Sunday, August 9, 2009

13 Ogos-Munajat Dan Ceramah Bubar DUN :Pas Bukit Gantang

Pas Kawasan Bukit Gantang akan menganjur Munajat Rakyat serentak bersama kawasan lain dalam Perak pada 13 Ogos 2009.



Munajat rakyat bermula Solat Maghrib , Zikir Munajat ,Solat Isyak dan Solat Hajat.Semuanya bertempat di Markaz Tarbiyyah Pas Negeri Air Kuning Taiping.



Menurut Ustaz Zulkifli Ahmad ,"kita berharap mengumpul seramai mungkin rakyat untuk bersama-sama bermunajat agar DUN Perak dapat dibubarkan ".



Sementara itu YDP Kawasan Bukit Gantang,mengharapkan pimpinan harian Pas Cawangan akan bersama-sama menjayakan program itu.



Ceramah Penerangan Bubarkan DUN Perak bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,Taman Matang Utama,Jln Matang.



Penceramahnya YB Ustaz Firdaus Jaafar,Pegawai Komuniti Masyarakat India,Parlimen Jerai,Encik K.Vello dan Ustaz Mohd Nordin Jaafar.Program bermula 9.30 malam ,13 Ogos 2009.

No comments:

Post a Comment