Friday, August 21, 2009

Apa kata DS NIZAR: kedudukan Ganesan meragukan.

Ringkas dari DS Nizar selepas solat taraweh,beliau menerangkan tentang Sepeaker Haram Ganesan.Beliau menerangkan mengikut Undang-undang tubuh Negeri Perak di bawah artikel XXXVIA(5) sesiapa yang dilantik menjadi speaker ,statusnya dalam organisasi,perniagaan dan sebagainya akan gugur setelah tiga bulan dari tarikh perlantikannnya.

Kata DS Nizar,Ganesan tidak melepaskan jawatan peguamnya sehingga 11 Ogos.Ganesan sepatutnya meletak jawatan peguam sebelum 7 Ogos sesuai dengan Ganesan dilantik pada 7 Mei mengikut persidangan DUN BN.

'Ganesan telah melanggar undang-undang'ujar DS Nizar.

Ringkas DS Nizar lagi.Calon BN N11, banyak isu yang akan diketengahkan.Tunggu masa sesuai.Isu ...kita tunggu di Permatang Pasir.

No comments:

Post a Comment