berdansa dengan Lee Kim Sai pada 1987. Akhirnya UMNO menang besar dalam PRU.

Lebih baik Muhyiddin TPM Umno itu menyelesaikan rintihan rakyat yang terlibat dalam profesyen perguruan. Tetapi Muhyiddin bukan Menteri Pelajaran yang berkesan.Contoh terdekat bagaimana KPM boleh merancang cuti sekolah sebelum Hari Raya Aidil Fitri bermula 4 September hingga 12 September.

TPM ini seolah bertugas kena ketuk baru boleh berfikir.Jaga Sistem Pendidikan Negara tetapi otak macam berada zaman baru merdeka.

Pihak sekolah terpaksa mencari hari ganti untuk persekolahan bagi membolehkan pelajar dan guru meraikan Hari Raya Aidil Fitri .Jika ambil cuti sehingga 17 Ogos ,pihak sekolah terpaksa menggantikannya selama 4 hari.Jika mengambil cuti peristiwa sekolah kena pula mengganti selama tiga hari.Satu hari sudah selamat kerana 16 September Hari Malaysia ,cuti umum.

Apa salah Muhyiddin Yassin meminta Ketua Pengarah supaya cuti sekolah disusun semula .Jadikan 6 Ogos hingga 8 Ogos hari persekolahan dan wartakan 11 hingga 19 Ogos sebagai cuti sekolah .

Namun KPM tidak bertindak,lebih suka sekolah mengambil persekolahan ganti.Walhal waktu belajar pun pendek dan sekolah lebih banyak mengadakan pelbagai aktiviti pada Hari Sabtu ,sekolah ganti itu.


Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah Dinaiki Air-Jom Kita Bantu

YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar sedang meninjau Rumah Anak Ayatim yang digenangi air.Turut kelihatan Wan Basher anggota Unit Amal Kawasan yang berada di situ untuk membantu.
Rumah Jagaan Anak Yatim Perempuan diniaki air malam kelmarin.Seramai 27 anak yatim perempuan tinggal di situ.Setakat malam tadi 12.00 malam mereka masih tidak berpindah.
Kawasan Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah yang dinaiki air.Kita bersama YDP Bukit Gantang,Setiausaha Fadhil Idris pergi meninjau keadaan rumah anak yatim yang dinaiki air. Hujan lebat sepanjang malam menyebabkan beberapa tempat dalam Parlimen Bukit Gantang banjir.Antara kawasan yang terlibat Pekan Bukit Gantang,Kg Pauh.Padang Gajah,Sungai Nyior dan Kg Jarum Mas.

Menurut Penyelia Asrama Anak Yatim Sdr Karim Mat Isa, banjir kerap berlaku kerana sungai agak sempit dan tidak lurus.Bagi mereka yang ingin membantu boleh menelefon Karim Mat Isa 05-8544170

Bagi mereka yang ingin membantu melalui Pusat Khidmat Bukit Gantang boleh menelefon o5-8483950 waktu pejabat.

Tuesday, August 17, 2010

Apabila Pengetua UMNO berpolitik mereka akan benci semua kaum?

Laman portal malaysiakini melaporkan Lim Kit Siang telah mendesak kerajaan mengambil tindakan ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Menurut laman portal itu Penasihat DAP Lim Kit Siang mengharapkan tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

YB Lim Kit Siang menegaskan tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

" Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut."kata Lim Kit Siang lagi seperti yang dilaporkan.

Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Siti Inshah didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Laman malaysiakini dalam beritanya menyatakan Siti Inshah mengeluarkan ucapan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Monday, August 16, 2010

Nur Dhiya Ain Rosman Sepatutnya Di Selamatkan Sebelum Jadi Keldai Dadah

Kini jelas seorang lagi keldai dadah antarabangsa telah ditahan. Nur Dhiya Ain Rosman ke Cape Town, Afrika Selatan, Isnin lalu untuk urusan kerja .Namun gadis berusia 19 tahun itu ditangkap oleh pihak berkuasa Afrika Selatan kerana memiliki dadah.


Apa yang kita hairan pihak berkuasa tidak menghalang gadis muda itu daripada berlepas ke Cape Town.


"Nur Dhiya telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town kerana membawa 1.2 kilogram syabu dan kini berada di pusat tahanan Ravensmead.


Gadis manis ini akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Belleville, Cape Town, Nur Dhiya ditangkap pada petang Sabtu lalu di Afrika Selatan.


Menurut berita yang kita baca melalu mstar ,pihak keluarga Nur Dhiya telah membuat laporan sekitar pukul 1 pagi tentang Nur Dhiya.Tetapi tidak ada respon pihak berkuasa.


Sepatutnya Nur Dhiya boleh dilewatkan pergerakannya kerana pesawat berlepas sekitar pukul tiga pagi.


Kerajaan sepatutnya mengambil langkan proaktif kenapa sempadan kita mudah dibolosi .Begitu juga pintu sempadan kita mudah benar si Keldai Dadah untuk beroperasi.


Kerajaan semakin gagal kerana rakyat kita yang menjadi keldai dadah antarabangsa semakin bertambah.


Pintu masuk kita perlu dikaji keberkesanan pegawainya dan teknologi yang ada,agar kecekapan prestasi penguatkuasa mampu menghalang Keldai Dadah dilain masa.

Kematian Bekas Adun Permatang Penuh Misteri.

