Saturday, August 22, 2009

Pengundi Permatang Pasir ikut Pengundi Bukit Gantang

Apabila Sasterawan Negara dan penggiat bahasa turun untuk berkempen,undi akan berpihak kepada mereka yang menentang PPSMI.

Apabila bahasa tulisan tidak didengar,mereka mempunyai bahasa lisan.Peduli apa dengan gelaran ,yang penting kedaulatan Bahasa Melayu.Kita pun berasa senang hati ,Datuk A.Samad Said menyertai kempen PRK Permatang Pasir.Jika dahalu mereka pergi ke PRK Bukit Gantang,rakyat boleh berubah kenapa tidak pengundi Permatang Pasir.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyertai kempen PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Jumaat bagi menjelaskan isu dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).


Samad berkata beliau akan menggunakan kesempatan yang diberikan oleh PAS bagi menerangkan perkara sebenar mengenai PPSMI itu.

"Saya lihat sampai sekarang kerajaan gagal mengumumkan mengenai langkah mereka memartabatkan Bahasa Melayu. Apa yang mereka lakukan hanyalah memperkasakan Bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa perniagaan serta bangsawan.

"Selain itu, saya juga ingin menyatakan bahawa kerajaan pusat berdolak-dalik untuk memansuhkan PPSMI. Ini terbukti kerana ketika hendak melaksanakan, mereka hanya ambil masa lima bulan, tetapi dua atau tiga tahun untuk memansuhkannya," katanya yang hadir pada sidang akhbar harian PAS di Markas Besar PAS Permatang Pasir di sini hari ini.

Samad berkata beliau menggunakan pentas kempen yang disediakan oleh PAS kerana mendakwa kerajaan tidak mendengar desakan daripada golongan seniman sepertinya dan hanya mendengar apabila desakan keluar daripada pembangkang.

"Apabila golongan kami tidak didengar pendapatnya, lebih baik kami minta bantuan daripada pembangkang yang agak lantang menyuarakan isu-isu seumpama itu," katanya.

No comments:

Post a Comment