Saturday, August 8, 2009

UMNO/BN GAGAL:57 tahun merdeka 53 peratus sahaja doktor kerajaan rakyat Malaysia.

Mungkinkah Hospital Taiping juga doktor juga rakyat asing?Patutlah baru-baru ini apabila bertemu seorang doktor,tak boleh berbahasa Melayu.Satu lagi kejayaan MCA/ UMNO/BN.

KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Hanya 53 peratus jawatan doktor dalam negara mampu diisi oleh rakyat tempatan manakala selebihnya diisi oleh doktor asing secara kontrak, kataMenteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata sehubungan itu institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) perlu mewujudkan lebih banyak kursus perubatan untuk melahirkan lebih ramai doktor bagi menampung keperluan kesihatan dalam negara, dan menurutnya tahun ini sahaja kerajaan sudah mengambil 700 doktor asing secara kontrak bagi menampung keperluan.

"Kementerian Kesihatan akan sentiasa menyokong dan membantu mana-mana IPT yang berhasrat mewujudkan lebih banyak kursus perubatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) kesembilan di sini, Sabtu.

Liow berkata nisbah doktor dan penduduk dalam negara ketika ini ialah 1:1,145 orang dan nisbah ini dijangka akan dapat dibaiki menjadi 1:600 orang menjelang tahun 2020.

Menurutnya kekurangan tenaga perubatan dan kepakaran juga menyebabkan banyak kemudahan di hospital tidak dapat digunakan secara optimum, seperti katil, kemudahan pakar, bilik bedah dan unit rawatan rapi.

Beliau berkata kementerian Kesihatan juga sedang berusaha menyediakan lebih banyak ruang di hospital bagi membolehkan doktor pelatih menjalani latihan amali mereka.

bernama

No comments:

Post a Comment