DS Nizar dalam program beliau sehari suntuk kelmarin memberi beberapa input baru.Antaranya DS Nizar membangkitkan kes bunuh diri Bekas Adun Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Nor dan kes bunuh Siti Rahona Ismat.

Nizar menyataka kes bunuh diri ini disahkan oleh pihak polis melalui Ketua Polis Selangor,Datuk Khalid Abu Bakar.

Bagi DS Nizar setahu beliau lesen untuk memiliki senjata apai hanya diberi kepada wakil rakyat yang masih berkhidmat."Saya boleh memiliki dua lesen pistol ,satu sebagai Adun dan satu lagi Ahli Parlimen"kata DS Nizar dalam tazkirah di Musala Bt 8 malam kelmarin.

"Bagi mereka yang tidak berkhidmat sebagai wakil rakyat mereka kena memulangkan lesen tersebut"kata DS Nizar lagi.

Nizar hairan kenapa polis tidak mahu menyiasat bagaimana bekas Adun Permatang boleh menyimpan pistol.

Kita pun hairan kenapa pihak polis tidak mahu menyatakan motif bunuh diri dan kes bunuh itu.

Sunday, August 15, 2010

Dosa Tony Pua bising Dosa Nazir Razak NGO Melayu senyap.?

Apabila adik kesayangan Najib bersin dan batuk ,NGO Melayu diam tidak terkata.Begitu juga akhbar arus perdana Utusan dan Berita senyap seribu bahasa.Tetapi Tony Pua Ahli Parlimen memberi hujah secara akademik dicemuh dan dibuat laporan .Kononnya bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Berapa banyak UMNO telah menodai perlembagaan ,mereka tetap membisu.Isu bahasa PPSMI dan isu biasiswa serta isu rezab tanah Melayu ,semuanya nampak tetapi bisu.


Kata-kata Nazir Razak yang dipetik melalui ahbar portal Malaysiakini menggambarkan betapa batuk dan bersin adik Najib itu ubat bagi mereka.


"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” Nazir Razak pada sessi soal-jawab selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini.


Nazir Razak beranggapan dasar DEB yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.


"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP)."ujar Nazir Razak seperti yang dipetik.

Selepas ini peluru hidup mungkin untuk Nazir Razak dan 500 orang perwakilan . Tetapi sanggupkah pihak polis siasat jka laporan polis dibuat oleh mereka yang menerima peluru itu.


"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” kata Nazir Razak sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.


Saturday, August 14, 2010

Marilah kita meringankan beban Ahli Parlimen

Bulan Ramadhan yang masih berbaki 25 hari ini,marilah kita jadikan bulan keazaman kita untuk meringankan beban kewangan Ahli Parlimen dan tugas Ahli Parlimen.

Kita terpaksa menulis kerana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat peruntukan mereka dirampas oleh Ketua Umno Bahagian.Semua peruntukan terletak di Pejabat Daerah bahagian pembangunan.

Kita sebagai petugas parti atau jentera parti boleh meringan tugas Ahli Parlimen.Cawangan Pas perlu mencari dana untuk kegunaan masyarakat di lokaliti masing-masing.Kenapa sebelum kita mempunyai wakil rakyat,kita mampu membantu masyarakat dengan duit kocek rakyat.Masyarakat terus memberi derma kepada kita untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Bulan ini sahaja kita menerima permintaan penduduk untuk disampaikan kepada DS Nizar.Malang sekali untuk memanggil DS Nizar berbuka puasa di Surau atau Masjid, mereka meminta Ahli Parlimen memberi sedikit sumbangan.Lalu kita menjawab terlalu ramai orang yang ingin menjamu DS Nizar.Jika tidak berminat kita akan bawa DS Nizar ke tempat lain.Pihak mereka yang memanggil DS Nizar ,DS Nizar pula yang kena memberi sumbangan.Kita katakan gunakan kekuatan dan kelebihan cawangan untuk meringankan beban tugas Ahli Parlimen kita.

Begitu juga terdapat surau yang kita kuasai dan urus memohon beberapa keperluan untuk masyarakat.Dahulu semasa kita tidak menang di Bukit Gantang,kita pandai mencari duit sendiri,pada PAS pun mereka tidak minta.Era kuatnya Pakatan Rakyat mereka mula meminta peruntukan Ahli Parlimen,walhal mereka tahu yang memegang duit Ketua UMNO bahagian.

Petugas kita seolah lupa, duit kita dikocek rakyat marhaen dan dermawan.Budaya dari parti lain tidak perlu di bawa,meminta-minta .Meskipun kita tahu cawangan dan organisasi kita banyak duit.

Sekali lagi kita merayu marilah kita ringan tugas Ahli Parlimen dengan tidak meminta-minta,sedangkan kita berduit dan mampu.

Tunjukkan kita tetap sama ,kerana kita selalu meringan parti dalam menyantuni masyarakat.

Moga-moga Najihan dan Nazuwa diberi kesabaran dan menjadi anak soleha.

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya.-sumber Mstar.


Marilah kita mendoakan supaya Najihan dan Nazuwa mempunyai kekuatan menghadapi ujian paling besar dalam hidup mereka.

Peristiwa di awal bulan Ramadhan ini sudah tentu menjadi ingatan buat mereka selamanya.Menjadi anak yatim piatu diusia muda sudah menjadi lumrah bagi orang lain.Tetapi Najihan dan Nazuwa melihat ibu dan bapa mereka mati dalam peristiwa yang menyayat hati.

