Thursday, August 20, 2009

P059-Bukit Gantang:Surat YDP

Pas kawasan Bukit Gantang 29 Syaaban 1430

Kepada :
Semua Ummat Islam

Y.Bhg; Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari ;

UCAPAN SALAM RAMADHAN AL MUBARAK - SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"

(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)



1.Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Pas Kawasan Bukit Gantang mengambil kesempatan merakamkan ucapan salam Ramadhan pada tahun 1430 Hijrah ini kepada semua pihak semoga kita diberikan peluang untuk membersihkan jiwa kita dan memperkuatkan tekad kita untuk menjadi Muslim yang lebih baik, Insya Allah.

2.Pas Kawasan Bukit Gantang yakin kepada semua umat Islam yang akan menjalankan ibadah puasa ini akan melakukannya sepertimana yang telah dituntut oleh Al-Quran dan serta akan memperbanyakkan amalan-amalan sunnat untuk kita tingkatkan amalan kita semasa bulan Ramadhan ini kerana bulan istimewa ini yang telah diturunkan oleh Allah Taala khas buat umatNya.


3.Pas Kawasan Bukit Gantang juga mendoakan semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa kali ini dengan baik sekali dan juga semoga kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada masa akan datang hendaknya.

4.Pas Kawasan Bukit Gantang juga menasihatkan semua yang akan kembali ke kampung halaman kelak supaya berhati-hati di jalanraya, semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

5.Jadikan puasa Ramadhan kali ini untuk merapatkan silaturrahmi dan kasih sayang sesama rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.



Saya yang benar,

Bagi pihak Pas Kawasan Bukit Gantang

MOHAMAD NORDIN JAAFAR


Yang Dipertua Pas

Kawasan Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment