Sunday, August 16, 2009

3P Mahu Istilah Bahasa Melayu Dipakai Semula -Umno kata No

Kita pergi Kangar melihat satu persatuan. Persatuan Penulis Perlis (3P) mahu istilah bahasa Melayu diguna semula bagi menggantikan istilah bahasa Malaysia.

"3P tidak bermaksud untuk menidakkan hasrat 1Malaysia melalui bahasa tetapi mahu bahasa Melayu terus didaulatkan dengan mengembalikan istilahnya," kata Ketua Satu 3P, Muhammad Harun pada Mesyurat Agung ke-38 persatuan itu, di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata bahasa Melayu telah dipertuturkan sejak zaman berzaman sehingga menjadi bahasa yang berdaulat.

Dalam mesyuarat itu, Muhammad yang merupakan penulis buku-buku cerita kanak-kanak dipilih tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan Ketua Satu 3P yang disandangnya sejak lima tahun lalu.

Nasir Ali dipilih sebagai Ketua Dua, Wahab Yob sebagai Bendahari dan Nor Zaidi Hamad sebagai Setiausaha Satu.(petikan bernama)

Mengulas isu itu YDP Bukit Gantang,"rakyat perlu beri peluang kepada Pakatan Rakyat tadbir Malaysia,insyaAllah, Bahasa Melayu tetap Bahasa Melayu"

No comments:

Post a Comment