Kita mengharapkan pihak sekolah tempat Najihan dan Nazuwa belajar harus cekap serta pantas untuk menghantar guru kaunseling mereka bertemu kedua-dua adik beradik itu.

Mereka perlu diberitahu hikmah sesuatu peristiwa.Jangan biarkan mereka menyalahkan takdir.
Ayuh pihak sekolah bertindak pantaslah untuk menghantar kaunselor anda.Beri mereka perhatian secukupnya,di saat ini mereka mesti dibantu untuk memulihkan semangat mereka bagi meneruskan kehidupan mendatang.

Kita empati dan simpati.Cuma kita hanya dapat panjangkan doa supaya Allah s.w.t memberi mereka ketenangan hati, dan jiwa yang kental .Mereka terus mendoakan Allahyarham ibu-bapa supaya ditempatkan bersama orang soleh .

Ya Allah kasihani mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik kami semasa kecil hingga kini. Amin.Allah jua yang maha mengetahui.

Khuatir Sang Rakyat Takut Nizar Di 'Sabotaj'

DS Nizar mengimam solat jenazah .DS Nizar tetap dianggap pemimpin mereka.Keluarga si mati tidak pula menganggap DS Nizar seorang penderhaka.


Teman-teman penduduk Bukit Gantang menasihat kita supaya pergerakan DS Nizar tidak dihebahkan sangat.Mereka khuatir program DS Nizar di sabotaj.

Kita mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka.Kita tahu mereka amat sayang dengan DS Nizar.

Namun begitu kita kena hebahkan agar masyarakat sekitar Bukit Gantang khususnya pengundi DS Nizar tahu ,DS Nizar senantiasa bersama rakyat.

Pergerakan DS Nizar insyaAllah senantiasa dipeliharaNya.Kita tahu DS Nizar juga dikuti pihak berkuasa khususnya Cawangan Khas yang selalu memberi kawalan keselamatan secara tidak langsung.

Dalam politik moden ini,maklumat perlu untuk menyedarkan penduduk.Dengan kehadiran DS Nizar ke tengah masyarakat,paling kurang isu terkini Perak atau isu nasional dapat dijelaskan kepada mereka.

Bagi kita Nizar sumber inspirasi rakyat melawan ketidakadilan dan kezaliman.Rakyat juga tetap menganggap Nizar pemimpin sah mereka.

Kini penduduk Bukit Gantang sudah mengetahui DS Nizar pimpinan nasional.Kehadiran DS Nizar di mana-mana pasti ditunggu. Jadi penduduk Bukit Gantang kini boleh berkongsi Ahli Parlimen mereka dengan orang lain.

Friday, August 13, 2010

Bulan Kemerdekaan:Kena Paksa Jalur Gemilang Pun Berkibar

Bulan ini bulan kemerdekaan.Kita rasa tahun ini tahun kedua majoriti rakyat Perak tidak memberi sambutan.Kita tidak melihat kereta yang mengibarkan bendera kecil jalur gemilang.

Jika kita perhatikan bangunan kedai pun tidak berminat .Tiga tahun lalu bandar Taiping meriah dengan kibaran bendera jalur gemilang.Kini yang mengibarkan Jalur Gemilang hanya penyokong tegar UMNO atau BN.

Pada sesetengah kereta ,berbangga dengan slogan dulu,kini dan selamanya bersama bendera Malaysia.Tetapi kini mereka lesu selesunya.

Bagi pihak Jabatan Kerajaan mereka terpaksa untuk menceriakan kawasan pejabat mereka.Begitu juga Pihak Guru Besar dan Pengetua mengerah pekerja untuk memasang jalur gemilang,kononnya sekolah mereka paling patriotik. Meskipun sekolah kelihatan ceria berkibarnya bendera Jalur Gemilang,perkarangan rumah dan kereta mereka pun langsung tidak mempunyai bendera Malaysia.

Apa yang jelas penduduk mempunyai semangat patriotik tetapi pemerintahan yang ada menghalang kita untuk memberi sokongan menjayakan bulan kemerdekaan.

Memberi sokongan seolah kita membenarkan kerajaan BN menaikan harga barang.

Thursday, August 12, 2010

Santai pagi: ayah malu ramai macam Wan.

Tiga malam sudah kita bersolat teraweh dan mendegar tazkirah.Kita pergi ke Masjid Lama Bandar Taiping.Turut serta anak-anak yang sedang membesar.

Cukup pukul 10.30 malam kami balik kerana anak-anak bersekolah esoknya dan perlu menyiapkan kerja sekolah.

Apa yang menarik kata-kata anak apabila kita menyuruh mereka jika haus atau terasa lapar pergi ke balai lintang.

"Ayah kami malu,ramai macam Wan di belakang,minum dan makan"kata anak kita.Lalu kita menjawab yang patut malunya mereka,sebab sepatutnya mendengar tazkirah bukannya kamu.

"Kamu kecil lagi, tak pa kalau haus dan lapar pi belakang?" kata kita.

Kita mengharapkan program tazkirah ,Masjid Lama perlu ditambah nilai bukan sahaja kepada anak murid tetapi juga para Tok Guru.Tok Guru perlu diberitahu ,supaya pendengar tazkirah akhirnya mampu bergerak di tengah masyarakat ,agar Pakatan Rakyat mampu menang dalam PRU 13.Paling kurang bagaimana jadikan bazar Ramadhan medan dakwah.

