Monday, August 17, 2009

Pakatan Rakyat Perlu Bekerja Keras Untuk Menang PRK Permatang Pasir.

Pakatan Rakyat perlu melihat pandangan YAB Tuan Lim Guan Eng sebagai asas untuk kita mendekati pengundi di N11,Permatang Pasir.

Integrasi PR perlu diadun dengan baik.Pas khususnya jangan terlalu yakin untuk menang.Petugas perlu bekerja lebih 24 jam untuk menerangkan apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Sikap degil ,tidak percaya dan tidak puashati dengan pihak lain tidak perlu ditunjukkan.Semuanya boleh diselesaikan oleh meja runding pimpinan Pakatan Rakyat.

Pas perlu mendapat 55 peratus sokongan pengundi Melayu agar UMNO tidak lagi mendabik dada mereka masih mendapat sokongan pengundi Melayu.Pas guna semangat bulan Syaaban dan Ramadhan untuk menerangkan apa yang telah kita lakukan.Pas atau Pakatan Rakyat bukan parti pilihanraya semata-mata.PAS,PKR dan DAP perlu berjuang untuk semua bangsa,cari titik persamaan bukan cari titik perselisihan.

Prestasi Allahyarham Dato' Hamdan perlu diambilkira.Contoh apabila rakyat Parlimen Bukit Gantang mengambil kira prestasi Allahyarham Hj Roslan Shaharum untuk mengundi DS Nizar.Pedulikan dengan segelintir ahli yang memang tidak berpuashati.Mereka sahaja yang betul.Apa yang penting disini kita mendekati masyarakat,bukan bermusim tetapi berterusan,politik dan dakwah.

Jentera Pas atau PR tidak perlu syok sendiri.Kami berjaya mengadakan program,mendapat sambutan dan diterima pengundi.Tetapi sasaran tidak mengena.Kita kena menghormati pengundi ,hormat pada pandangan pengundi bukan ahli PR.Namun kita tidak perlu mengecilkan hati pengundi tegar kita.

Ingat,jangan sering berkata,tanpa aku PAS atau PR tidak boleh menang.Jangan gertak tutup bilik gerakan atau lari dari medan pilihanraya.

Sudah tentu kita senantiasa bersedia untuk menerajui PUTRAJAYA mulai PRU 13.

No comments:

Post a Comment