Saturday, August 15, 2009

Jom tonton "team" Hj Nizar lawan " team" rakyat.

Kami mahu lawan team DS Hj Nizar tetapi Pengarah Progran Encik Basher Ahmad menolak permohonan kami .Alasan tak cukup umur.

Jikalau ingin menyaksikan Presisen Pafa DS Nizar menjadi "striker"pasukan Parlimen Bukit Gantang bermain bola sepak,jangan lupa esok Ahad, 16 Ogos 2009.

Perlawanan terhebat edisi 2009 itu akan berlangsung pada 5.30 petang,di Padang Taman Kota Jaya,Simpang(tempat pengisytiharan calon PRK).

Team YB DS Nizar,dijangka disertai YDP Ustaz Nordin Jaafar,Setiausaha Kawasan Fadhil Idris,Pengarah Pilihanraya Kawasan Sdr Khairul Ismail dan Pengerusi Kelab Penyokong Pas,Sdr Raja.

Rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang dijemput menyaksikan Bolasepak 7 Sebelah sempena 52 tahun kita merdeka.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang masih selamat,tidak ada HINI,insyaALLAH.Jom bersama menyaksikan edisi bolasepak terhebat Bukit Gantang bermula jam 8 pagi- 6 petang.

No comments:

Post a Comment