Tuesday, August 18, 2009

Tiga Pegawai Khas DS Nizar jayakan Misi PRK -Beri tahu kepada pengundi:UMNO semakin nazak

Tiga Pegawai Khas DS Nizar berada di N11,Permatang Pasir.Mereka bertugas di Unit Peti Undi Permatang Pauh.

Ketiga-tiga mereka Fahmi Azhari,Zainudin Hamzah dan Basher Ahmad.Mereka bertiga juga merupakan AJK Pas Kawasan Bukit Gantang .

Kepakaran mereka perlu digunakan sepenuhnya. Fahmi seorang pakar SSDP(pemilih),Zainudin pakar merayu undi dan Basher hubungan kaum khususnya India.UPU Permatang Pauh perlu mengambilkira pengalaman dan kepakaran dalam memberi tugas kepada petugas Pas Bukit Gantang.

Arahan JPN Perak yang meminta empat orang petugas setiap kawasan.Bukit Gantang bertugas bermula 16-19 Ogos.

Namun begitu Pusat Khidmat Parlimen di setiap DUN ,masih berfungsi kerana terdapat kerani yang bersedia mengambil aduan rakyat.

Sehubungan dengan itu dua pegawai Hj Nizar Fadhil Idris dan S/U Sekretariat bersedia untuk membantu masyarakat sepanjang pegawai khas Hj Nizar bertugas di Permatang Pasir.

No comments:

Post a Comment