Sunday, August 16, 2009

DS Nizar pentingkan kesihatan:Apa khabar Cikgu? Sapa DS Nizar apabila bertemu!

Kita akan bekerja untuk rakyat mungkin itu yang dibisikkan DS Nizar kepada TG Haji Abdul Hadi apabila diisytihar sebagai calon PRK P059.


Cuba kita bayangkan pergerakan DS Nizar 10.45 pagi mengikuti program Munaqasyah Pas Perak pada 16 Ogos. Sementara lebih kurang pukul 11.30 pergi ziarah jenazah Raja Haniza Raja Lope,Ketua wanita Cabang Keadilan Bukit Gantang.

Dalam tempoh itu pergi ambil tahu pesawat ringan jatuh,sehingga pilot mati terbunuh dalam latihan di Lapangan Terbang Asam Kumbang Taiping.

Bergegas ke Bota ,Parit untuk merasmi satu program masyarakat Parlimen Parit.4 petang bertolak ke Padang Taman Kota Jaya untuk merasmi penutup Pertandingan Bola Sepak tujuh sebelah anjuran Pusat Khidmat beliau.Tepat 5 .30 petang memulakan sepak mula Team Hj Nizar lawan Team Rakyat.

5.30 petang bertolak ke Pulau Pinang untuk program bersama YAB Tuan Lim Guan Eng pada pukul 7.30 malam.Esok 17 Ogos memimpin rakyat Perak kepenamaan calon PRK N11,Permatang Pasir.DS Nizar merupakan Ketua Pasukan Luar untuk UPU Permatang Pauh.

Jelas Hj Nizar ,panggilan mesra penulis mempunyai kesihatan yang baik dan Hj Nizar menjaga kesihatan. DS Nizar seolah mempunyai tenaga seperti pemuda 20 an.Bagi penulis ,tidak segagah DS Nizar,walaupun lebih muda 4 tahun.

Jikalau DS bersama rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang,soalan yang perlu ditanya oleh kita apa petua menjaga kesihatan?

Jadi tidak hairan ,apabila beliau mengimamkan solat hajat selepas solat Jumaat pada 7 Ogos lalu di Masjid Pengkalan Aor,Taman Kaya dalam DUN Changkat Jering agar rakyatnya tanpa mengira kaum sihat .'Ya Allah ,selamatkan kami,kariah kami,jiran kami dan negeri Perak daripada wabak HINI' doa DS Nizar.

Dan menurut DSAI semasa kempen PRK P059, 'Nizar pemimpin selepas saya'

No comments:

Post a Comment