Monday, August 10, 2009

Rata-rata mahu PAS bertanding di Dun Changkat Jering

Ustaz Nordin Jaafar bersama DS Nizar melawat sebuah keluarga yang kematian bapa pada 7 0gos 2009.Beliau calon terbaik kita pada PRU 13/PRN

Rata-rata yang bertemu dengan penulis mahu Pas bertanding dalam Pilihanraya Negeri atau PRU 13 di DUN Changkat Jering.

Pengundi yang ada hak di DUN N14 itu,tidak mahu calon seperti Osman Jailu,yang kalah dengan wanita,kes mahkamah pun tak tahu bila!Yang tidak pernah solat Jumaat dalam Dun Changkat Jering dalam tempoh jadi exco kerajaan Perak. 9 masjid tidak pernah dijengah untuk bersolat Jumaat sewaktu menjadi wakil rakyat yang kita mengundi Osman.

Dialog rakyat,kalau boleh tidak mahu hadir.Cuba mengelak.Bila diatur program kita yang dimarah.

Watak seperti beliau,tidak perlu lagi di PRU/PRN .Apabila dikemukakan calon, semasa PRU 12 calon kita ini yang terbaik,tetapi telah menjadi sejarah Perak Nombor Satu.

Kita bertanya ,siapakah calon kita,mereka menjawab YDP Pas Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar.Beliau pernah bertanding pada PRU 11, 2004.

PKR telah diberi peluang,calon mereka gagal.Justeru itu Pas boleh menawar diri untuk dipilih rakyat.

No comments:

Post a Comment