Sunday, August 23, 2009

Pandang sisi dari Bukit Gantang: Pimpinan PR perlu pantau wakil rakyat

Sekali lagi kita mengambil contoh Adun lompat Osman Jailu.Kita tidak menceritakan ketua Adun lompat Jamaluddin,kerana kenal Jamaludin sebagai "salesman" peralatan sains.Jamaludin pernah menjual peralatan sains di sekolah .Tidak lebih dari itu,tetapi dari mulut DS Nizar ,kedua-dua exco semasa mesyuarat exco pun senyap,tak pernah kemuka idea untuk membantu rakyat.

Menurut DS Nizar, ketua mereka Adun Behrang,Jamaludin. Osman Jailu saya kenal sangat semasa kempen PRU 12 dan apabila menyusun jadual Allahyarham Hj Roslan Shaharum.

Berdasar pengamatan kedua-dua Adun itu Osman atau Jamaludin tidak dipantau PKR Negeri.Osman Jailu langsung tidak dikawal-selia PKR Bukit Gantang.Osman dibiarkan bergerak sendiri .Osman mempunyai dua penasihat,Shamsul dan Mirza.Kedua-duanya pegawai yang selalu menolak permintaan orang kampung dan mungkir janji.Ada cakap-cakap mereka berdualah yang dapat habuan dulu.Contoh janji tidak ditunaikan kes mangsa banjir 17 Julai 08,khususnya Kampung Larut Ulu ,Air Kuning.

Dalam tulisan dahulu,kita sudah menyatakan Osman amat rapat dengan"SB" ,makan sekali dan boleh gelak ketawa.Kita semasa itu amat takut,Osman akan terperangkap.Tetapi kini menjadi hari ini dalam sejarah .Osman jikalau kita bertemu,seringkali bercakap tawaran-tawaran lumayan.Sehingga beliau pernah bercakap ditawarkan sehingga 60 juta ringgit.

Osman juga pernah mendakwa ada orang hendak bunuh dia.Lalu kita meminta membuat laporan polis. Isu itu terus senyap.

Apabila wakil rakyat tidak kerap turun ke kawasannya,kitalah antara kerap ditanya.Soalan untuk Osman,selalunya bila YB Osman hendak bersolat Jumat di masjid kami.Apabila tiba musim bulan Ramadhan,bila pula hendak berbuka bersama kami?Bukan untuk beri tazkirah.

Dahulu semasa penentuan calon dalam Parlimen Bukit Gantang.Kita menerangkan calon bukan kaki perempuan,bukan kaki karoeke,bukan kaki judi dan juga bukan rendah akhlaknya.Hj Ismail Yusuf bersetuju,calon kita bersih.Tetapi rupanya watak Osman serupa seperti dalam tentera.

Program kerohanian solat hajat,baca yasin dan munajat setelah menang tak pernah hadir.Muka Hj Ismail Yusof sahaja.

Kita mengharapkan Sekretariat Pakatan Rakyat(PR) perlu memantau wakil rakyat kita .Adun Kuala Sapetang Tai Sing Ng seringkali ditanya penduduk.Namun mukanya untuk melihat mereka yang ditimpa musibah pun tiada.Pegawai Khas hanya memberi tumpuan satu-satu kaum.Jangan,minta dijauhi Allah s.w.t Tai Sing Ng bukan Adun yang mudah dibeli.Kita mempunyai contoh,jarang-jarang bertemu rakyat,akhirnya Osman melompat bebas.

Adun PAS atau DAP juga perlu dipantau.Jangan sehingga rakyat memberi markah E baru hendak bekerja. Sasaran kita biarlah jauh pada PRU 13 rakyat memilih kita.

Bagi Pas jikalau bertanding pada PRU 13,kerusi Changkat Jering biarlah Pas bertanding.PKR pun membiarkan Changkat Jering,hanya PAS yang bergerak menyusun program.

No comments:

Post a Comment