Monday, August 10, 2009

10 ogos:Pakatan Rakyat akan kalah jika YB Tai Sing Ng bertanding lagi.

Bertemu rakyat mengikut YB Hj Nizar,banyak mendapat maklumat .Mereka bertanya khabar tentang YB Tai Sing Ng yang kedekut.Mengapa hanya memberi tumpuan kepada penduduk Cina,tidak Melayu dan tidak India?Mereka juga bertanya mengapa Pusat Khidmat Adun Kuala Sapetang hanya di Pekan Kuala Sapetang?Bagaimana pengundi Melayu yang banyak di daerah mengundi Bendang Siam dan Changkat Ibol.Di situ kita menguasai pengundi Melayu. 2000 majoriti di 2 daerah mengundi tersebut tidak pernah kita gagal untuk diraih.

Cuba bayangkan dalam tempoh kemasukan pelajar ke Universiti,permohonan ehsan tambang pengangkutan pun tidak dilayan. Bayangkan seorang pengadu dari Changkat Ibol mengemuka surat tawaran anak masuk Universiti di Pejabat Adun Kuala Sapetang ,balik hampa."Kami tidak ada peruntukan"tegas pegawai YB Tai Sing Ng.

Semasa musim tahun baru Cina 2008.Terdapat peruntukan dari kerajaan negeri ,dalam bentuk hamper berjumlah 50 bungkus untuk satu DUN.Seorang pegawai Sekretariat Parlimen mengambil 10 bungkus untuk diagihkan kepada rakyat miskin.Seorang pegawai YB Tai Sing Ng suruh pulangkan."Kami agihkan untuk penduduk miskin di Teluk Kertang" jawab penulis.Tetap perlu diganti,sehingga penulis menyatakan ,apakah seorang Exco tiada duit.

Kita difahamkan YB Tai Sing Ng menulis surat meminta sumbangan Ahli Parlimen untuk digunakan oleh masyarakat.Kita berasa hairan selama ini tidak adakah tabung untuk rakyat.Di manakah pimpinan PKR cabang Bukit Gantang.?

Dahulu kita pernah menyusun dialog bersama rakyat.Dialog yang senantiasa dihadiri YB Hj Roslan Shaharum.Dialog yang kita atur untuk semua DUN.N13,Kuala Sapetang kehadiran YB Tai Sing Ng amat tidak memuaskan.Atas alasan kesibukan jawatan Exco.

Kini,menjengah pengundi Melayu pun tidak kedengaran.Jikalau seorang pimpinan kampung menegaskan YB Tai langsung tidak kelihatan di kampung kami,apakah kita masih hendak menyatakan itu satu laporan palsu.

Teringat semasa berjawatan Exco,kita pun tidak kenal,kini dari jauh sudah angkat tangan!

Bagi saya KPI untuk YB Tai Sing Ng hanya setakat C-.Maaf ini pandangan dari sisi bukit.

No comments:

Post a Comment