Bersabarlah Kak Wan Dengan Ezam

Kak Wan sedang berceramah semasa PRK Bukit Gantang 2009. Kita semasa itu menjadi pengerusi majlis.Kita tahu Kak Wan seorang ibu yang soleha dan mampu menghadapi karenah Si Ezam.


Bersabarlah DS Wan Azizah dengan karenah Si Ezam.Ezam terpaksa menabur fitnah ke atas DS
Wan Azizah kerana dengan DS Anwar Ibrahim ,Ezam yang berupa itu gagal.Semakin menghentam Anwar oleh Ezam,rakyat semakin sayang dengan Anwar.DS Anwar makin cekal dan daya tahannya semakin bertambah tanpa merosot.

Ezam perlu membalas budi,hasil mendapat keahlian UMNO.Ezam tahu jangka hayat politiknya juga tidak panjang,kerana PRU 13 insyaAllah bukan milik UMNO.Ezam tahu UMNO kini nazak dan terpaksa mempertahankan diri.

Kita mengharap keluarga Kak Wan terus tabah mengharungi ujian dan fitnah Si Ezam. Kak Wan tetap di sisi rakyat.Biarlah Ezam terjun dengan UMNOnya.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Sehari Bersama DS Nizar-Minat Jom Ikut

Tahun ini tahun kedua kita mengikuti Program Bulan Ramadhan DS Nizar.Pada kali ini program dijadualkan berlangsung 15 Ogos,hari Ahad.

DS Nizar akan mengadakan Tazkirah Dhuha pada pukul 10.30 pagi di Surau Sungai Kerang,Dun Trong.Kita mengharapkan suntikan baru daripada DS Nizar untuk kita bekerja terus dan berlapang dada dalam menghadapi karenah masyarakat.

Selepas kuliah Dhuha ,kita boleh mengikuti DS Nizar menziarahi penduduk.Kemudian kita boleh bersolat Zohor bersama DS Nizar di Masjid Kg Sungai Tinggi(Dun Trong).

Sebaik Solat Zohor dan program tazkirah lima minit serta ziarah penduduk,pada pukul 3.00 petang kita boleh pergi ke Sungai Baru.Di sini satu majlis sumbangan untuk mereka yang miskin dan tidak berkemampuan akan berlangsung.

Pada pukul 5.15 petang DS Nizar akan bertemu penduduk di Pasar Ramadhan Taman Kota Jaya Simpang. Sementara itu seawal 6 petang ke Majlis Tazkirah dan Berbuka Puasa Surau Kampung Jelapang.

Seabaik program di Surau Jelapang berakhir,DS Nizar bersolat Isyak di Surau Hidayah,Taman Simpang.

DS Nizar bersolat Teraweh di Surau Bt 7,Changkat Jering(Jln Trong).Program terakhir DS Nizar pada 10.00 malam merasmikan Musala Bt 8,Jalan Changkat Jering-Trong.

Bagi mereka yang berminat bolehlah bersama DS Nizar .Kita jadikan cuti hari Ahad ini ,satu cuti penuh makna.Satu hari bersama DS Nizar Jamaluddin.

Pas dan Pemikiran Baru Buat Rakyat-Mahfuz Omar Pemimpin Dinamik

Tahniah YB Mahfuz Omar merentasi zaman.Pemimpin yang dinamik memikir masalah rakyat.Kita baca tulisan YB Mahfuz yang bergerak pantas menyelesaikan masalah rakyat marhaen.Kita lihat dan baca dinamik pemikiran Mahfuz.


PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru sekiranya parti itu mahu merealisasikan satu komuniti Islam yang kuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.


Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya melakukan 'rancangan jangkauan panjang' atau long range planning kalau dilihat pada ekspedisi Hijrah ar-Rasul ke Yathrib (Madinah).


Inilah ilmu pemikiran strategik yang Rasulullah s.a.w. tinggal pada kita di mana ekspedisi hijrah ke Madinah itu adalah long range planning, satu persiapan untuk melengkapkan persiapan yang lain, iaitu pembukaan Kota Makkah.


Kerangka dinamik itu sudah tentu menuntut PAS mempunyai 'pendekatan bertahap' (step by step approach) yang tersendiri.


Persiapan masyarakat sivil Madinah sendiri menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengiktiraf kerakyatan orang-orang Aus dan Khazraj sebelum wujud masyarakat Ansar di samping Muhajirin yang datang dari Makkah.


PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu.


PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.


Buat apa kita takut dengan tohmahan pemimpin tertentu dalam Umno, mereka tidak sedar bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri bersedia memeterai perjanjian politik dengan tiga kaum Yahudi serta Majusi untuk menghadapi kezaliman pemimpin-pemimpin Arab di Makkah yang akhirnya membawa pada penubuhan negara Madinah yang cukup moden dan kuat.


PAS juga wajar meluaskan hubungan tidak langsung dengan kaum profesional supaya cara berfikir kepemimpinan PAS senantiasa ajaib dan di luar kotak.



Untuk memenangi Peperangan Khandaq, cadangan golongan profesional seperti Salman al-Farisi gali parit sebagai benteng pertahanan yang cukup ajaib sendiri akhirnya diterima Rasulullah s.a.w.


Untuk pilihan raya umum depan, PAS tidak boleh lagi menggunakan strategi-strategi lalu, kena ada sesuatu yang saya anggap thinking outside the box.



