Wednesday, August 19, 2009

PRK Permatang Pasir Tambah Nilai Untuk Bahan Kempen Siri 2

Melayu Pulau Pinang terpinggir mulai kita merdeka 1957-2008.Dalam tempoh pemerintahan Perikatan dan BN orang Melayu terus dipinggirkan.

Lihat gambaran berikut menunjukkan siapa pengkhianat?

1.Pemilikan aset orang Melayu di Timur Laut Pulau Pinang hanya 2 peratus melalui wujudnya tanah wakaf. Sedangkan jumlah penduduk Melayu 40 peratus.Sementara itu di Barat Daya pula sekitar 14 peratus.

2.Kita lihat data peringkat nasional,pencapaian Melayu dalam pemilikan ekuiti syarikat senarai awam setakat 19 peratus daripada 30 peratus Dasar Ekonomi Baru(DEB).Ekuiti orang Cina 42.4 peratus.Pemilikan ruang kompleks beli-belah dan kedai perniagaan Bumiputra pula 29.2 peratus,manakala 70 peratus dikuasai Cina.

3.Sewaktu PR mengambilalih kerajaan Pulau Pinang,terdapat 2000 setinggan kebanyakannya keluarga Melayu.

4.Dahulu terdapat 23 perkampungan Melayu di Pulau Pinang ,kini tinggal 7 kampung,yang lainnya sudah dimajukan.

5. 500 orang miskin tegar,majoritinya orang Melayu berpendapatan RM400.00 di Pulau Pinang.

6.Dalam kajian yang dibuat Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Sains Malaysia,Prof Dr Aminah Ayub .Suatu kajian membabitkan murid tahun satu memasuki 121 sekolah luar bandar di Pulau Pinang 2003 mendapati 59 peratus belum mengenal pasti 26 abjad,17 peratus belum kenal sebutan sukukata mudah dan 24 peratus lagi boleh membaca tetapi kurang lancar.

7.Menurut Yang Dipertua DPMMPP ,Rizal Faris Mohideen masalah sosial khususnya di Hospital Seberang Jaya dan Balik Pulau kelahiran anak luar nikah gadis Melayu dipercayai 30 peratus.

No comments:

Post a Comment