Wednesday, August 12, 2009

Permatang Pasir Sekali Lagi UMNO/BN Guna isu hak keistimewaan orang Melayu.

Mulai sekarang sehingga timbul pilihanraya kecil atau umum hak keistimewaan dan isu ketuanan Melayu seringkali dijadikan modal politik oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi Melayu.

Hak istimewa orang Melayu telah termaktub dalam perlembagaan.Namun isu ini dimainkan dalam usaha mengekalkan status qua sebagai parti orang Melayu.Umno sedar tanpa isu itu parti itu sukar untuk mendapat sokonngan daripada para pengundi Melayu yang semakin jelas menunjukkan kecenderungan kepada Pakatan Rakyat ,khususnya PAS.

Ekoran permainan isu ini,ia telah menyebabkan hubungan kaum di negara ini senantiasa berada dalam keadaan tegang.Cukup malang negara ini ,yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.

Kedudukan negara ini yang pelbagai budaya,kaum dan agama tidak seharusnya membezakan sesebuah kumpulan etnik.Layanan yang adil dan saksama seharusnya diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan.

Seringkali apabila UMNO gagal ,masyarakat bukan Islam seringkali dijadikan punca segala masalah yang dihidapi masyarakat Melayu.Itulah modal yang seringkali dijadikan bahan kursus dan santapan setiap kali kursus Biro Tata Negara,tajaan UMNO.

Justeru itu,isu hak istimewa orang Melayu perlu dibincang menurut pandangan Islam bukannya pandangan cauvanisme.

Pas for ALL perlu direalisasikan. Permatang Pasir insyaAllah milik kita.

No comments:

Post a Comment