Thursday, August 27, 2009

31 Ogos bersama YB DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang

Masyarakat tempatan di Surau Taman Mewah,tidak kira kecil,muda dan tua bergambar kenangan bersama DS Nizar pada 22 Ogos ,baru-baru ini.


Masyarakat dalam Parlimen Bukit Gantang boleh bersama DS Nizar pada 31 Ogos,Isnin ini.DS Nizar akan turun ke Parlimen Bukit Gantang bermula pada pukul 4.45 petang.

DS Nizar dijangka bersolat Asar di Masjid Changkat Jering.Sementara pada pukul 5.15 petang DS Nizar akan melawat Pasar Ramadhan Pekan Changkat Jering.

Beliau akan berada di Pasar Ramadhan Pekan Changkat Jering lebih kurang sejam untuk melihat sendiri dan meninjau aktiviti masyarakat tempatan.

Atas permintaan penduduk Kamunting,beliau akan menyampaikan tazkirah sebelum berbuka di Surau Taman Desa Jaya , Kamunting pada pukul 6.30 petang.Disamping berbuka puasa bersama penduduk tempatan.

Seterusnya beliau akan pergi ke Surau Batu 6 ,Jalan Changkat Jering untuk bersolat Isyak dan menyampaikan tazkirah selepas solat isyak.

Untuk meneruskan acara hari merdeka,DS Nizar akan bersolat Taraweh dan menyampaikan tazkirah selepas solat Taraweh di Surau Kampung Jelapang ,Simpang.

Masyarakat setempat dijemput beramai-ramai ke perayaan hari merdeka bersolat taraweh,mendengar tazkirah dan beramah mesra bersama DS Nizar Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment