Saturday, August 8, 2009

9 0gos:3 juta pelajar jadi KORBAN dasar PPSMI

Apabila bertemu pelajar di luar negara ,kini baru bercakap benar.Tan Sri Muhyidin Yassin menyatakan seramai 3 juta menjadi korban kerana gagal berbahasa Inggeris akibat kerakusan PPSMI tajaan UMNO BN sejak 2003.

Berdasar SPM 2008, hanya 26.9 lulus bahasa Inggeris di luar bandar. 73.1 peratus dimangsakan PPSMI.Pada tahun 2008 ,73.1 peratus gagal mempunyai sijil.

Saban tahun Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan cemerlang,terbilang dan gemilang keputusan peperiksaan awam.Sehingga mengkritik mereka yang menentang PPSMI.

11 Ogos ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebutan kes penentangan PPSMI melalui saman anak-anak Hj Nizar Jamaludin,Bendahari Pas Perak masa itu,Hj Muhaimin Sulam,Setiausaha Pas Perak(kini sambung belajar di England),Sdr Rosni(NYDP Sg Siput) dan Major(B) Yahya Arif(Kuala Kangsar). Perbicaraan dijangka pukul 9 pagi.

Harapan kita agar saguhati kerugian kos,masa,malu dan "korban " perlu diberi kepada anak-anak yang menyaman kerajaan Malaysia itu.

No comments:

Post a Comment