Sunday, August 16, 2009

PAS Kawasan Bukit Gantang Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Raja Haniza

Ketua Wanita PKR Bukit Gantang, Raja Haniza Raja Lope, meninggal dunia di hospital Taiping pukul 11.00 pagi tadi.

Allayarham Raja Haniza, 51 tahun, meninggal dunia akibat penyakit barah. Alllayarham dimasukkan kehospital Apollo, Taiping pada Jumaat lalu dan dimasukkan ke wad ICU. Namun dibenarkan keluar semalam dan dipindahkan ke hospital Taiping.

Allayarham Raja Haniza, merupakan seorang reformis, menjadi Ketua Wanita PKR sejak 1998, meninggalkan seorang suami, Johan Ooi Abdullah dan seorang anak.

Jenazah beliau dikebumikan selepas solat Asar ditanah perkuburan Islam, Kg. Jambu.

Turut melawat jenazah Allahyaraham ialah DS Nizar Jamaludin,yang mendapat maklumat semasa menyertai Munaqasyah PAS Perak. Munaqasyah berlangsung di Markaz Pas Air Kuning.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di rumah Allahyarham kira-kira jam 4 petang dan sempat bertemu dengan ahli keluarga allahyarham.

Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Orang Islam Kg. Jambu.

Pas Kawasan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Raja Haniza Raja Lope.Jasa-jasa Allahyarham dalam Pakatan Rakyat,khususnya Bukit Gantang semoga diterima Allah s.w.t sebagai amal soleh.

Pas Kawasan mengucap terima kasih kepada Dewan Muslimat Kawasan Bukit Gantang atas pengurusan jenazah allahyarham .

DS Anwar sebaik sampaiDS Anwar bersama Johan Ooi, suami Allahyarham Raja Haniza

DS Anwar bersama Johan Ooi, suami Allahyarham Raja Haniza

dsc00422

dsc00423

dsc00421

No comments:

Post a Comment