Dengan konsep berfikir di luar kotak, mampu membuntukan serta melemahkan serangan Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping memecahkan muafakat politik dalaman BN pada pilihan raya umum depan.


Dari segi yang lain, PAS mesti dilihat menguasai ilmu pemikiran literal supaya rakyat lebih yakin dengan kepemimpinan PAS berbanding Umno.


Kalau dahulu, Khalifah Umar al-Khattab mengambil langkah inovatif berijtihad solat tarawih dari 8 rakaat pada 20 rakaat berjamaah, masyarakat kita sekarang popularkan pula budaya tazkirah, takkan PAS mahu dilihat tidak mahu dilihat berfikir lebih literal dalam urusan agama, dalam pentadbiran negara lebih dari itu.


Apa yang penting yang nak saya ketengahkan bukannya jumlah rakaat solat tarawih tetapi ialah lateral thinking yang dibawa oleh seorang khalifah.http://gemasuara.blogspot.com

Tuesday, August 10, 2010

Kita perlu berhati-hati musuh Pakatan Rakyat boleh buat macam-macam!

Gambar sepandok yang dipasang oleh pihak musuh politik Pakatan Rakyat di negeri Johor. Perkara itu sebagai perbuatan melampau dan keterlaluan yang dilakukan pihak musuh poltik PR yang gerun dengan kebangkitan rakyat Johor.

Mereka cuba menghasut rakyatdan melaga-lagakan PR dengan Kebawah DYMM Sultan Johor.Perkara seperti inilah yang mereka buat di Perak,kononnya kita Pakatan Rakyat anti-raja dan anti-Melayu.

Seharusnya pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba menimbulkan suasana tidak harmoni masyarakat pelbagai kaum.
gambar malaysiakini

Jadikan Bulan Ramadhan Ini Untuk Kita Hancur Leburkan Kezaliman.

Marilah kita jadikan bulan Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir kita untuk bersama-sama menentang kezaliman dan menolak kebatilan.

Dengan semangat bulan Ramadhan kali ini membangkitkan keazaman kita untuk bersama kumpulan yang menentang kebatilan dan menentang penindasan ke atas rakyat.

Perjuangan kita pada bulan ini dapat membantu kita menyusun kerja untuk mencari kemenangan pada PRU 13.Kita mesti menyakinkan rakyat kerajaan rakyat telah dirampas melalui tipu muslihat dan penggunaan kaedah yang menjijikkan seperti peras ugut dan seks.

Bagi kita bazar iftar Ramadhan boleh dijadikan medium untuk menentang kezaliman dan penindasan ke atas rakyat.

Tugas kita menerangkan kepada keluarga kita,jiran kita dan komuniti masyarakat setempat.Tugas kita bukan syok sendiri,memuji masjid atau surau yang mengadakan program tazkirah,sedangkan kita langsung tidak menyantuni masyarakat.

Ayuh kita bersama-sama bulan Ramadhan penuh berakah ini untuk kita berdoa.Doakan supaya mereka yang bersama kumpulan yang berada dalam kumpulan kebatilan hancur lebur.Kita doakan perjuagan menegakkan keadilan beroleh kemenangan pada PRU 13!

Pakatan Rakyat Tetap Di hati Rakyat- Yang penting jentera penerangan perlu bergerak.

DS Nizar mendukung seorang kanak-kanak di Kedai Kanji Arab,Taiping.Ibu bapa kanak-kanak ini tidak pula melarang Nizar mendekati anak mereka.Bagi mereka Nizar tetap ikon rakyat.
Seorang bapa beramah mesra dengan DS Nizar di Kedai Kanji Arab kelmarin.Beliau turut gembira dapat bertemu DS Nizar.
DS Nizar membelai seorang anak yatim.Nizar apabila diberitahu seorang penduduk di Taman Kaya baru kehilangan keluarga tersayang terus selepas selesai tazkirah ambang Ramadhan menziarah penduduk di Dun beliau itu.
Seorang lulusan jurutera ingin mendapat pengesahan DS Nizar seorang jutera bertauliah untuk beliau memohon keanggotaan Badan Jurutera Malaysia.

Pengaruh Nizar Amat Kuat- Kini dilarang datang ke surau.

Kelmarin DS Nizar bertemu penduduk Parlimen Bukit Gantang.Program Solat Maghrib bersama Nizar dan mendengar Tazkirah Menjelang Ramadhan mendapat sambutan penduduk.Tazkirah berlangsung di Surau Taman Kaya Fasa 1,dalam Dun Changkat Jering.

DS Nizar berpesan kepada kita supaya merebut peluang dalam bulan Ramadhan ini.Beliau memberi satu tafsiran yang baik,jadikan permulaan hingga akhir bulan Ramadhan lailatul qadar.

Di samping DS Nizar menasihat penduduk supaya menjadi 2 Syawal dan seterusnya sebagai Sunnah Nabi.Kita mulakan puasa 6 hari Syawal seawal 2 Syawal.Jika lewat amat liat untuk kita mengerjakan puasa sunat itu.

DS Nizar juga berpesan kepada kita semua terus bersolat jamaah disamping mendengar kuliah atau tazkirah.Dengan itu kita akan menjadi orang yang berilmu.Apabila menjadi orang berilmu kita menjadi masyarakat yang dapat memilih baik-buruk sesuatu perkara.

Hari ini kita menerima satu perkhabaran sebuah surau yang berdekatan melarang DS Nizar untuk menyertai sebarang program di surau mereka.Mereka memberi alasan tidak ada mana-mana wakil rakyat UMNO atau PR boleh mengikuti program mereka dakwa SMS yang kita terima.

Aura Nizar masih hebat di Parlimen Bukit Gantang.Jika terdapat pendapat menyatakan orang Melayu tidak bersama PR ,itu pendapat pihak musuh yang ingin melemahkan daya juang dan dakwah kita.

Buat kata Nizar agenda jahat musuh Islam untuk melalaikan generasi muda untuk bersolat .Solat tiang agama,tetapi puasa yang diberi keistimewaan berlebihan.

Monday, August 9, 2010

Kerajaan Perak Pendapatan Luar Biasa- Apabila Jual Tanah

DS Nizar sempat memberitahu kita beliau tidak diberi peluang seluasnya untuk berucap dalam Sidang Dun Perak 3 Ogos lalu.

Ucapan sekadar 15 minit selaku Ketua Pakatan Rakyat Perak.Selepas itu berucap dengan nada tinggi untuk menjelaskan pendirian Pakatan Rakyat setelah pembesar suara ditutup.

Setelah Adun PR keluar dewan,Bajet tambahan 80 juta diluluskan oleh BN.Menurut Nizar Zambry terpaksa membeli iklan di News Strait Time dan Sinar untuk menunjukkan relevannya bajet tambahan itu.Bagaimana Zambry terpaksa menggunakan duit rakyat RM30,000 untuk iklan muka penuh.

Jika Zambry Bijak,persidangan DUN Perak 3 Ogos lalu boleh diikuti dengan bebas oleh media massa ,sudah tentu laporan persidangan disiarkan secara percuma oleh media arus perdana.

Menurut Nizar pendapatan luar biasa RM117 juta itu sebenarnya menjual tanah kerajaan.Dengan 50 juta ringgit untuk pelaburan dan 30 juta ringgit untuk kebajikan rakyat.

Bagi DS Nizar,untuk mendapat pendapatan seperti itu orang buta atau buta huruf pun boleh, sekadar jual tanah untuk mendapat kekayaan atau hasil .

Buat Penduduk Bukit Gantang Kita Dengar Ceramah Isu Muhyiddin Batu Api.

Jangan lupa bagi mereka yang berdekatan untuk kita mendengar ceramah DS Nizar dan YB Nga Kor Meng malam ini.Bukan jauh di Changkat Ibol sahaja.

Kedua-dua tokoh Pakatan Rakyat dari dua parti berbeza akan mengupas isu Perak dan nasional.Mungkin mereka akan membidas Muhyiddin Yassin yang menurut kata YB Khalid Samad seorang "batu api".Kita tidak hairan dengan TPM itu ,kerana Pak Lah berhenti pun atas desakan beliau.

Isu rampasan kerajaan rakyat PR tetap menjadi isu.Isu UMNO parti perkauman yang tidak menolong bangsanya akan dikupas Nizar.Mungkin isu Chua Soi Lek penzina mengikut pengakuan Presiden MCA yang menghina Islam akan diulas YB Nga Kor Meng.

Jadi ,jom kita malam ini pergi bertemu pimpinan kita.Ajak keluarga dan jiran tetangga.

Sunday, August 8, 2010

Nilai sebuah surau dua ratus ringgit.?

Kita diberitahu teman-teman UMNO yang Adun Trong Rosli Husein memberi RM200.00 untuk setiap Masjid dan Surau dalam Dun Trong.

Dakwa seorang teman,peruntukan dua ratus ringgit itu untuk majlis berbuka puasa dalam kariah masing-masing.Lalu teman-teman UMNO berbangga inilah kejayaan YB mereka.

Kita pun mencongak sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun,mendapat pula peruntukan Ahli Parlimen dan Dun ,hanya RM200.00 nilai sebuah surau atau masjid.

Sekadar RM200.oo untuk mengelabui mata rakyat,sedangkan DUN Trong masih mempunyai penduduk miskin,bandar? atau pekan yang tidak mempunyai balai bomba.Bank komersial menjadi mainan bibir ADUN Trong.

Banjir kilat masih berlaku dan terdapat penduduk yang belum mempunyai hak milik tanah.Kita ahli UMNO berbangga dan seronok sehingga bulan Ramadhan akan datang kerana YB Umno memberi kami makan bernilai RM 200.00. Itupun berkongsi satu kampung?

Nizar:PRU 13 calon Pakatan Rakyat yang terbaik.

DS Nizar selaku Pengerusi Pakatan Rakyat Perak menjelaskan kepada peserta Konvensyen Pas Perak 7 Ogos lalu bahawa Pakatan Perak akan menonjolkan calon terbaik untuk PRU 13.

Beliau juga menyatakan apabila sampai masanya semua calon Pakatan Rakyat di 59 kerusi Dun akan diperkenalkan kepada rakyat untuk dinilai.

Pengundi dan pimpinan masyarakat boleh menyelidik mereka dan membuat bantahan jikalau terdapat mereka yang bermasalah.

Bagi Nizar dengan sistem yang ada,dengan nombor kad pengenalan sahaja kita mengetahui sesuatu perkara tentang individu itu dengan cepat.Beliau menegaskan samaada mereka mempunyai saman ,bankrap dan disenaraihitam LHDN.

