Sunday, August 23, 2009

Permatang Pasir:Perihal pimpinan Umno, salah laku berleluasa

Ditulis oleh Te@M I.T
SUNDAY, 23 AUGUST 2009 19:13

PERMATANG PASIR, 24 Ogos - "Mengapa beliau (khairy) tidak melaporkan kes itu kepada SPRM dan polis sekiranya beliau ada bukti PAS memindahkan pengundi hantu seperti yang dia dakwa?" soal Shamsul membangkitkan persoalan tentang dakwaan Khairy ketika berceramah di Pentas Antarabangsa, Permatang Pasir semalam.

"Mengapa tak berjumpa sendiri dengan SPR dan perbetulkan? kita dah lama buat laporan tapi tiada tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Mungkin sebab beliau tak ada jawatan dalam kerajaan, sebab itu beliau cuma mampu bersuara diluar," sindir Shamsul terhadap Khairy Jamaluddin.

Dalam kempen pilhan raya kecil Permatang Pasir isu pengundi hantu dimainkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menyerang PAS. Beliau mendakwa kononnya ada pegawai SPR dan JPN khianat apabila membantu PAS memindahkan pengundi ke kawasan Permatang Pasir.

Muhyidin Pengkhianat bangsa

Selain itu, isu "Anwar pengkhianat bangsa" telah di reka oleh UMNO untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Sejumlah ratusan ahli UMNO dimaklumkan bersama-sama dengan Timbalan Presiden UMNO tiba-tiba berkumpul di Johor sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Shamsul Iskandar menjelaskan sebenarnya Muhyidin Yassin lah pengkhianat bangsa yang sebenar apabila memajak tanah kepada Singapura ketika menjadi Menteri Besar Johor dan menggunakan helikopter Nuri untuk kepentingan parti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan itu menjelaskan bahawa beliau telah menghantar 2 laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor mengenai salah laku Muhyidin.

Laporan pertama ialah berkenaan dengan penyalahgunaan helikopter Nuri untuk kepentingan parti UMNO. Muhyiddin telah menggunakan helikopter tersebut untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian di Kudat dan Penampang.

Shamsul berkata, perbuatan Muhyiddin menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk tujuan peribadi nyata satu kesalahan dan melanggar undang-undang.

Kes ini mirip dengan kes Bekas ketua Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff yang dituduh menggunakan helikopter polis bagi meninjau kawasan yang tidak berkaitan dengan tugas beliau sebagai seorang polis.

Kedua berkenaan dengan dakwaan Ibrahim Ali bahawa Muhyiddin Yassin pernah menggadaikan tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Pada tahun 1981, ketika semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar dikatakan bahawa beliau telah memajak tanah di kawasan Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar berharga 350 juta kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun.

Kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi dan merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar. Menurut Shamsul SPRM juga mesti menyiasat ke mana duit RM350 juta itu.

Pilih calon yang amanah, tolak calon khianat

Shamsul yang juga pengamal undang-undang itu turut menyeru rakyat di Permatang Pasir agar memilih dan mengundi calon PAS, Ustaz Salleh Man yang bersifat soleh dan amanah, dan menolak calon BN yang telah berbuat khianat pada orang lain.

Beliau berkata, "kalau Robinhood merompak duit pemimpin untuk diberikan kepada rakyat miskin, dia (Robinhood) di angkat oleh rakyat sebagai hero," ujarnya mengundang tawa mereka yang hadir dalam majlis tersebut.

Tetapi sebaliknya orang yang merompak duit rakyat miskin telah diangkat oleh pemimpin UMNO sebagai hero, tambah Shamsul.

"Apabila Ku Li (Tengku Razaleigh) mempersoalkan adakah UMNO sudah tiada calon yang paling baik? saya nak kata pada Ku Li orang yang paling baik dalam UMNO mencuri RM 161 000 sementara sejahat-jahat orang yang curi berjuta-juta ringgit," tambahnya.

No comments:

Post a Comment