Thursday, August 20, 2009

CONTOH KETUANAN MELAYU DI NEGERI DARUL UMNO JOHOR? PRK N11 Kempen Siri 3

Jika Muhyiddin Yassin atau Hishamudin Husein datang jumpa orang kampung Permatang Pasir tunjuk keratan akhbar ini.

KOTA TINGGI 13 Jun 2008- (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah ini kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini.

Lebih mengecewakan, kata mereka, pejabat tanah didakwa telah meluluskan permohonan sebuah syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakan tanah tersebut.

Menurut seorang penduduk, Mohamad Bakari, 61, dia terkilan dengan jawapan bersurat daripada pejabat tanah terhadap permohonannya yang dibuat sejak 20 tahun lalu itu.

“Sudahlah jawapan yang diberi lambat dan mendukacitakan sebaliknya tanah yang dipohon itu diluluskan kepada sebuah syarikat besar.

“Persoalannya, kenapa permohonan yang dahulunya dibuka untuk rakyat kini diluluskan kepada sebuah syarikat milik bukan bumiputera,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Mohamad berkata, tanah itu merupakan tanah pajakan yang diusahakan oleh sebuah syarikat bagi tanaman tebu yang telah tamat tempoh dan diserah kepada kerajaan negeri pada 1987.

Inilah antara contoh yang kita tidak tahu jika tidak didedahkan dalam media. Maka tidka hiranlah kalau Pulau Batu putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka pulau batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat Pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan Negara.

Tanah yang dipohon oleh penduduk setempat sejak 20 tahun diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Saya yakin yang minta itu ialah orang yang menyokong Umno dan pengundi tegar Umno. Kerana maklumlah Kawasan Kota Tinggi anatar kawasan Umno yang terkuat di dunia. Ahli parlimennya bekas anak singa Umno (Tan Sri Syed Jaafar Albar). Apa dah jadi dengan agenda Melayu Umno. Sebenarnya perjuangan Umno hari ini ialah khianat pada bangsa sendiri. Yang bunuh masa depan Melayu ialah orang Melayu sendiri. Kalau sesama Umno pun Umno tipu, dengan orang luar Umno lagilah maha penipu

No comments:

Post a Comment