Saturday, August 22, 2009

DS NIZAR: Sekretariat Parlimen Bukit Gantang Mohon Maaf:Kita akan cuba penuh permohonan masjid dan surau

Pihak sekeretariat memohon maaf kepada semua pihak dalam Parlimen Bukit Gantang.Jadual DS Nizar tidak sama dengan Allahyarham Hj Roslan Shaharum.

DS Nizar milik rakyat Malaysia,mengatur jadual DS memang agak sukar.Jadual DS Nizar boleh berubah mengikut kepentingan negeri Perak dan Malaysia. Aura DS Nizar masih dekat dengan rakyat.

Dengan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 27 buah masjid dan setiap masjid mempunyai purata 5 buah surau,jumlah 135 buah surau.Markaz Pas setiap cawangan, dan dianggarkan 50 markaz Pas dalam Parlimen Bukit Gantang.Begitu sukarnya menyusun aktiviti DS Nizar sepanjang Ramadhan.

Kita akan menyusun ikut keutamaan,mengikut DUN dan majoriti penduduk.Untuk memenuhi semuanya memerlukan masa 1 penggal (4 kali bulan Ramadhan) DS bergerak ke setiap masjid,surau atau markaz.

Jadual DS Nizar sehingga kini masih tidak disusun secantik aktiviti Bulan Ramadhan Allahyarham Hj Roslan Shaharum.Memuaskan hati semua pihak dengan solat taraweh dan tazkirah DS Nizar amat payah,sehingga timbul kata-kata"jadilah ketua penerangan Pas Bukit Gantang bukan cawangan"

Menyusun jadual DS Nizar bukan terhad masyarakat Melayu Islam tetapi masyarakat India dan Cina perlu juga dilayani.Cuma wakil DS tetap ada,samada YDP,Ketua Urusan Ulamak atau Fadhil Idris Setiausaha Kawasan merangkap PA DS Nizar.

No comments:

Post a Comment