Dengan perkembangan ini seperti yang ditegaskan DS Nizar,insya'Allah rakyat akan terus menyokong Pakatan Rakyat .

Namun begitu bagi wakil rakyat yang berprestasi cemerlang perlu dikekalkan.Bagi mereka yang meminta dicalonkan sewajarnya juga ditolak sebagai wakil kita pada PRU 13.

DS Nizar kehadirannya dinantikan- jumpa Nizar esok 9 0gos.

Banyak sangat bertanya khabar DS Nizar.Semuanya ingin mendapat maklumat terkini daripada Ahli Parlimen ikon mereka. Ramai bertanya sidang DUN Perak dan berharap benar 9 Ogos ini DS Nizar dapat berada bersama mereka..

DS Nizar dijadual berceramah bersama YB Nga Kor Meng,Ahli Parlimen Taiping pada hari esok 9 Ogos bertempat di Kg Changkat Ibol.Mereka yang ingin maklumat terkini datanglah beramai-ramai pada pukul 9.30 malam.

Pendududuk masih hendak mendengar jahatnya UMNO merampas kerajaan PR melalui tangan ghaib dan pintu belakang.Bagi kita ,penduduk setempat perlu berjumpa setiap orang untuk menolak UMNO pada pRU 13.

Dengan PRU 13,UMNO mengguna pelbagai tipudaya sewajarnya kita bersedia dari sudut mental,fizikal dan emosi.Di samping usaha berterusan mendekati Allah s.w.t.

Saturday, August 7, 2010

Syabas YB Mahfuz apabila Awang Selamat mula melatah.

Awang Selamat dalam tulisan melabelkan YB Mahfuz Omar seorang yang angkuh dan menjijikkan.

Awang Selamat juga menuduh PAS parti paling dayus apabila menggunakan nama Islam.Awang Selamat seolah bersetuju supaya UMNO dan PAS meneruskan agenda perpaduan. Awang mempertikai hubungan PAS dengan DAP yang kononnya anti negara Islam.

Awang berbangga UMNO berjaya dalam hubungan dengan kaum lain,dan menempelak PAS yang baru setahun jagung dalam hubungan dengan kaum lain.

Dalam usia setahun jagung itulah memberi peluang orang bukan Islam mengenali Islam sebenarnya.

Tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Mingguan memberi pengiktirafan kepada YB Mahfuz Omar dan PAS .

Kini UMNO bukan lagi pilihan rakyat Malaysia.Teruskan perjuanganYB Mahfuz Omar,jika terdapat orang tidak suka terutama musuh ,ini menunjukkan prestasi anda sebagai Naib Presiden dan Ahli Parlimen amat baik.

PRU 13 UMNO akan guna apa sahaja untuk menang.

Konvensyen Pas Perak kali 15 baru sahaja berlangsung.Kita mendengar pandangan-pandangan Pimpinan Pas Perak mengutarakan idea bernas untuk menambah nilai perjuangan PAS Perak.

Kita tertarik dengan ucapan DS Nizar antara lain menjelaskan UMNO akan menggunakan taktik paling kotor dan zalim untuk mengekalkan kuasa mereka.

Bagi kita dengan adanya ILPAS jentera Pilihanraya Pas Unit Peti Undi dan Majlis Tindakan DUN dapat menambah ilmu pilihanraya dalam menghadapi tipu daya UMNO dalam PRU 13.

Kita juga mengharapkan pimpinan kita terus tabah dan tahan uji dalam menghadapi karenah UMNO .

Dengan resolusi Konvensyen antara lain menekankan kita perlu bekerja untuk ke Putrajaya.PAS bagi kita perlu menonjolkan imej pemimpin masa depan supaya rakyat sudah bersedia memilih PAS sebagai alternatif menggantikan UMNO.



Friday, August 6, 2010

Nizar bakal Timbalan Presiden Pas?

Ustaz Misbahul Munir ,Setiausaha Perhubungan Pas tersasul dua kali menyebut DS Nizar Timbalan Presisen Pas.

Akhirnya setelah menyedari beliau tersasul, Misbah menyatakan DS Nizar Timbalan Presiden 10 tahun lagi. .

UMNO jangan takut mereka juga rakyat.

YB Salahuddin Ayob bersama DS Nizar di Majlis Konvensyen PAS Perak Kali 15.Turut kelihatan YB Ngeh Koo Ham Pengerusi DAP Perak.

YB Salahuddin Ayob menyatakan Ahli Umno jangan takut jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kerana mereka juga rakyat Malaysia.

Dalam ucapan Naib Presiden Pas itu,jika Pas menerajui Malaysia semua rakyat akan dilayani dengan adil.


Salahuddin Ayob juga menjelaskan sejarah telah mengajar kita tentang hubungan PAS dengan UMNO.

YB Salahuddin Ayob juga menyatakan kita perlu melihat cermin pandang belakang .Contohnya jika kita menaiki kereta pun ,kita perlu melihat cermin pandang belakang ,supaya kita berhati-hati.Jadi hubungan kita dengan UMNO kita akan terus berhati-hati dan berwaspada,kerana kita mempunyai sejarah hubungan dengan UMNO.

YB Salahuddin Ayob menegaskan sekali lagi kita tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Bagi PAS ,menurut Salahuddin Ayob,kita berani membuat eksperimen dan perjuangan kita diterima oleh IkhwanulMuslimin dan dijadikan contoh untuk mereka memahami demokrasi.

