Tuesday, August 18, 2009

Pasukan Parlimen Bukit Gantang Diketuai YDP Ustaz Nordin Bantu Mangsa Banjir

Ustaz Nordin Jaafar YDP Bukit Gantang melihat rumah seorang penduduk yang dipenuhi selut.Beliau akhirnya bersama Ketua Penerangan Kawasan serta Unit Amal bergotong-royong membersihkan sebuah rumah warga emas di Kg Kolam Air Panas,Bt 9,DUN Kuala Sapetang.
Ustaz Nordin dengan dibantu petugas Unit Amal menghulurkan Nasi Goreng Bungkus berdasar jumlah isi rumah.
Meredah kegelapan malam,petugas membawa YDP dan penulis membantu mengedar bantuan awal berupa Nasi Goreng Bungkus.
Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang digunakan untuk menguruskan bantuan awal berupa makanan.Turut membantu Unit Amal.

18 Ogos- Banjir telah berlaku di Kampung Senduk Ulu dan Kg Kolam Panas ,Bt 9 ,dalam Dun Kuala Sapetang.

YDP telah meminta Setiausaha Kawasan ,Sdr Fadhil Idris yang juga Pegawai Khas DS Nizar untuk melihat perkembangan.

Banjir yang melanda kampung tersebut setiap tahun,dikatakan ini paling tinggi paras air,sehingga lutut.

Bantual awal yang diberi berupa nasi goreng bungkus.Esok Ketua Kampung PR akan membuat bancian,untuk pihak sekretariat parlimen menyalurkan maklumat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

YDP Ustaz Nordin,Sdr Fadhil Idris dan Sdr Roslan Talib serta Unit Amal diketuai Sdr Damanhuri(Damak) telah membantu penduduk sehingga 1.00 pagi.

No comments:

Post a Comment