Thursday, August 13, 2009

BN Menawarkan Peluang Pekerjaan Terbukti Palsu

Setiapkali pilihanraya BN berjanji menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat.Terbukti apa yang dinyatakan Mukhriz Mahathir membenarkan cerita dongeng kerajaan UMNO/BN.

Lantas apabila melihat ramai anak muda dalam demontrasi ISA tempohari ,membuktikan menyokong BN pun belum tentu dapat pekerjaan.

Kita melihat mereka juga semakin berani apabila PTPTN tidak mengikat mereka dengan kerajaan.

Kini kita menunggu berapa banyak peluang pekerjaan di DUN Permatang Pasir.Semasa PRK P059 Bukit Gantang,mereka UMNO menyatakan PR gagal menarik pelaburan asing.Peluang kerja terhad.Jelas temberang UMNO menyebabkan rakyat khususnya orang muda marah.

Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Sehingga 7 Julai lalu, Mukhriz berkata perangkaan yang dikumpul oleh Kementerian Sumber Manusia menunjukkan angka terkumpul 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.

Daripada angka itu, katanya, 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela.

Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja diberhentikan sementara.

No comments:

Post a Comment