Wednesday, August 12, 2009

12 0gos:Sikap kita terhadap orang zalim

Tugas kita mengundi dalam pilihanraya untuk memilih sebuah kerajaan berkebajikan dan menolak kerajaan zalim

Alquran menerangkan beberapa langkah dan hukuman yang patut dilakukan oleh mereka yang beriman terhadap orang yang zalim.Ayat-ayat itu antara lain bermaksud:

-Orang beriman dilarang cenderung kepada orang zalim untuk mengelakkan kita disambar oleh api neraka.Surah Hud,ayat 113 menerangkan hal ini.
-Allah s.w.t membenarkan orang mukmin memerangi mereka kerana kezaliman yang telah dilakukan seperti yang dijelaskan oleh surah al-Haj,ayat 39.
-AlQuran juga mengajar kepada umat Islam agar berdoa semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita daripada perbuatan orang zalim.

Balasan kepada mereka yang menyokong kezaliman:
- Disebut bahawa selepas penyokong kezaliman dimasukkan ke dalam neraka,mereka bergaduh sesama sendiri kerana sekumpulan menyalahkan ketua mereka sedangkan pada hari itu tiada guna lagi penyesalan seperti yang disebut oleh surah Saba',ayat 31-32.
-AlQuran menyifatkan penyokong kezaliman adalah sama dengan mereka yang zalim sebagaimana keterangan surah al-Baqarah ,ayat 165-7

No comments:

Post a Comment