Thursday, August 5, 2010

ADO Pejabat Tanah Taiping Harun Rawi Jadi Boneka MCA?

Kes Tanah Penduduk Kg Baru Kuala Sapetang masih hangat dibincang.Mereka membincangkan bagaimana wakil MCA dan Gerakan dua Adun yang kalah PRU 12 boleh bersama ADO Harun Rawi menyelesaikan masalah penduduk.

Sedangkan YB Tai Sing Ng Adun Kuala Sapetang dan DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak dipanggil untuk mendengar taklimat daripada Tuan ADO Harun Rawi kelmarin 5 Ogos.Pertemuan dan perbincangan itu berlangsung di Pejabat Penghulu Matang.

Bagaimana angkuhnya ADO Taiping ,Harun Rawi meminta mereka yang tidak berkenaan keluar.Walhal Dato' Ho dan wakil Gerakan dibenarkan untuk mendengar taklimat itu.

Wakil Adun Kuala Sapetang dan wakil DS Nizar cuba dihalang untuk mendengar taklimat dan membela nasib penduduk Kg Baru Kuala Sapetang.Namun atas kepentingan rakyat,mereka berjaya masuk untuk mendengar taklimat.

Penduduk kampung yang terlibat hairan kenapa wakil MCA sibuk dan berjanji untuk menolong .Dato' Ho Chun Wah bekas ADUN MCA Pokok Assam dengan agak sombong menyatakan akan bertemu Menteri Pengangkutan daripada MCA untuk menyelesaikan mereka.

ADO Harun Rawi selaku Penjawat Awam terpaksa meminta bantuan bekas ADUN MCA yang ditolak rakyat pada 2008 untuk menyelesaikan masalah rakyat.Penduduk terbabit menjelaskan kenapa kenapa Exco Mah Ha Soon tidak bersama mereka.

Isu Gempar:Pegawai PTD Larut Matang Lebih Percaya Pemimpin MCA.

Kelmarin satu pertemuan penduduk dengan pihak berkuasa tanah di Pejabat Penghulu Matang.Amat menarik dan dikatakan panas.Isu berkaitan rumah mereka yang diminta untuk diroboh di Kg Baru Kuala Sapetang.

Apa yang menarik kata-kata Pegawai Kanan itu yang menyatakan hanya Dato Ho(Bekas Adun Pokok Assam) sahaja yang boleh menyelesaikan masalah penduduk.

Dengan agak angkuh Pegawai Kanan itu memberitahu Dato Ho(Adun yang kalah ditangan YB Yew Sue Kai -DAP) yang boleh menolong mereka.

Dato' Ho pula menyakinkan penduduk bahawa beliau akan meminta Menteri Pengangkutan dari MCA untuk membantu mereka.

Cerita Budak Sekolah-Cita-cita Nak Jadi PM Tapi Dapat Tapak Kaki.

Kita dengan anak murid agak rapat.Tak kira Cina,India dan Melayu semuanya mesra dengan kita.Mereka tahu kecenderungan politik kita.

Contoh PRU 12 ,apabila kita berkempen untuk Allahyarham Hj Roslan Shaharum sekitar DUN Changkat Jering 2008,kebanyakan anak murid kita telah menjadi pengundi.Mereka tetap suka Cikgu mereka kempen untuk PAS.

Kita perkenalkan kepada mereka ini calon yang kita sokong.Alhamdulillah PAS menang pada malam 8 Mac 2008.

Tetapi kini apabila kita mengikut DS Nizar bertemu masyarakat,khususnya di Pasar Malam.Anak murid kita pasti berbangga Cikgu mereka bersama "Nijar".

Apa yang kita hendak cerita kali ini ,ingatkan kita sahaja berseorangan menyokong PR .Namun begitu terdapat Cikgu lain juga menyokong PR.

Menurut anak murid kita,seorang guru Bahasa Inggeris menyuruh murid-murid membuat sebuah karangan bertajuk "Cita-cita".

Jadi murid kita yang seorang ini dan kawan-kawannya ,buatlah sebuah karangan apabila besar ingin menjadi Perdana Menteri.

Maka guru Bahasa Inggeris itu bertanya,dari parti mana? Mereka menjawab ,UMNO.Cikgu itu pun menunjuk tapak kaki,dan memberitahu UMNO tak boleh pakai.

Bunuh Diri Atau Pembunuh Upahan

Seorang penjaja memanggil kita ,semata-mata untuk meminta pendapat berkaitan kes dua pimpinan UMNO Selangor yang ditemui mati dalam kereta berdekatan Sg Buluh baru-baru ini.

Kita memberi jawapan biar polis selesai siasat baru kita buat keputusan.Kita juga mengingatkan Pak Cik Penjaja itu ,kita pun tak mahu kaum keluarga kita dituduh membunuh diri.

Jadi lebih baik kita mengambil pendekatan,mungkin terdapat pembunuh upahan yang membunuh pimpinan UMNO itu.?

Lebih baik kita bersangka baik terhadap kedua -dua mangsa kemalangan itu.Jadi kita juga berharap Pihak Polis membuat siasatan dengan teliti dan pantas.Jadikan kes Aminulrashid untuk pihak berkuasa berhati-hati untuk membuat rumusan.

Marilah kita minta perlindungan Allah s.w.t supaya kaum kerabat kita tidak dituduh membunuh diri.